Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

YB Balung Curi Perhatian Pandu Sendiri Viva Ungu Ke Sidang DUN Sabah

DUN
Tangkap layar video Tiktok

YB Balung Curi Perhatian Pandu Sendiri Viva Ungu Ke Sidang DUN Sabah

Kebiasaannya ahli politik sering dikaitkan dengan kenderaan mewah atau SUV berharga tinggi.

Namun, lain pula kisah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Syed Ahmad Syed Abbas, yang mencuri perhatian ramai apabila hadir ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dengan memandu sendiri sebuah Perodua Viva Turbo berwarna ungu lilac.

Gelagat beliau yang lebih mesra dan bersahaja itu tular selepas dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah Perodua Viva berwarna ungu berhenti di hadapan pintu masuk bangunan DUN Sabah sebelum Syed Ahmad, yang turut dikenali sebagai YB SASA, membuka sendiri pintu bahagian penumpang hadapan dan memasuki kenderaan tersebut.

Dalam satu lagi perkongsian, beliau dilihat memandu sendiri kereta kompak berkenaan ketika menghadiri persidangan DUN Sabah, sekali gus menarik perhatian orang ramai yang tidak menyangka seorang wakil rakyat memilih untuk menggunakan kenderaan sedemikian bagi urusan rasmi.

Menurut perkongsian yang tular itu, penampilan ringkas Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan menerima pujian ramai yang menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin sederhana dan dekat dengan rakyat.

Malah, ada juga netizen berseloroh mengatakan harga Perodua Viva di pasaran mungkin akan meningkat selepas video tersebut menjadi tular di media sosial.

Kredit: Tiktok @Yus Evo

Meninjau ke ruangan komen, seorang pengguna TikTok, @Yus Evo, berkata beliau sempat melihat sendiri fenomena kereta kompak itu menjadi perhatian ramai.

"Sempat menjayakan Viva viral ini, YB," katanya.

Seorang lagi pengguna, @D I R A, pula memuji pilihan kenderaan tersebut yang disifatkan praktikal untuk kegunaan harian.

"Mantap YB. Borneo style gitu. Senang parking bah YB, sama jimat minyak," ujarnya.

Sementara itu, @mad berpendapat tindakan Syed Ahmad menggunakan Perodua Viva secara tidak langsung memberi inspirasi kepada golongan muda.

"Ini YB boleh sokong anak muda. Hobi pemotoran ada," katanya.

Intipati
  • Syed Ahmad Syed Abbas hadir ke persidangan DUN Sabah dengan Perodua Viva ungu lilac.
  • Video dikongsikan di TikTok miliknya dan tular dengan pelbagai reaksi netizen.
  • Ramai memuji penampilan ringkas beliau sebagai sederhana, praktikal dan dekat dengan rakyat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan