Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Kelab setaraf Real Madrid
Gambar: AFP

Zidane Lihat Hanya Ada Satu Kelab Bola Sepak Dunia Setaraf Real Madrid

Hannah

Zidane Lihat Hanya Ada Satu Kelab Bola Sepak Dunia Setaraf Real Madrid

Setelah mendedahkan tiga nama pemain yang berjaya memukaunya apabila beraksi di padang, legenda bola sepak Perancis, Zinedine Zidane kembali menjadi sorotan.

Baru-baru ini, Zidane menarik perhatian apabila berkongsi merasa hanya ada satu kelab di Eropah berada pada tahap yang sama dengan Real Madrid. Pastinya, kelab itu bukanlah seteru tradisi mereka, Barcelona.

Siapa Zidane?

Untuk info, Zidane, 53, sudah lama mengukir nama dalam sejarah gemilang Real Madrid. Sebagai pemain, beliau menjadi ikon di Santiago Bernabéu dengan gaya permainan tengah yang penuh elegan dan visi tajam.

Antara tahun 2001 hingga 2006, beliau membantu Los Blancos meraih enam kejuaraan utama. Ini termasuk satu Liga Juara-Juara UEFA, satu Intercontinental Cup, satu Piala Super UEFA, satu La Liga, serta dua Piala Super Sepanyol.

Di pentas antarabangsa pula, Zidane membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 1998, termasuk menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir menentang Brazil.

Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi memainkan peranan utama dalam kejayaan skuad Les Bleus menjuarai Euro 2000.

Selepas bersara pada tahun 2006, Zidane memulakan kerjaya sebagai jurulatih bersama pasukan remaja Real Madrid sebelum mengambil alih skuad utama pada tahun 2016.

Dalam dua tempoh kendalian, 2016 hingga 2018 dan 2019 hingga 2021, beliau berjaya membawa Real Madrid meraih 11 trofi utama. Ini termasuk tiga kejuaraan Liga Juara-Juara, dua La Liga, dua Piala Super UEFA, dan dua Piala Dunia Kelab FIFA.

Walaupun hanya empat tahun menjadi pengurus di peringkat senior, pencapaiannya dianggap luar biasa.

Malah, Zidane kini dikaitkan dengan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Perancis selepas tamat Piala Dunia 2026, apabila Didier Deschamps dijangka berundur.

Siapa yang setanding Real Madrid?

Namun, ramai peminat tertanya-tanya. Jika bukan Barcelona, kelab manakah yang dianggap Zidane setaraf dengan Real Madrid?

Rupa-rupanya, bekas pemain tengah itu melihat Bayern Munich sebagai satu-satunya kelab yang mempunyai tahap serta nilai yang sebanding dengan Real Madrid.

“Dia melihat Bayern seperti Real Madrid, sebuah institusi, kelab dengan sejarah gemilang dan suasana kerja yang sangat baik.

“Kedua-dua kelab mempunyai banyak persamaan dalam cara mereka beroperasi. Dalam hal ini, dia tidak pernah menolak kemungkinan untuk ke sana.

“Zizou bekerja seperti orang Jerman, berorientasikan matlamat, teratur dan sangat teliti terhadap setiap perincian. Oleh itu, dia sememangnya akan sesuai dengan kelab itu.

“Namun, jika pihak pengurusan Munich mahu membawanya masuk, mereka perlu memberinya kuasa dalam aspek sukan dan memenuhi kehendaknya,” lapor Foot Mundo yang memetik sumber rapat Zidane pada tahun 2024.

Masa depan Zidane

Walaupun begitu, kemungkinan Zidane melatih Bayern dalam masa terdekat adalah agak tipis, lapor SPORTbible.

Ini kerana jurulatih semasa, Vincent Kompany, baru sahaja membawa kelab itu menjuarai Bundesliga 2024/2025. Bayern juga masih kekal di puncak liga Jerman dengan enam mata di hadapan selepas tujuh perlawanan musim baharu.

Bagaimanapun, dengan reputasi Zidane sebagai antara jurulatih dan pemain paling berpengaruh dalam bola sepak moden, apa sahaja langkah beliau selepas ini pastinya menjadi perhatian seluruh dunia bola sepak.

BACA: Zidane Dedah Nama 3 Pemain Yang ‘Pukau’ Dirinya

Sumber: SPORTbible