Berita›Luar Negara
(Video) Nyaris Dihanyutkan, Detik Cemas Budak Bertarung Nyawa Terperangkap Dalam Arus Deras
Seorang budak lelaki di Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia, yang sedang mandi di sungai terperangkap dalam arus deras, lapor portal Kompas.tv. Detik penyelamatan itu berlaku dengan agak dramatik. Dalam video penyelamatan tersebut, Fadil, seorang penduduk Desa Banteran, Kecamatan Sumbang, Banyumas, Jawa Tengah, Indonesia dilihat terperangkap dalam arus deras di Sungai Pangkon. Menurut penduduk, arus deras itu […]
United Kingdom Akan Isytiharkan Kumpulan Hamas Serta Sayapnya Sebagai Pengganas
Kerajaan United Kingdom menerusi Setiausahanya, Priti Patel bakal mengisytiharkan bahawa kerajaan UK akan meletakkan kumpulan Hamas sebagai pengganas dan sesiapa yang dibuktikan terlibat dengan apa-apa kegiatan Hamas akan dipenjara sehingga 10 tahun. Ini bermakna, sesiapa yang meluahkan rasa sokongan untuk Hamas, mengibarkan bendera atau mengaturkan mesyuarat untuk organisasi yang berkaitan akan dianggap melanggar undang-undang. Priti […]

Wanita Gembira Bantu Sahabat Lahirkan Anak, Tapi Ayah Bayi Rupanya Suami Sendiri
Seorang wanita di Wickenburg, Arizona yang meraikan sahabatnya yang baru melahirkan anak, kecewa selepas mendapat tahu ayah kepada bayi itu rupa-rupanya suaminya sendiri. Hailey Custer, 28, berkata, dia tidak menyangka bahawa suami yang dikahwininya sejak enam tahun lalu, Travis Bowling, 36, tergamak mencuranginya sebegitu rupa. Menurut laporan Daily Mail, pada awalnya Hailey menjaga sahabatnya itu […]
(Video) Wanita Tergamak Saman Ibu Sendiri Untuk Tuntut Rumah Pusaka, Si Ibu Kata “Anak Derhaka”
Seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Aceh Tengah, Indonesia dilaporkan nekad memfailkan saman terhadap ibu kandungnya sendiri demi harta pusaka yang merupakan sebuah rumah mewah. Kes tersebut diketahui melalui sebuah video yang dikongsikan oleh adik kepada wanita itu sendiri di akaun Instagram miliknya. Menurut perakam video tersebut, wanita itu telah memfailkan saman berkaitan […]

(Video) Ini 10 ‘Pencakar Langit’ Berkembar Paling Tinggi Di Dunia, KLCC Masih Kekal No.1
Bila bercakap pasal bangunan berkembar tertinggi di dunia, sudah tentu Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terlintas di fikiran anda semua. Tetapi tahukah anda bahawa ada banyak lagi bangunan berkembar tertinggi di seluruh dunia? Dalam perkongsian video TikTok yang dimuat naik oleh akaun @zikrie18, terdapat beberapa lagi bangunan atau menara berkembar yang tertinggi di dunia. Antaranya […]

(Video) Beruang Buka Pintu Sendiri Masuk Ke 7-Eleven, Siap ‘Pakai’ ‘Hand Sanitizer’ Dulu
Semenjak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia tahun lalu, kita sudah dibiasakan untuk menjalani aktiviti harian mengikut norma baharu. Selain memakai pelitup muka, kita juga digalakkan untuk memakai cecair pembasmi kuman pada tangan atau hand sanitizer secara kerap. Oleh itu, kebanyakan premis menyediakan cecair tersebut untuk digunakan oleh pelanggan atau pengunjung sebelum masuk. Tapi lain pula ceritanya […]
Arab Saudi Cipta Rekod Baharu, Bina Kompleks Industri Terapung Terbesar Di Dunia
Bandar futuristik NEOM yang dikenali sebagai OXAGON merupakan kompleks perindustrian terapung terbesar yang telah dibina di dunia. Baru-baru ini, OXAGON telah dilancarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman di Riyadh, Arab Saudi. Menurut laporan daripada Arab News, OXAGON melengkapkan falsafah dan prinsip yang sama dengan THE LINE yang baru sahaja diumumkan pada Januari lalu. […]

Tiada Tol Di Lebuhraya, Tapi Anda Kena Bayar Cukai Jalan Secara Purata RM473 Setiap Bulan Di Netherlands
Tol merupakan bayaran yang dikenakan bagi sesebuah kenderaan yang melalui sesuatu jalan raya. Biasanya bayaran tersebut digunakan untuk membiayai pembinaan serta penyelenggaraan jalan tersebut. Kadar bayaran adalah mengikut jarak perjalanan. Di Malaysia, terutama bagi penduduk di sekitar Lembah Klang boleh dikatakan setiap hari akan jumpa tol. Pendek kata, setiap masa akan jumpa tol, baik siang […]

Lelaki Tanam Siap-siap Trak Kesayangan, Hendak Dikebumi Bersama Lepas Tahu Hidap Penyakit Tidak Boleh Diubati
Kerana terlalu sayangkan trak kesayangan miliknya, seorang lelaki Mexico meninggalkan wasiat yang lain daripada lain, memetik laporan daripada Oddity Central. Menurut laporan, trak tersebut dihadiahkan oleh anak lelakinya. Don Adán Arana yang berasal dari Puerto San Carlos, di Baja California Sur Mexico itu dikatakan menghidap penyakit yang tidak dapat diubati. Berikutan hal itu, dia mengambil […]
(Video) Bergaduh Parang vs Gergaji, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan Amaran Lerai 2 Lelaki Ini
Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan amaran terhadap dua orang lelaki yang bergaduh menggunakan senjata tajam di jalan By Pass Ir H Djuanda, Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia semalam. Kedua-dua lelaki tersebut dilaporkan bergaduh sesama sendiri menggunakan parang dan gergaji. Sebelum keadaan menjadi lebih buruk, aksi pergaduhan yang berlaku di hadapan pejabat pentadbiran Kota Tasikmalaya sempat dileraikan […]

(Video) Memilukan, Ibu Gajah Cuba ‘Bangunkan’ Anaknya Yang Mati Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik
Seekor anak gajah jantan berusia tiga tahun ditemui mati dipercayai akibat renjatan elektrik di hutan Walayar, wilayah Palakkad di Kerala, India baru-baru ini. Memetik India Times, anak gajah tersebut dikatakan terpisah daripada kumpulannya di hutan sebelum tersesat masuk ke sebuah ladang yang mempunyai jaluran wayar elektrik. Difahamkan, pada awalnya bangkai tersebut ditemui penduduk tempatan dan […]
Tak Boleh Terima Kekasihnya Minta Putus, Lelaki Menangis Sampai Berguling-Guling
Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis teresak-esak sehinga berguling-guling kerana tidak dapat terima kekasihnya meminta putus telah menjadi tular di media sosial. Video yang memilukan itu telah dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @talkshow_ngakak. Video pendek itu pada awalnya memaparkan tentang seorang lelaki yang memakai baju putih sedang menelefon kekasihnya di atas sebuah […]
Belalai Cedera Parah Terkena Jerat, Anak Gajah Ini Akhirnya Mati Lepas Dua Hari Dirawat
Seekor anak gajah di Aceh mati selepas dua hari dirawat di Pusat Latihan Gajah (PLG) di Saree, Aceh Besar apabila belalainya dikatakan terputus akibat terkena jerat, lapor Detik News. “Kami tidak dapat meneruskan misi menyelamat. Maklumat daripada pasukan perubatan juga mengatakan gajah itu telah mati pagi ini,” kata ketua Badan Konservasi Sumber Asli Aceh (BKSDA), […]

Kereta Remuk Teruk ‘Ditindih’ Lori, Wanita Bernasib Baik Hanya Cedera Ringan Walau Tersepit Dalam Kereta
Seorang wanita berusia 46 tahun dilaporkan telah berjaya menyelamatkan diri daripada sebuah kemalangan kereta yang teruk selepas kereta Nissan miliknya digilis lori. Wanita tersebut dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan walaupun keretanya sudah hancur teruk, memetik laporan daripada Daily Star. Kemalangan kereta itu menunjukkan kereta Nissan Altima milik wanita tersebut telah terlipat dua selepas sebuah lori […]

Lewat 73 Tahun Pulang Buku Milik Perpustakaan, Ulat Buku Ini ‘Tanggung’ Denda Lewat Hantar RM 16k
Sebuah buku milik satu perpustakaan telah lewat dipulangkan lebih 73 tahun. Buku yang bertajuk Stately Timber karya Rupert Hughes mengisahkan sebuah pengembaraan yang berlaku di Boston US. Buku tersebut sepatutnya dikembalikan kepada Perpustakaan Pusat Perpustakaan Awam Dunfermline di Abbot Street pada 6 November 1948. Bagaimanapun, kakitangan di perpustakaan Fife, kini digelar Dunfermline Carnegie Library & […]
CCTV Rakam Bunuh Suspek Dalam Balai Polis, ‘Joe Ferrari’ Berdepan Hukuman Mati
Pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk mendakwa tujuh anggota polis yang dituduh melemaskan seorang suspek dadah menggunakan beg plastik sehingga mati atas semua pertuduhan yang dicadangkan oleh penyiasat, kata Ketua Biro Siasatan Pusat Pol Lt Jen Jirabhop Bhuridej berkata, Pejabat Peguan Negara (OAG) telah bersetuju untuk mendakwa Pol Col Thitisan Utthanaphon, bekas ketua stesen daerah […]

(Video) Tak Nak Kena Sembelih, Lembu Lari Masuk Taman Tema, Siap ‘Menyorok’ Dalam Gelongsor Air
Bila pergi ke mana-mana taman tema air, mesti korang perasan kalau barisan yang paling panjang beratur tu tak lain tak bukan di bahagian gelongsor air. Permainan gelongsor air seringkali menjadi tumpuan pengunjung di mana-mana taman tema air. Suka betul kan kalau dapat naik gelongsor air. Selalu kita naik gelongsor air ni sebab nak seronok-seronok kan? […]

(Video) Lelaki Palestin Menangis Tengok Rumah Dirobohkan Atas Perintah Pihak Berkuasa Israel
Setiap insan pasti mengimpikan rumah yang selesa dan boleh didiami bersama keluarga. Rumah juga menyimpan banyak kenangan bermakna bersama keluarga yang tak mungkin dilupakan. Namun semua kenangan itu direnggut sekelip mata sahaja dari lelaki warga Palestin yang dikenali sebagai Iyad Burqan ini. Luluh hatinya bila melihat rumah yang didiaminya bersama 10 orang ahli keluarga, termasuk […]
Delegasi MyFundAction Ke Turki, Hantar Bantuan Bernilai RM4 Juta Kepada Pelarian Syria
TURKI, 15 November 2021 – Seramai 7 orang delegasi Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) berangkat ke Turki dalam misi bantuan kepada pelarian Syria di sini bernilai RM4 juta. Menurut Siti Aisyah Shahid, Ketua Pegawai Operasi MyFundAction, misi Winter Aid for Syria 2021 ini akan melancarkan beberapa projek besar termasuklah 500 buah rumah untuk pelarian Syria dan […]

“Kadang-kadang Rasa Masin..,” Wanita Ini Minum Air Kencing Sendiri, Percaya Boleh Cegah Kematian Akibat Kanser
AMERIKA SYARIKAT – Seorang wanita yang juga merupakan seorang ibu, Carrie, 53, ‘ketagih’ minum air kencingnya sendiri. Dia percaya bahawa dia akan mati disebabkan kanser sekiranya dia berhenti meminum air kencingnya. Wanita itu menyifatkan air kencingnya sama seperti minuman keras. Dia mengambilnya sebanyak lima gelas setiap hari. Dalam satu kenyataan menerusti TLC’s My Strange Addiction, […]