Berita›Hiburan

Pernah Menjadi Ahli Gusti Dalam WWE, Ayah ‘The Rock’ Meninggal Dunia
Rocky “Soul Man” Johnson, bekas ahli gusti profesional dan bapa kepada Dwayne Johnson atau “The Rock” telah meninggal dunia pada usia 75 tahun. Kematian Rocky Johnson atau nama sebenarnya Wayde Bowles diumumkan dalam satu kenyataan oleh World Wrestling Entertainment pada rabu semalam. Pengurusnya mengesahkan kematian tersebut kepada NBC News tetapi tidak berkongsi butiran mengenai punca […]
(Video) Terkejut Dengan Kereta, Kucing Buat Aksi ‘Flip Kung Fu’ Macam Anak Buah Ip Man
Sejak dari semalam, media sosial Twitter telah dihiburkan dengan satu video gelagat seekor kucing yang secara tiba-tiba melakukan aksi akrobatik ketika sedang berjalan mengekori dua orang pejalan kaki. Video yang berdurasi selama 17 saat itu memaparkan aksi seekor kucing yang dipercayai terkejut akan kereta yang berada di arah belakangnya. Kucing tersebut lantas memberi reaksi melompat […]
Tidur Bawah Panas, Foto ”Sweet”’ Budak Guna Daun Selimut Kucing Raih Perhatian Netizen
Banyak kucing-kucing jalanan pada masa kini tidak dapat perlindungan yang baik untuk kehidupan mereka. Sifatnya yang manja mampu membuatkan orang ramai tertarik untuk mendekatinya. Ramai sahaja di luar sana yang sayangkan kucing dan jadikan kucing sebagai haiwan peliharaan mereka. Ada juga yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak untuk memastikan haiwan peliharaan tersebut kekal cantik […]
(Video) Detik-Detik Cemas, Vokalis Floor 88 Pengsan Ketika ”Live”
Vokalis kumpulan muzik Floor 88 dilihat pengsan di atas pentas sewaktu membuat persembahan di sebuah konsert. Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh band berkenaan menerusi akaun rasmi Instagram mereka. Video yang memaparkan situasi cemas itu telah mendapat lebih daripada 15 ribu tontonan selepas dimuat naik kira-kira 1 jam yang lalu. View this post on Instagram Kami […]
(Video) Penulis Watak ‘Superhero’ Ultraman, Shozo Uehara Meninggal Dunia
Sehingga kini, ramai diantara kita yang pastinya pernah mendambakan watak adiwira dari Jepun yang dikenali sebagai Ultraman. Walaupun rata-ratanya dari kita sudah meningkat dewasa kini, namun pasti ada diantara kita yang pasti meminati Ultraman sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, kita telah dikhabarkan dengan satu berita sedih dari Jepun yang pastinya memberi kesan kepada peminat-peminat […]
Miliki Warna Mata Berbeza, Kucing Ini Sama Macam Naga Dalam How To Train Your Dragon
Adakah anda penggemar filem How To Train Your Dragon? Jika ya, anda pasti mengenali watak naga yang dikenali sebagai Toothless dalam filem tersebut. Kini terdapat seekor kucing yang dikatakan mirip seperti Toothless dalam filem berkenaan. Malah kucing ini turut mempunyai pengikut yang ramai di instagramnya. Keletah-keletahnya yang lucu itu mampu menambat hari para pengguna instagram […]
“Allah Amanahkan Saya Jaga…” Diperli Bela 3 Anak Tiri, Issey Bidas Komen ‘Pedas’ Netizen
Hidup di zaman media sosial, ada saja mulut-mulut yang tidak berpuas hati dengan orang lain. Apatah lagi jika individu berkenaan merupakan selebriti yang diikuti ribuan peminat. Baru-baru ini, selebriti dan pelawak terkenal tanah air, Issey Fazlisham meluahkan kekesalannya terhadap individu yang menyindirnya kerana menanggung tiga orang anak tiri. Menurutnya, ada individu yang meninggalkan komen sinis […]
(Video) Ditonton Lebih 16 Juta Kali, “Skill” Ayah Ini Pujuk Anak Tengah Menangis Memang ‘Gempak’ Habis
Pernah alami situasi anak-anak menangis tanpa sebab hingga membuatkan anda kebingungan? Perkara ini selalu berlaku kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil. Kadangkala tangisan tersebut turut membuatkan anak-anak yang lain turut menangis. Hal ini boleh menyebabkan para ibu bapa pening memikirkan cara supaya anak-anak berhenti menangis. Menerusi satu video berdurasi 3 minit 4 […]
“Kalau Saya ‘Cleaner’, Itu Pekerjaan Yang Baik”, Pelakon Senior Kongsi Gambar Beruniform Tukang Cuci
Pelakon senior, Noralbaniah baru-baru ini menimbulkan tanda tanya para peminat apabila memuatnaik gambarnya memakai pakaian tukang cuci. Beliau yang kini berusia 50 tahun itu turut berpesan bahawa segalanya boleh ditarik balik pada bila-bila masa. “Ada lagi ke orang nak pandang kalau ini pengakhiran untuk diri ini.. Peringatan untuk diri sendiri. “Apa yang kita ada bila-bila […]
(Video) Buat Persembahan Siap ‘Ugut Juri’, Kumpulan Puteh Juara Maharaja Lawak Mega 2019
Kumpulan Puteh dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 dengan membawa pulang hadiah beruapa wang tunai RM 500,000. Ini kali pertama kumpulan ini melakar kemenangan dalam program terbitan Astro ini. Puteh menumpaskan kumpulan Zero yng akur ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM 250,000. Persembahan kedua pun 5 ha!! Adakah Puteh juara musim ini??.Saksikan […]

Mohon Doakan Kesihatan Ustaz Auni, Terlantar Di Hospital Akibat Demam Panas
Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah ini yang begitu sinonim dengan ceramah pelbagai teori konspirasi, iluminati, cerita sejarah lampau dan banyak lagi berkaitan sejarah para nabi. Satu perkongsian daripada laman Instagramnya memohon untuk mendoakan Ustaz Au’ni Mohamed kini dikatakan sedang dirawat dihospital kerana mengalami demam panas. https://www.instagram.com/p/B7HyhEzF4ND/ Sumber: Ustaz Auni Mohamed
Mungkin Korang Yang Dicari? Pertandingan Berdengkur Paling Kuat Bakal Diadakan Di Britain
Anda ada kenalan yang suka berdengkur? Atau anda sendiri seorang yang kuat berdengkur ketika tidur sehingga boeh menyebabkan gangguan orang sebelah? Jika betul, anda lah orang yang dicari oleh sebuah rancangan televisyen di United Kingdom yang kini sedang mencari orang yang kuat berdengkur. Orang yang kuat bedengkur ini akan dijadikan peserta dalam rancangan ‘Britain’s Biggest […]
(Video) Disangkakan Jeritan Mangsa Culik, Polis Serbu Rupanya Suara Burung Kakak Tua Pandai Bercakap
Sepasukan polis Florida, Amerika Syarikat gelak besar apabila mendapati teriakan perkataan “Let me out!” seakan diculik itu rupa-rupanya datang daripada seekor burung kakak tua yang dibela oleh seorang lelaki di rumahnya. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada seseorang di kejiranan tersebut yang membuat panggilan kecemasan selepas terdengar teriakan yang disangkakan […]
Ronaldo Tayang Jam Rolex Termahal Di Dunia, Harganya Boleh Buat Anda Rasa Nak Pitam
Umum telah mengetahui bahawa Cristiano Ronaldo sememangnya seorang selebriti bola sepak yang terkenal serta antara yang terkaya dalam sukan yang diceburinya itu. Baru-baru ini, bintang Juventus itu dilihat memakai jam tangan jenama Rolex yang didakwa merupakan jam tangan bagi jenama itu yang termahal di dunia. Kekayaan Ronaldo tidak perlu disangkal lagi kerana melalui akaun Instagramnya […]

(Video) Siti Nurhaliza Tergamam, Peminat Dari Portugal Datang Nak Tengok Konsert, Siap Nyanyi Lagu Nirmala
Dato’ Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi yang begitu terkenal di rantau Asia ini. Bakat yang ada padanya sudah tidak perlu disangkal lagi kerana pelbagai anugerah telah berjaya dirangkulnya sejak mula menceburi industri hiburan tanah air. Seperti yang kita ketahui, Nama Dato’ Siti Nurhaliza ini sudah menjadi tidak asing lagi dalam kalangan negara-negara yang berjiran di […]
”Kecil-Kecil Dah Ajar Anak Jadi Kurang Ajar..” Muat Naik Gambar Anak, Aeril Zafrel Teruk Dikecam
Pasangan selebriti terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sering mendapat perhatian ramai peminat baik dari segi kehidupan peribadi mahupun kerjaya. Terbaharu, melalui laman Instagram, Aeril telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya sempena hari pertama mereka memulakan sesi persekolahan. Ayah doakan kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah.. Namun, apa yang menarik perhatian apabila gambar yang […]

Didakwa Bunuh Ibu Sendiri, Pelakon Filem ‘Captain America’ Ditangkap Polis
Salah seorang pelakon dalam filem Captain America : The First Avenger, Mollie Fitzgerald ditahan atas tuduhan membunuh ibu kandung di kediaman mereka mereka di Amerika Syarikat. Menurut laopran media CNN, pelakon ini membunuh ibunya, 68 tahun di kediaman mereka di Kansas Amerika Syarikat pada 20 Disember lalu. Menurut pihak berkuasa mendapat laporan mengenai ancaman bersenjata […]
“Mi, Isyak Masuk Dah?”, Asif Suhaimi Tetap Solat Walau ‘Anak Syurga’, Takut Masuk Neraka
Youtuber kelahiran Kelantan, Syahmi Sazli bersama team produksinya semakin mendapat tempat dalam hati penonton dengan video-video mereka yang lucu dan sarat dengan pengajaran. Youtuber yang baru memenangi anugerah Video Pendek Terbaek dalam Konsert Throwbaek Astro itu sering menampilkan sepupunya, Muhammad Asyiff bin Suhaimi sebagai antara watak utama video mereka. Lakonan spontan Asif yang merupakan remaja […]
Baim Wong Namakan Anak Sulung Dengan Nama Binatang Ini, Rupanya Ini Alasannya
Jumaat 27 Disember lalu merupakan detik terindah bagi pasangan selebriti Baim Wong dan isterinya, Paula Verhoeven. Pasangan ini baru sahaja menyambut kelahiran seorang bayi pertama lelaki yang cukup comel seberat 3.5 kilogram. Seperti ibu bapa yang lain, mereka pastinya ingin memberikan nama teristimewa buat si anak tersayang. Hasil perbincangan, mereka akhirnya memilih nama Kiano Tiger […]
Joe Flizzow Selamat Bertunang Dengan Pilihan Hati Malam Tadi
Penyanyi rap popular, Johan Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow telah mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihan hatinya. Perkara tersebut dikongsikan menerusi akaun Instagram @misdeeds yang merupakan adik kepada tunangnya itu. Malam tadi kakak saya memberi kami ahli keluarga baru. Tahniah atas “pertunangannya”. Selamat datang ke keluarga @flizzow. View this post on Instagram Last […]