Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WhatsApp Desktop Kini Boleh Buat Panggilan Video Sehingga 8 Orang

Nur Syahirah Zainoor Hisham
mark zuckerberg umum berita baik Whatsapp desktop
Kredit: Instagram & facebook Mark Zuckerberg

WhatsApp Desktop Kini Boleh Buat Panggilan Video Sehingga 8 Orang

Sudah tentu anda biasa menggunakan aplikasi Whatsapp Desktop pada komputer riba masing-masing apabila berada di pejabat kan?

Menerusi aplikasi tersebut, fitur-fitur yang ada pada Whatsapp Mobile seperti menerima dan membalas pesanan dapat dilakukan dengan mudah.

Bagaimanapun, fitur Whatsapp Desktop sebenarnya terhad dan tidak begitu ‘berguna’ seperti Whatsapp Mobile. Sebagai contoh, anda tidak boleh menerima panggilan dari groupchat bagi versi ini.

Selain itu, anda juga tidak dapat membuat panggilan video menerusi Whatsapp Desktop, sama ada secara individu ataupun berkumpulan.

Kini, kekurangan fungsi yang ada pada Whatsapp Desktop sudah diatasi menerusi khabar gembira yang dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Platform, Mark Zuckerberg.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi hantaran Facebooknya pada Khamis.

“Aplikasi desktop Whatsapp terbaharu untuk Windows kini dilancarkan. Anda boleh membuat panggilan video End to End (E2E) bersama lapan orang pemanggil. Anda juga boleh membuat panggilan audio dengan lebih dari 32 orang pemanggil.”

Fitur-fitur terbaharu pada Whatsapp Desktop

Pada November 2021, Whatsapp dilaporkan telah mengeluarkan kemaskini bagi versi beta untuk pengguna aplikasi tersebut di Windows.

Aplikasi baharu tersebut menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik dengan naiktaraf kestabilan.

Kini, aplikasi tersebut telah diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai saluran, termasuklah laman web rasmi dan saluran Meta di Instagram yang dikendalikan oleh Mark Zuckerberg sendiri.

Whatsapp mengumumkan masa pemuatan (loading time) lebih pantas dan antara muka (interface) yang lebih mirip dengan versi mudah alih.

Menurut tangkap layar tersebut, aplikasi tersebut dapat menyokong panggilan video bersama lapan orang pengguna dan panggilan audio bersama 32 orang pengguna.

whatsapp desktop kemas kini
Kredit: Instagram
whatsapp desktop kemas kini
Kredit: Instagram

Ini adalah sebahagian daripadan rancangan Whatsapp untuk menaikkan had berkenaan pada masa yang akan datang demi memberikan kemudahan kepada para pengguna untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan, ahli keluarga dan rakan sekerja dengan lebih baik.

Setakat ini, Whatsapp Deskstop hanya ditawarkan kepada peranti yang menggunakan Window sahaja. Bagi peranti yang menggunakan sistem pengoperasian (OS) selain dari Windows, anda boleh mengakses aplikasi ini dengan menggunakan Whatsapp Web.

BACA: Sempena Ramadan, Ini Cara Tambah Kalendar Hijrah Di Iphone

Sumber: Mark Zuckerberg via Facebook & WABeta Info