Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Yayasan HABIB Anjur ShareRity Bazaar, Himpun Komuniti Demi Tujuan Amal

Yayasan HABIB, sebuah yayasan di bawah naungan HABIB Group, bakal menganjurkan Yayasan HABIB ShareRity Bazaar sebagai platform untuk mengumpulkan komuniti sambil menyokong inisiatif kebajikan yayasan tersebut.

Bertempat di HARTA Space, Ampang Point pada 1 Ogos 2026, dari jam 10 pagi hingga 8 malam, acara sehari itu bakal menampilkan pelbagai jualan barangan terpakai terpilih serta produk daripada jenama seperti HABIB, Chantique, Pandora dan Time Zone (Ice Watch, Komono).

Menariknya, hasil jualan daripada bazar ini akan disalurkan kepada Yayasan HABIB bagi menyokong usaha kebajikan dan program komuniti yang dijalankan oleh yayasan berkenaan.

Selain membeli-belah, pengunjung turut boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga termasuk lelongan langsung, permainan claw machine dan aktiviti melukis muka.

Menurut Yayasan HABIB, acara ini bukan sekadar peluang mendapatkan barangan menarik pada harga istimewa, malah menjadi ruang untuk masyarakat bersama-sama memainkan peranan dalam menyumbang kepada tujuan yang lebih bermakna.

Sejak ditubuhkan, Yayasan HABIB memberi fokus kepada usaha memperkasakan individu dan komuniti melalui pendekatan yang memberi kesan jangka panjang, bukan sekadar bantuan sementara.

Inisiatif yayasan ini berteraskan tiga bidang utama iaitu Seni, Pendidikan dan Penjagaan Komuniti, dengan pelbagai program yang diwujudkan bagi membuka peluang serta memberi sokongan kepada golongan yang memerlukan.

Orang ramai dijemput hadir ke Yayasan HABIB ShareRity Bazaar untuk menikmati pengalaman membeli-belah sambil menyumbang kepada usaha kebajikan. Setiap pembelian dan sokongan yang diberikan akan membantu meneruskan misi yayasan dalam mencipta impak positif kepada masyarakat.

Untuk maklumat terkini mengenai acara ini, ikuti Instagram rasmi Yayasan HABIB di @yayasanhabibofficial.