Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing

Iqbal Yasir
kucing kereta api mini
Gambar: Youtube Xing's World

Youtuber Bina Stesen Kereta Api Mini Khas Untuk Kucing

Baru-baru ini, tular sebuah video Youtuber dari China, Xing Zhilei memaparkan kucing ‘menggunakan’ stesen kereta api bawah tanah mini.

Difahamkan, stesen berkenaan telah dibina oleh Zhilei untuk kucing peliharaannya.

Menerusi klip berdurasi dua minit itu, menunjukkan si bulusnya kelihatan menaiki dan turun dari kereta api tersebut.

Ciptaan Zhilei itu lengkap dengan kereta api yang bergerak, eskalator dan pintu platform yang terbuka serentak dengan pintu kereta api

Lebih menghiburkan, terdapat pengumuman menaiki tren untuk para penumpang berbulu itu, tak ubah seperti gelagat orang ramai menaiki pengangkutan awam.

“Selepas saya bina rumah kucing dua tahun lalu, ramai yang mesej dan tanya jika saya boleh buatkan stesen kereta api bawah tanah mini pula.

“Setelah berfikir panjang, ada dua perkara yang menjadi cabaran. Pertama, bagaimana untuk pastikan pintu gerabak dan platform terbuka serentak sewaktu tiba.

“Kedua, cara untuk buat eskalator (tangga bergerak). Awal tahun ini, saya putuskan untuk tidak terlalu fikirkan cabaran dan selesaikannya,” katanya.

Tambahnya, tempoh pembinaan projek ini mengambil masa selama empat bulan untuk disiapkan.

Menurut laporan The Straits Times, pempengaruh itu sebelum ini pernah membina teater, spa, pasar raya dan garaj bersaiz mini untuk si bulus berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan ciptaan itu malah terhibur melihat gelagat si bulus itu menaiki tren.

Sumber: Youtube Xing’s World, The Straits Times

BACA: Kucing Redah 1,287km Selama 2 Bulan, Cari Tuannya

BACA: Kucing Pecah Rekod Dunia, “Purring” Lebih Kuat Dari TV