BeritaLuar Negara

Berita
Lebih 12 Pegawai Terlibat Siasatan Jenayah Trump Dipecat
Lebih 12 Pegawai Terlibat Siasatan Jenayah Trump Dipecat Lebih daripada 12 pegawai yang terlibat dalam siasatan jenayah ke atas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah dipecat baru-baru ini. Menurut sumber yang dekat dengan perkembangan tersebut, pemecatan itu diumumkan melalui surat rasmi daripada pemangku Peguam Negara, James McHenry. Surat berkenaan menyatakan bahawa pegawai terbabit “tidak […]
Berita
Lebih 200 Syarikat Di UK Beralih Kerja 4 Hari Seminggu
Lebih 200 Syarikat Di UK Beralih Kerja 4 Hari Seminggu LONDON, 27 Jan (Bernama-dpa) — Lebih 200 syarikat di United Kingdom (UK) telah membuat keputusan untuk beralih secara kekal bekerja empat hari seminggu tanpa sebarang pengurangan gaji, menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha mengubah corak pekerjaan rakyat British, lapor agensi berita Jerman (dpa). Syarikat tersebut meliputi pelbagai […]
Luar Negara
Nilai Pasaran Nvidia Jatuh Hampir USD600 Bilion Selepas DeepSeek Dilancarkan
Nilai Pasaran Nvidia Jatuh Hampir USD600 Bilion Selepas Deepseek Dilancarkan Pengeluar cip yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Nvidia dilapor mengalami kejatuhan nilai pasaran hampir $600 bilion, lapor CNN Business. Kejatuhan tersebut berlaku selepas kemunculan syarikat kecerdasan buatan (AI) China, DeepSeek yang mengejutkan banyak pihak. DeepSeek adalah syarikat pemula yang baru berusia setahun dan bertanggungjawab memperkenalkan […]
Berita
‘Matahari Buatan’ China Cipta Rekod Baharu
‘Matahari Buatan’ China Cipta Rekod Baharu The Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST) yang digelar ‘Matahari Buatan’ China dilaporkan berjaya mengekalkan operasi plasma tertinggi dalam keadaan tertutup selama 1,066 saat. Menurut Xinhua, ia merupakan rekod dunia yang baharu dan menandakan satu kejayaan besar dalam usaha penjanaan tenaga pelakuran nuklear. Kejayaan yang dicapai oleh Institut Fizik Plasma […]
Berita
Iran Lancar Dron Terbesar Dinamakan “Gaza”
Iran Lancar Dron Terbesar Dinamakan “Gaza” Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran telah melancarkan sebuah dron terbesar pernah dihasilkan, dinamakan “Gaza”. Pengumuman tersebut dibuat pada Ahad semasa latihan ketenteraan berskala besar yang diberi nama kod “Great Prophet Authority”. Dron ini mempunyai spesifikasi yang mengagumkan, termasuk lebar sayap sepanjang 22 meter dan berat berlepas […]
Berita
Remaja 13 Tahun Maut Dicampak Bapa Ke Laut 
Remaja 13 Tahun Maut Dicampak Bapa Ke Laut Seorang lelaki warga Rusia telah ditahan dan didakwa atas tuduhan membunuh selepas mencampakkan anak lelakinya yang berusia 13 tahun ke laut berhampiran Phangnga, Thailand. Tindakan itu menyebabkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah terkena kipas bot. Kakitangan bot laju kemudiannya melaporkan insiden itu kepada pihak polis […]
Luar Negara
Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap
Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap Seorang pemilik rumah di China yang sebelum ini berkeras untuk tidak mahu berpindah bagi pengambilan tanah untuk projek pembinaan jalan raya kini mula menyesali dengan pendirian tersebut. Ia selepas rumahnya kini terperangkap di tengah-tengah pembinaan jalan yang sudah pun hampir siap. Lebih memeningkan […]
Berita
AS Namakan Semula Teluk Mexico Kepada “Teluk Amerika”
AS Namakan Semula Teluk Mexico Kepada “Teluk Amerika” WASHINGTON, 25 Jan (Bernama) – Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (DoI) pada Jumaat mengumumkan Teluk Mexico kini dikenali sebagai “Teluk Amerika” susulan perintah eksekutif yang dikeluarkan oleh Presiden Donald Trump, lapor agensi berita Jerman (dpa). Pada Isnin, Trump mengeluarkan arahan untuk menamakan semula perairan di pantai selatan […]
Berita
“Jika Saya Mati, Ampunkan Saya, Ibu, Ayah,” Tulis Kanak-Kanak Gaza Sebelum Maut
“Jika Saya Mati, Ampunkan Saya, Ibu, Ayah,” Tulis Kanak-Kanak Gaza Sebelum Maut BANDARAYA GAZA, 25 Jan (Bernama) – “Jika saya mati, ampunkan saya, Ibu, Ayah,” tulis Azmi Abu Al-Shaar, seorang kanak-kanak Palestin berusia 10 tahun dalam telefon bimbitnya sebelum terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan rumah keluarganya semasa serangan genosid ke atas Gaza yang […]
Luar Negara
Pengantin Beri Salad Sebagai “Door Gift” Untuk Tetamu
Pengantin Beri Salad Sebagai “Door Gift” Untuk Tetamu Indonesia – Sepasang pengantin yang menginginkan kelainan memutuskan untuk memberikan salad sebagai buah tangan kepada para tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Menurut Kompas, majlis yang diadakan di Pesawara, Lampung pada 3 Disember itu tular apabila juruacara majlis perkahwinan, Maya Siregar berkongsi perkara tersebut di laman Instagram […]
Berita
Saintis Dedah Gambar Galaksi Bima Sakti Paling Tepat Setakat Ini
Saintis Dedah Gambar Galaksi Bima Sakti Paling Tepat Kapal angkasa Gaia milik Agensi Angkasa Eropah (ESA) dilapor telah menyelesaikan fasa pemantauan langit Galaksi Bima Sakiti yang berjalan selama bertahun-tahun lamanya. Dalam misi berkenaan, kapal berkenaan merekodkan lebih daripada tiga trilion pemerhatian terhadap kira-kira dua bilion bintang serta objek-objek angkasa lepas yang lain. Menurut ESA, pencapaian […]
Luar Negara
Direka Jenama Tempatan, Jersi Baharu Pasukan Kebangsaan Indonesia Curi Tumpuan
Direka Jenama Tempatan, Jersi Baharu Pasukan Kebangsaan Indonesia Curi Tumpuan Indonesia — Pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia secara rasmi melancarkan jersi baharu mereka dengan tema “Indonesia Pusaka”. Jersi tersebut menampilkan reka bentuk yang mencerminkan kekayaan warisan budaya dan semangat nasionalisme Indonesia, lapor Kompas. Penampilan penuh jersi ini dikongsi oleh jenama tempatan, Erspo di laman Instagram […]
Berita
Ikan Kembali Ceria & Sihat Lepas Tengok Gambar Manusia
Sunyi Tiada Pengunjung, Ikan Kembali Ceria & Sihat Lepas Tengok Gambar Manusia Jepun — Seekor ikan sunfish yang kesunyian kembali pulih apabila gambar manusia dan pakaian seragam pekerja dilekatkan pada cermin dinding tangkinya, lapor CNA. Mambo, ikan sunfish di sebuah akuarium Jepun jatuh sakit apabila pusat akuarium tersebut ditutup buat sementara waktu pada Disember lalu. […]
Berita
Tiupan Angin Ekstrem Dikesan Di Planet Asing, Selaju 33,00 Km/j
Tiupan Angin Ekstrem Dikesan Di Planet Asing, Selaju 33,00 Km/j Ahli astronomi dilapor berjaya mengesan fenomena angin ekstrem yang melanda kawasan ekuator sebuah eksoplanet gergasi yang dinamakan sebagai WASP-127b. Menurut Pusat Penyelidikan Astronomi Hemisfera Selatan (ESO) untuk Pertubuhan Eropah, kelajuan tiupan angin berkenaan dilapor mencecah sehingga 33,000 km/j. Fenomena tersebut sekali gus membentuk aliran jet […]
Luar Negara
Bintang Siri Realiti Bling Empire, Lynn Ban Meninggal Dunia
Bintang Siri Realiti Bling Empire, Lynn Ban Meninggal Dunia Pereka perhiasan selebriti dan bintang siri Netflix Bling Empire: New York, Lynn Ban dilapor meninggal dunia pada Isnin. Menurut portal Today, berita dukacita ini turut disahkan oleh anak mendiang, Sebastian menerusi satu hantaran di Instagram, semalam. Difahamkan, mendiang Lynn Ban menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani pembedahan […]
Berita
Pegawai Tentera Maut Disedut Enjin Jet Pejuang 
Pegawai Tentera Maut Disedut Enjin Jet Pejuang Taiwan — Seorang pegawai tentera udara terbunuh selepas disedut ke dalam enjin sebuah jet pejuang ketika pemeriksaan rutin di Pangkalan Tentera Udara Ching Chuan Kang, Taichung pada Selasa. Pejabat Pemerintah Tentera Udara Taiwan berkata kejadian yang berlaku pada waktu pagi itu menyaksikan pegawai bernama Hu sedang memasang roda […]
Berita
Netflix Naikkan Harga Lagi
Netflix Naikkan Harga Lagi Platform penstriman, Netflix menaikkan harga semua pelan langganan termasuk kenaikan pertama untuk pelan dengan sokongan iklan di Amerika Syarikat, Kanada, Portugal dan Argentina, lapor Times Of India. Difahamkan, perubahan kenaikan harga ini akan berkuat kuasa serta-merta terhadap pelanggan baharu sementara pelanggan sedia ada akan mengalami kenaikan selepas pembayaran bil berikutnya. Harga […]
Berita
Kebakaran Baharu Tercetus Di Utara Los Angeles
Amerika Syarikat — Kebakaran baharu tercetus di utara Los Angeles pada Rabu sehingga memaksa puluhan ribu orang berpindah, lapor AFP. Menurut laporan, api yang mengganas telah ‘melahap’ lereng bukit berhampiran Tasik Castaic. Digelar sebagai kebakaran Hughes, ia dikatakan merebak dengan sangat pantas meliputi lebih 8,000 ekar dalam masa beberapa jam sahaja. Keadaan itu juga turut […]
Berita
Mahkamah Tertinggi Colorado Putuskan Gajah-Gajah Di Zoo AS Bukan Manusia
Mahkamah Tertinggi Colorado Putuskan Gajah-Gajah Di Zoo AS Bukan Manusia WASHINGTON, 22 Jan (Bernama-dpa) — Mahkamah tertinggi Colorado memutuskan pada Selasa , lima gajah di sebuah zoo di Amerika Syarikat bukan manusia dan oleh itu, tidak memiliki hak seperti manusia untuk dibebaskan dari Zoo Cheyenne Mountain, lapor agensi berita Jerman (dpa). Mahkamah Agung Colorado mendapati […]
Trivia
Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perintah Eksekutif Ditandatangani Trump
Ditandatangani Trump Sejurus Angkat Sumpah, Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perintah Eksekutif Di AS Baru-baru ini, Donald Trump telah mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk kali kedua. Sebaik sahaja tampuk pemerintahan beralih tangan, Amerika Syarikat tidak henti-henti menerima kejutan daripada Trump. Antara perkara yang menjadi bualan ramai termasuk beberapa perintah eksekutif yang […]