Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Terbaru Aplikasi Whatsapp akhirnya menawarkan fungsi ‘dark mode’ dengan tema berwarna gelap dan ia berfungsi untuk semua pengguna Android 10 dan IOS 13.
Untuk pengguna Android 9 juga boleh mengaktifkan tema gelap ini dalam menu tetapan Whatsapp.
Tema gelap ini akan berwarna hitam gelap pada iOS dan kelabu gelap pada Android. Ia merupakan satu-satunya ciri yang ditunggu-tunggu oleh ramai orang.


Hal ini menyebabkan aplikasi Whatsapp sedang ‘trending’ di laman Twitter seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Caranya mudah sahaja:
IOS
Pergi ke Setting App
Pilih Display & Brightness
Pilih Dark
Android
Pergi ke Whatsapp
Kemudian ke Setting
Pilih Chats
Pilih Theme
Akhir sekali pilih Dark
Sumber: Whatsapp