Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

WHO Pantau Varian Baru COVID-19, Dikenali Sebagai Varian ‘Mu’

Gambar Hiasan via Google

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini sedang memantau varian baharu Covid-19 yang dikenali sebagai varian ‘Mu’.

Varian Mu atau nama saintifiknya B.1.621 ini pertama kali dikesan di Colombia, Januari lalu. Varian ini telah diklasifikasikan sebagai ‘variant of interest‘ oleh WHO semalam.

Varian ini disahkan WHO mengandungi mutasi yang menunjukkan risiko ketahanan terhadap vaksin. Pun begitu, kajian terperinci perlu dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang varian baharu ini.

Seperti virus pada umumnya, virus Covid-19 bermutasi dari semasa ke semasa. Kebanyakan mutasi ini lebih senang merebak dan cenderung kebal terhadap vaksin, ubat-ubatan dan rawatan-rawatan lain.

WHO telah mengenalpasti 19 jenis ‘variant of concern Covid-19 termasuk Alpha dan Delta. Manakala lima varian termasuk Mu kini dalam pemantauan WHO.

Selain di Colombia, varian Mu turut dikesan di negara-negara Amerika Selatan dan Eropah.

Menurut WHO, peratus kelaziman varian Mu secara global di bawah 0.1 peratus, namun berbeza jauh dengan catatan di Colombia iaitu sebanyak 39 peratus.

Sumber: The Guardian