Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Keluarga Mentua Pulang Ke Malaysia, Ibu Ashraf Titip ‘Pesan’ Buat BCL dan Noah

Sofea

Pada hari kelapan pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mertuanya yang pulang semula ke Malaysia.

Ibu Ashraf Sinclair, Khadijah Sinclair, kelihatan mengucapkan selamat tinggal kepada menantunya dan juga kepada semua rakyat Indonesia.

Menerusi posting yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, Khadijah Sinclair berkongsi satu gambar yang menunjukkan dia bersama suami dan anaknya, Aishah Sinclair dengan senyuman yang penuh ketabahan.

Gambar itu diambil ketika mereka melawat makam Ashraf Sinclair.

Bersama-sama gambar itu, Khadijah juga meluahkan rasa syukur kerana Ashraf menerima kasih sayang dan memohon agar warga net mendoakan Al Fatihah yang tidak pernah putus kepada arwah.

Warga net dari Malaysia dan Indonesia juga menghujani ruangan komen dengan pelbagai kata-kata semangat serta doa kepada Khadijah dan keluarga.

Sumber: TribunSeleb, dida_sinclair