Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Zambry Wakili Malaysia Ke Doha, Sampaikan Penghormatan Terakhir Buat Bapa Emir Qatar

ZAMBRY
Kredit: Facebook Zambry Abd Kadir

Zambry Wakili Malaysia Ke Doha, Sampaikan Penghormatan Terakhir Buat Bapa Emir Qatar

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, tiba di Doha, Qatar awal pagi tadi bagi mewakili Kerajaan Malaysia untuk menzahirkan penghormatan terakhir susulan kemangkatan bapa Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

Zambry berkata, beliau dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, di Istana Lusail hari ini.

Menurut beliau, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada misi rasmi Malaysia bagi menyampaikan penghormatan dan ucapan takziah kepada kepimpinan serta rakyat Qatar.

“Awal pagi tadi saya tiba di Doha, Qatar bagi mewakili Kerajaan Malaysia untuk menzahirkan penghormatan akhir buat Almarhum Ayahanda Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.

“Saya akan melakukan kunjungan ke atas Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani di Istana Lusail yang dijadualkan pada hari ini, Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, Malaysia turut merakamkan ucapan takziah kepada Emir Qatar, keluarga diraja serta seluruh rakyat negara itu atas pemergian Sheikh Hamad.

Ahad lalu, Istana Amiri Qatar mengumumkan Sheikh Hamad mangkat pada usia 74 tahun.

Sheikh Hamad memerintah Qatar dari tahun 1995 hingga 2013 sebelum menyerahkan tampuk pemerintahan kepada puteranya, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.