Berita›Luar Negara

Luar Negara
Suspek Curi Kereta Maut Dalam Kemalangan Lepas Curi Kereta Dan Pukul Warga Emas
TEXAS – Seorang lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan sejurus selepas memukul dan mencuri kereta seorang warga emas. Menurut Daily Mail, mangsa yang juga seorang wanita berusia 72 tahun telah diserang lelaki berkenaan ketika berhenti di salah sebuah stesen minyak untuk membeli minuman. Lelaki tersebut kemudiannya bertindak merampas kunci kereta dan menumbuk muka mangsa, menyebabkan wajah […]
Berita
Lelaki Tergamak Sumbat Nenek Sendiri Dalam Peti Sejuk Sehingga Mati
Seorang lelaki di Georgia dipercayai tergamak membunuh neneknya sendiri dengan menyumbat warga emas itu hidup-hidup di dalam peti sejuk sehingga tulangnya patah, lapor New York Post. Menurut laporan, lelaki tersebut didakwa tinggal bersama mayat neneknya yang berusia 82 tahun itu selama berbulan-bulan sebelum pasukan polis Floyd County melakukan penemuan mengerikan itu pada Khamis lalu. Polis […]
Berita
Detik Cemas Kedai Serbaneka 3 Tingkat Runtuh Di Kalimantan, 4 Orang Dilapor Maut
JAKARTA, 19 April – Empat orang maut selepas sebuah kedai serbaneka tiga tingkat runtuh pada petang Isnin di daerah Banjar, Kalimantan Selatan. Menurut Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) sembilan mangsa diselamatkan dan dibawa ke beberapa hospital. Basarnas menerima laporan pada 5.50 petang waktu Indonesia dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 9.35 pagi […]
Luar Negara
Pilu, Lelaki Tabah Nikahi Isteri Terlantar Sakit Di Hospital Sebelum Meninggal Dunia
Setiap orang pastinya mengimpikan untuk hidup bahagia bersama pasangan masing-masing untuk selamanya, tetapi kadang kala takdir Allah SWT mengatakan sebaliknya dan kita perlu tabah menerimanya. Walaupun perit untuk ditempuhi, namun hidup tetap harus diteruskan kerana di setiap ujian pasti akan ada hikmahnya. Mungkin itulah yang dirasai oleh lelaki dari Indonesia ini yang terpaksa menghadapi pemergian […]
Berita
Israel Lancar Serangan Udara Di Semenanjung Gaza
Israel dilaporkan telah melancarkan serangan udara pertamanya di Semenanjung Gaza pada awal Selasa yang didakwa sebagai tindak balas kepada roket yang dilepaskan dari kawasan Palestin ketika ketegangan memuncak. Memetik laporan AFP, siren amaran telah dibunyikan di selatan Israel pada Isnin selepas roket itu dilepaskan dari kawasan yang dikawal oleh kumpulan pejuang Islam, Hamas. Ia merupakan […]
Luar Negara
Penat Tunggu Pihak Berwajib Bertindak, Lelaki Kaya Nekad Guna Duit Sendiri Baiki Jalan Rosak 
Seorang lelaki di Grobogan, Jawa Tengah menjadi tular di media sosial selepas menggunakan wangnya sendiri sebanyak Rp2.8 bilion (RM830,899) untuk membaiki jalan yang rosak di kampungnya. Memetik laporan Suara Merdeka, lelaki kaya itu dikenali sebagai Joko Suranto dan merupakan pemilik hartanah di Jakarta yang telah berhijrah ke Jakarta selama bertahun-tahun. Berdasarkan perkongsian oleh pengguna media […]
Berita
Gempa Bermagnitud 5.9 Gegar Selatan Filipina
MANILA, 19 April (Bernama) — Gempa bumi bermagnitud 5.9 menggegarkan wilayah Davao Oriental di selatan Filipina pada Selasa, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina. Gegaran yang berlaku pada 9.23 pagi waktu tempatan itu pada kedalaman 49 kilometer (km), kira-kira 54 km tenggara bandar Manay, lapor Xinhua. Menurut institut itu beberapa gegaran susulan diramal berlaku dan […]
Luar Negara
Isteri Menangis Histeria Minta Ampun, ‘Kantoi’ Curang Ketika Suami Keluar Tunai Ibadah Tarawih
Baru-baru ini berlegar satu video yang memaparkan seorang isteri sujud meminta ampun di kaki suaminya kerana didakwa telah menjalinkan hubungan sulit ketika suaminya sedang menjalani ibadah Tarawih. Memetik laporan Tribun News, video itu tular selepas dimuatnaik di TikTok. Ketika kejadian, suami kepada wanita itu dikatakan sedang bersolat di masjid Lhokseumawe, Banda Aceh. Menerusi video itu, […]
Berita
Cristiano Ronaldo Berduka, Bayi Lelaki Baru Lahir Meninggal Dunia
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memaklumkan bahawa salah seorang bayi kembarnya yang baru dilahirkan telah meninggal dunia semalam. Menerusi kiriman di media sosialnya, Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez meluahkan kesedihan atas pemergian bayi lelaki mereka itu. “Dengan kesedihan yang mendalam, kami ingin mengumumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. “Ia adalah kesakitan paling […]
Hiburan
Lelaki Tonton ‘Spider-Man: No Way Home’ 292 Kali
Seorang lelaki di Florida, US telah tonton filem aksi Marvel Spider-Man: No Way Home sebanyak 292 kali selama tiga bulan, sekaligus berjaya memecah rekod dunia, lapor CNN. Menurut CNN, lelaki tersebut, Ramiro Alanis mengganggarkan bahawa dia telah membelanjakan lebih RM14,000 untuk membeli tiket wayang filem tersebut selama tempoh tiga bulan. Imbas kembali, sebelum ini Alanis […]
Berita
Lelaki Maut Teguk Pencuci Lantai, Disyaki Bunuh Diri
Seorang lelaki yang merupakan pekerja di sebuah salon dilapor maut di kediamannya gara-gara disyaki bunuh diri dengan meneguk cecair pencuci lantai, lapor Kompas.com. Menurut laporan, kejadian tragis itu didakwa berlaku di kediaman mangsa di Kota Bekasi, Jakarta pada waktu sekitar tengah hari 18 April semalam. Difahamkan, saksi yang juga merupakan rakan sekerja menemui jasadnya kerana […]
Berita
Budak Kencing Dalam Botol Di Restoran, Netizen Berpendapat ‘Ia Tak Jadi Masalah’
Tular gambar seorang wanita yang membantu seorang budak lelaki untuk kencing ke dalam botol di medan selera Plaza Tiong Bahru, Singapura baru-baru ini. Menurut Mothership, gambar kontroversi yang dimuat naik di laman Facebook komuniti “COMPLAINT SINGAPORE” itu mendapat perhatian orang ramai. Berdasarkan gambar itu, budak lelaki tersebut sedang berdiri di atas kerusi sambil kencing ke […]
Berita
Ikan Lumba-lumba Terdampar Di Pantai Mati Selepas ‘Ditunggang’ Pengunjung
Seekor ikan lumba-lumba yang terdampar sakit di Pantai Quintana, Texas baru-baru ini mati selepas pengunjung pantai cuba ‘menunggangnya’ untuk berenang bersama, lapor Metro UK. Menurut badan bukan kerajaan (NGO) Texas Marine Mammal Stranding Network (TMMSN), pada awalnya pihaknya menerima laporan daripada pengunjung mengenai seekor ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai tersebut. Kemunculan ikan lumba-lumba yang […]
Berita
Thailand: 1,917 Nahas Jalan Raya, 277 Kematian, Dalam Tempoh 7 Hari Songkran
BANGKOK, 18 April (Bernama) — Seramai 1,869 orang cedera manakala 278 lagi maut dalam 1,917 kes nahas jalan raya yang direkodkan sepanjang tujuh hari sambutan Songkran (seven dangerous days’ of Songkran) dari 11 hingga 17 April – termasuk dua hari sebelum dan selepas sambutan perayaan itu dari 13 hingga 15 April. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Keselamatan Jalan Raya, Nirat Pongsitthaworn […]
Luar Negara
Lendir Gergasi Dalam Hidung, Lelaki Derita Sukar Bernafas & Hilang Deria Bau
Lendir gergasi yang ‘bersarang’ dalam hidung seorang lelaki di UK sejak 10 tahun dahulu akhirnya berjaya dikeluarkan baru-baru ini, lapor Metro UK. Menurut Metro UK, selepas bertahun-tahun lelaki tersebut, Tony mengalami kesukaran bernafas, akhirnya dia mulai bingung apabila deria baunya hilang. Dia juga berasakan ada sesuatu yang ‘bergerak’ dalam lubang hidungnya dan akhirnya membuat keputusan […]
Berita
Dipecat Kerana Tak Suka Majikan Sambut Hari Lahirnya, Lelaki Terima Ganti Rugi RM1.9 Juta
Amerika Syarikat – Seorang lelaki yang mengalami masalah keresahan melampau (anxiety disorder) dilaporkan telah mendapat wang berjumlah RM1.9 juta selepas majikannya berkeras menyediakan majlis kejutan hari jadi buatnya. Memetik laporan NBC News, lelaki itu meminta kepada majikannya agar tidak meraikan hari lahirnya kerana ia boleh mencetuskan serangan panik ke atas dirinya. Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan oleh […]
Berita
Satu Daripada Lima Umat Manusia Berdepan Kemiskinan, Kelaparan Akibat Krisis Ukraine – Guterres
PRAGUE, 18 April (Bernama) — Krisis di Ukraine boleh mengakibatkan lebih satu daripada lima orang, atau sekitar 1.7 bilion populasi dunia berdepan kemiskinan dan kelaparan, menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres. “Kita melihat tragedi itu berlaku di Ukraine. Tetapi tanpa disedari, krisis itu turut mendatangkan kesan buruk terhadap negara membangun. “Krisis itu […]
Berita
Gunung Berapi Anak Krakatau Dilapor Meletus Lagi
Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda dilaporkan telah meletus malam tadi sehingga mengeluarkan abu setinggi 800 meter. Memetik laporan Tribun News, orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan itu dalam radius 2 kilometer. Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral berkata Gunung Anak Krakatau telah meletus sekitar jam 9.15 malam. Keadaan abu […]
Berita
Empat Lelaki Ditahan, Didakwa Rogol Biawak Secara Beramai-Ramai
India – Empat lelaki dilaporkan telah ditahan selepas didakwa merogol seekor biawak jenis Bengal Monitor di Sahydari Tiger Reserve, berhampiran kampung Gothane di Maharashthra. Memetik laporan India Today, kesemua suspek adalah pemburu yang disyaki memasuki kawasan itu dan melakukan jenayah tersebut. Jabatan Hutan Maharashtra dikatakan mendapat tahu mengenai kejadian tersebut setelah telefon bimbit milik tertuduh […]
Berita
Wanita Terkejut Dapat Tahu Anak Angkat Yang Diasuhnya Sebenarnya Anak Kandung Suami
Seorang wanita di United Kingdom terkejut setelah mengetahui bahawa anak angkat yang dibesarkan selama ini adalah anak kandung kepada suaminya. Memetik laporan Mirror, ibu kepada lima anak itu sentiasa menginginkan keluarga yang besar namun selepas dikurniakan tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki, dia mula menghadapi masalah kesihatan dan tidak lagi dapat mengandung. Selepas itu, […]