Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Wyndham Ion Majestic Genting Highlands, Hotel Paling Tinggi, ‘Staycation’ Paling Luar Biasa

Amira
wyndham hotel

Wyndham Ion Majestic Genting Highlands – Hotel Paling Tinggi, Staycation Paling Rare!

Kalau korang cari tempat staycation lain daripada biasa, Wyndham Ion Majestic Genting Highlands ni memang level dia lain macam. Terletak kat 6,000 kaki atas laut, hotel ni bukan calang-calang, siap diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai hotel paling tinggi kat Malaysia.

wyndham hotel

850 Bilik Dengan View Cun

Bayangkan bangun pagi, tarik langsir, terus nampak view gunung Titiwangsa dengan kabus sejuk lalu depan mata. Hotel Wyndham Ion Majestic Genting Highlands ni ada lebih 850 bilik & suite moden, siap dengan balkoni luas. Nak OOTD, nak buat konten TikTok, semua jadi aesthetic.

Kolam Air Panas Tertinggi Asia Tenggara

Kalau stay sini, rugi kalau tak try rooftop heated pool paling tinggi kat Asia Tenggara. Bayangkan mandi kolam panas kat rooftop, sambil layan kabus lalu depan muka. Memang feeling kaya terus! Selain tu ada jugak jambatan kaca yang buat jantung berdegup, ballroom tertinggi, sky lift dan glass pyramid — semua ni rekod MBOR.

Fasiliti Lengkap Habis

Nak relax, ada spa & sauna. Nak workout, gym pun ada. Nak chill, boleh lepak kat cigar lounge atau game room. Kalau datang dengan anak, jangan risau, ada heated indoor pool dengan kids’ splash zone. Memang family friendly sangat.

1001 Nights Hotel – Staycation Ala Fantasi

Kalau korang nak stay yang penuh cerita & imaginasi, cuba check-in kat 1001 Nights Hotel (bawah koleksi Wyndham Trademark). Bilik dia ada tema rare macam Panda, Jungle, Fairytale, Alice in Wonderland. Masuk je terus rasa macam masuk dunia lain.

Lobby dia, Star River Lobby, siap pecah rekod MBOR sebagai lobby tematik paling tinggi kat Malaysia. Jalan sikit, ada pulak Sky Pavilion Garden & Hall of Human Stories — tempat immersive untuk ambil gambar cun.

wyndham hotel

Syurga Makanan Atas Awan

Kat sini memang tak risau bab makan. Banyak sangat pilihan:

  • Ambrosia (Level 12) – Buffet & global cuisine dengan view panoramic.

  • Souper Hot (Level 50) – Hotpot Yunnan-style, panas-panas dengan wild mushrooms premium.

  • Cloof Caffè & Bar, The Majestic Pizza, Cloof Premium Lounge – vibe santai nak lepak dengan kawan-kawan.

  • Hard Rock Café Genting Highlands – certified MBOR, Hard Rock paling tinggi kat Asia Pacific!

Serius, bila stay kat hotel Wyndham Ion Majestic, rasa macam bercuti kat dunia lain. Nak family trip, honeymoon, geng konten, semua sesuai. Memang staycation “atas awan” yang confirm buat korang repeat balik!