Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
zayn rayyan perkataan
Gambar: Bernama

Zayn Rayyan Hanya Boleh Tutur 30 Perkataan – Pakar Pediatrik

Iqbal Yasir

Zayn Rayyan Hanya Boleh Tutur 30 Perkataan – Pakar Pediatrik

PETALING JAYA, 13 Mac (Bernama) — Seorang pakar pediatrik memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin hanya boleh bertutur 30 perkataan dan masih belum boleh menyambung perkataan yang mana keadaan itu tidak selari dengan perkembangan kanak-kanak berumur enam tahun.

Dr. Bernice Lim Pei-Yi, 37, yang bertugas di Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang, berkata pada 20 Dis 2023, beliau telah diarahkan untuk menulis laporan pesakit bernama Zayn Rayyan Abdul Matin.

“Disebabkan saya tidak pernah berjumpa dengan pesakit tersebut, laporan perubatan telah ditulis berdasarkan dua nota perubatan yang direkodkan dalam sistem komputer hospital.

“Berdasarkan nota-nota tersebut, kali pertama pesakit dibawa ke Klinik Pediatrik Hospital Selayang adalah pada 4 Okt 2022 dan kali kedua (terakhir) pada 5 Sept 2023.

“Pesakit tersebut telah didiagnosis dengan ‘Autism Spectrum Disorder’ dan disarankan untuk menghadiri terapi bagi penyakit tersebut,” kata saksi pendakwaan ke-24 itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Sabrina Zubairi.

Dr. Bernice, 37, bekas pakar pediatrik di Hospital Selayang dari 2020 hingga 2024, memberi keterangan pada hari ke-13 prosiding perbicaraan pertuduhan pengabaian yang dihadapi oleh bapa, 30, dan ibu Zayn Rayyan, 30, di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Beliau berkata bahawa jika seseorang pesakit berusia enam tahun seperti Zayn Rayyan tidak dapat menunjukkan perkembangan yang selari dengan usianya, dia disahkan mengalami kelewatan perkembangan (developmental delay).

Sementara itu, bekas pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, ASP Nor Zaharuddin Sanip, 42, memberitahu mahkamah bahawa ibu Zayn Rayyan, gagal memberi jawapan bagaimana anaknya boleh hilang selepas beliau bertanyakan beberapa soalan kepada wanita tersebut pada pukul 10 malam, 5 Dis 2023.

“Jadi saya arahkan Insp. Nina untuk teruskan rakaman percakapannya,” kata saksi pendakwaan kelima itu semasa pemeriksaan semula oleh TPR Aqharie Durranie Aziz.

Menjawab soalan peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili pasangan suami isteri itu, Nor Zaharuddin, yang kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Klang Utara, menafikan beliau menghadapi tekanan daripada pihak atasan supaya kes Zayn Rayyan dapat diselesaikan dengan cepat.

BACA: Isu KDA FC Tiada Dalam Liga M: Tan Sri Daud Bakar Ada Jawapan

“Penglibatan saya hanya dalam pencarian arwah Zayn Rayyan pada 5 dan 6 Dis 2023,” kata saksi itu sambil menambah bahawa beliau hanya memfokuskan siasatan kepada kes orang hilang.

Sebelum perbicaraan bermula, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan kerana mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya selepas pertuduhan itu dibacakan semula kepada mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, hingga ke kawasan sungai berdekatan apartmen itu antara pukul 12 tengah hari, 5 Dis dan 9.55 malam, 6 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Perbicaraan bersambung pada 7 April ini.

Sumber: BERNAMA