Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masalah kasut hilang dalam kehidupan harian kadangkala nampak remeh, tapi apabila situasi ini berlaku pada diri sendiri membuatkan kita pening kepala nak mencarinya.
Lebih-lebih lagi, ia 'ghaib' dalam timbunan kawasan kasut.
Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki untuk mencari kasut dalam timbunan lebih 1,000 pasang kasut.
Menariknya dalam klip yang dikongsikan pengguna Instagram, Shubhang Borkar, lelaki berkenaan mempunyai idea luar kotak untuk menyelesaikan masalahnya selain mencari dengan kudrat sendiri.
Sebaliknya, lelaki berkenaan bijak memanfaatkan teknologi dengan mengambil gambar longgokan tersebut sebelum meminta bantuan ChatGPT untuk mengenal pasti lokasi kasutnya.
Menariknya, ChatGPT berjaya membantu mengecilkan kawasan pencarian dan tidak lama kemudian, dia dilihat berjaya menemui kasut berkenaan.

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menyelesaikan masalah yang cukup ‘simple’ itu ternyata mencuri perhatian ramai.
Apatah lagi, perkongsian video berkenaan meraih lebih 2.4 juta tontonan di media sosial.
Berikut antara komen pengguna;
"Saya tak tahu kita boleh guna ChatGPT macam ini," tulis seorang pengguna.
"Boleh awak carikan teman hidup saya juga dalam dunia ini," seloroh seorang lagi.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan