Berita›Bisnes

Giliran Kelantan Sedia Wifi Percuma Untuk Rakyat
Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan kemudahan jalur lebar tanpa wayar atau wifi secara percuma di 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu bagi kemudahan rakyat. Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pembangunan kemudahan bernilai RM225,000 itu disediakan melalui khidmat sosial Infra Quest Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). “Pelaksanaan wifi percuma ini salah satu pelan induk pembangunan mampan Kelantan pada […]

Jepun Lancar Satelit Hasilkan Pancuran Hujan Meteor Tiruan Terangi Ruang Angkasa Hiroshima
Agensi ruang angkasa Jepun telah melancarkan roket yang membawa satelit yang mampu menyampaikan pancuran meteor tiruan ke atmosfer bumi. Jepun dalam usaha untuk menjadi syarikat pertama dalam sejarah menghasilkan hujan meteor tiruan yang akan menerangi langit lebih terang daripada peristiwa alam semesta semula jadi. Objektif utama pelancaran itu adalah untuk menghasilkan percikan bintang yang hebat dalam saiz yang sangat besar […]

Singapura Bakal Haramkan Penjualan ‘Android Box’, Dakwa Langgar Hak Cipta
Undang-undang baru mengharamkan jualan ‘Androdi Box’ yang biasanya digunakan untuk aktiviti ‘strim’ kandungan dari sumber yang tidak dibenarkan adalah antara perubahan yang dicadangkan kepada Akta Hak Cipta, kata Kementerian Undang-undang Singapura. Pada hari Khamis (17 Jan), kementerian itu mengeluarkan laporan yang menggariskan perubahan yang dicadangkan selepas kemuncak kajian dan perundingan selama tiga tahun dengan orang […]

Jumpa Sebungkus RM150,000 Dalam Almari, Pekerja Pindah Barang Tekad Pulangkan Balik Kepada Pemiliknya
Sebagai apa pun kita bekerja, sikap jujur dan amanah perlu menjadi elemen utama dalam mengerjakan pekerjaan yang telah dipertanggungjawabkan. Pokok pangkalnya, setiap individu perlu menjadikan sifat jujur dan amanah di ‘tangga’ paling atas ketika melakukan kerja-kerja seharian terutamanya kerja-kerja yang melibatkan orang lain. Kisah seorang pekerja ini memulangkan kembali apa yang bukan menjadi haknya wajar […]

Rakyat Jadi Keutamaan Tentukan Tarif Air Melaka
Kerajaan negeri Melaka akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan dalam mencari formula terbaik bagi menentukan kadar kenaikan tarif air di negeri ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Justeru, beliau berkata formula yang diputuskan hasil perbincangan pihak yang terlibat itu perlu mengambil kira tarif terbaik yang tidak membebankan rakyat di samping insentif yang mampu meringankan beban golongan kurang berkemampuan. […]

Kebanyakan Kerajaan Negeri Setuju Naikkan Tarif Air – Menteri Air, Tanah Dan Sumber Asli
Kenaikan tarif air dijangka dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kebanyakan kerajaan negeri menyatakan persetujuan dengan cadangan itu, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar. Bagaimanapun katanya kadar kenaikan masih dalam perbincangan memandangkan setiap negeri mempunyai kadar tarif berbeza dan ada juga yang tidak pernah menyemak semula selama berpuluh tahun. “Saya […]

Baru Merancang Untuk Beli Rumah? Jadikan 20 ‘Checklist’ Ini Sebagai Panduan Sebelum Buat Keputusan
Menjadi impian setiap orang untuk memiliki rumah sendiri secepat mungkin. Dengan sektor hartanah menunjukkan peningkatan harga dari masa ke masa, begitu juga dengan harga rumah. Duduk di rumah sendiri berbeza seperti menyewa. Perasaan yang dirasai setiap hari juga berbeza. Tidak lagi ‘menumpang’ di rumah orang. Kalau nak hias rumah pun tak perlu pening pasal untung […]

Malaysia Negara Terbaik Di Dunia Untuk Melabur Dan Buka Perniagaan Tahun 2018
Malaysia telah dinobatkan sebagai negara terbaik buat para pelabur untuk bisnes atau melabur bagi tahun 2018, mengikut senarai yang dikeluarkan oleh majalah Majalah CEO World. Dalam senarai sebanyak 50 negara tersebut, Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang paling menarik untuk para pelabur dan ahli perniagaan. Selain itu, majalah tersebut turut menyenaraikan Poland di tempat kedua […]

Tujuh UTC Akan Kembali Beroperasi Sehingga 10 Malam Mulai 22 Januari Ini
Perubahan waktu operasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari jam 8 pagi sehingga 7 petang sahaja bermula dari 1 Januari 2019 lalu, membuatkan orang ramai membidas keputusan tersebut yang dianggap tidak lagi memudahkan urusan di luar waktu pejabat. Pengurangan itu juga dijelaskan kerana kehadiran pelanggan hanya 11% selepas pukul 7 malam dan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah […]

Minyak Turun Lagi Bermula Tengah Malam Ini
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 turun satu sen kepada RM2.22 dan RM1.92 seliter masing-masing manakala harga diesel naik satu sen kepada RM2.05 seliter mulai tengah malam ini hingga 18 Jan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (12-18 Jan) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM). “Kerajaan Persekutuan telah mengotakan janji untuk […]

Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong
Pihak berkuasa imigrasi Indonesia di Palembang, Indonesia telah menahan pakar perubatan alternatif terkenal di Malaysia, Dato’ Chris Leong dan rombongannya seramai 20 orang didakwa kerana telah melanggar peraturan visa pelancong mereka dengan menjalankan rawatan secara tidak sah kepada penduduk tempatan tanpa izin. Media Indonesia yang melaporkan insiden itu memberitahu bahawa beliau menjalankan aktiviti itu semasa […]

Kalaulah Saya Penguatkuasa, Saya Tak Sita, Saya Akan Bimbing – Uncle Kentang
Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama. Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang […]

Hebat, Hanya Jual Teh Tarik, Pasangan Ini Tersenarai Antara Orang Terkaya Forbes
Siapa sangka dengan hanya menjalankan perniagaan kecil mampu memenuhi impian zaman kanak-kanak mereka iaitu mengembara seluruh dunia. Vijayan dan isterinya yang kini masing-masing berusia 70 tahun telah mengembar ke 23 negara di dunia daripada hasil pendapatan mereka yang hanya menjual teh tarik di perkampungan kecil, Kochi, India. Turut disenaraikan dalam ‘Senarai Usahawan Terkaya Forbes’, Vijayan […]

Hampir 12 Peratus Kenaikan Gaji Untuk 20,000 Pekerja Bank
Seramai 20,000 kakitangan bank yang terdiri daripada kategori perkeranian dan bukan perkeranian daripada 20 bank akan menerima pelarasan gaji antara 10 hingga 12 peratus, kata Persatuan Bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA). Presiden MCBA, Nora Abd Manaf berkata, pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2018 dan kakitangannya akan menerima pelarasan gaji mereka menjelang akhir bulan ini. […]

Pengusaha Premis Makanan Tak Perlu Risau Larangan Merokok Jejas Perniagaan
Pengusaha dan pemilik premis makanan tidak perlu bimbang terhadap pewartaan larangan merokok sejak 1 Jan lepas, yang dikatakan menjejaskan perniagaan mereka. Seorang pengusaha restoran Farook Hassan Mohamed Hussain berkata industri makanan dan minuman di Malaysia sentiasa meningkat dengan pesat setiap tahun dan larangan itu dilihat tidak memberi impak besar dalam perniagaannya. “Peniaga tidak perlu risau dengan kekurangan (larangan merokok) itu kerana saya sudah 18 tahun menceburi bidang ini sejak 2001 dan mendapati trend peningkatan dalam bisnes ini iaitu sebanyak lima hingga […]

100 Pengikut Bertuah Menang RM50,000 Hanya Dengan ‘Retweet’ Status Jutawan Jepun Ini
Yusaku Maezawa merupakan seorang pengasas platfrom membeli-belah dalam talian kedua terbesar di dunia iaitu Zozo Inc. Namanya menjadi bualan baru-baru ini apabila beliau mengumumkan untuk memberi duit sebanyak lebih RM 50,000 seorang kepada 100 pengikut Twitter yang bertuah. Jumlah duit yang ingin diberikan melebihi RM 5 juta ringgit sebagai simbol penghargaan kepada semua pelanggan yang […]

Dianggap ‘Vintage’, Penyedut Minuman Yakult Dijual Sehingga Cecah RM3,000
Yakult Singapura telah menghentikan penghasilan penyedut minuman bagi 2 jenis produk mereka iaitu Yakult dan Yakult Ace Light bulan lepas. Ia merupakan inisiatif mereka untuk lebih mesra alam, sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan negara itu lebih ‘hijau’. Kebanyakan warga Singapura menyambut baik perubahan itu kerana bagi mereka lebih mudah untuk hanya minum terus daripada […]

Maszlee Tinjau Peluang Buka Cawangan Universiti Di Indonesia
JAKARTA, 10 Jan (Bernama) — Kementerian Pendidikan Malaysia meninjau peluang untuk membuka cawangan universiti awamnya di Indonesia, negara yang berpenduduk lebih 260 juta itu. Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata program lawatan kerja pertamanya ke Indonesia sejak menerajui kementerian itu, juga adalah bagi meningkatkan lagi kerjasama pendidikan sedia ada antara kedua-dua negara. “(Dalam lawatan kerja ini) […]

Tarif Air Pulau Pinang Naik 20 Peratus Tahun Ini
GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) — Kadar tarif air di Pulau Pinang akan naik kira-kira 20 peratus tahun ini selaras dengan usaha kerajaan persekutuan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) telah mengadakan beberapa rundingan dengan Kementerian […]

‘Tuala Wanita Ajaib’ Dakwa Boleh Rawat Sakit Dalaman Wanita, Doktor, Netizen Kritik Keberkesanan Produk
Media sosial dikejutkan dengan ciptaan baru lagi ‘canggih’ berasaskan tuala wanita yang didakwa boleh menguatkan otot pelvis wanita serta mampu merawat lemah kawalan kencing. Hal ini membuatkan orang ramai mula mempersoalkan kelebihan produk tersebut yang dipercayai ‘ajaib’ kerana berupaya merawat penyakit dalaman wanita. Terpanggil dengan isu ini, ramai doktor terkenal membuat ‘gerakan’ kesedaran kepada orang […]