Berita›Luar Negara

(Video) Tindakan Lelaki ‘Culik’ Pocong Di Tepi Jalan Undang ‘Misteri’, Rupanya Ini Alasan Mereka
Biasanya bila kita dengar nama ‘pocong’, pasti terbayangkan susuk seram yang boleh membuatkan bulu roma berdiri. Kalau terjumpa, tak cukup tanah kita lari. Pun begitu di Lamongan, Indonesia, beberapa individu telah bertindak membawa pulang ‘pocong’ yang ditemui di tepi jalan. Menurut Detik News, rakaman CCTV di tempat kejadian berjaya merakam kelibat seorang lelaki berbaju hitam […]

(Video) Detik Cemas ‘Buaian’ ‘Fun Fair’ Terangkat Ketika Berhayun, Orang Ramai Pakat Tahan Supaya Tak Terbalik Belakang
Tahun-tahun sebelum ini, berlaku beberapa kejadian kemalangan di ‘funfair’ Thailand dan Perancis. Kini, satu lagi kejadian menakutkan di sebuah karnival ‘funfair’ yang tular di media sosial apabila salah satu ‘buaian’ di sana didakwa rosak ketika dinaiki oleh para penunggang. Menurut Daily Mail, kejadian tersebut berlaku Traverse City, Machigan, USA. Sebuah alat ayunan yang dinamakan ‘Magic […]

“Baik Sentiasa Kalahkan Yang Jahat”, Khabib Gembira Lepas Poirier Tewaskan McGregor
Dustin Poirier sekali lagi muncul juara dalam perlawanan Ultimate Fighting Championship (UFC) menentang Conor McGregor, hari ini. Pertarungan mendebarkan UFC 264 ini hanya berlangsung satu pusingan sahaja apabila McGregor mengalami kecederaan pada bahagian kaki. Turut meraikan kemenangan Poirier, petinju terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya mengucapkan tahniah kepada Poirier atas kejuaraannya hari […]

Kaki Dipercayai Patah, Mcgregor Tewas Sekali Lagi Dengan Poirier Lepas Diserang Bertubi-tubi
Dustin Poirier sekali lagi menewaskan Conor Mcgregor dalam pertembungan mendebarkan dalam UFC 264 yang berlangsung sebentar tadi. Pertarungan yang berlangsung genap satu pusingan sahaja selepas kaki Mcgregor kelihatan terseliuh dan ada kemungkinan patah sebelum pusingan pertama tamat. Mcgregor teruk diserang bertubi-tubi oleh Poirier sepanjang pusingan pertama hingga menyebabkan pendarahan di bahagian muka dan telinga pertarung […]

(Video) Neymar Peluk ‘Erat’ Lionel Messi Di Tengah-Tengah Kemeriahan Argentina Raikan Kemenangan
Lionel Messi akhirnya menjulang trofi pertamanya di pentas antarabangsa berikutan kemenangan Argentina dalam Copa America 2021. Selepas meraikan kejayaan pasukan Argentina, Lionel Messi nampaknya sedang memeluk erat sahabatnya, Neymar di tengah-tengah padang bola ketika yang lain meraikan kejayaan tersebut. Menerusi video tersebut, keadaan hiba menyelubungi ketika itu. Tidak dinafikan kedua-dua pemain ini sangat akrab sejak […]

Argentina Juara Copa America, Messi Tamatkan Kemarau Piala Bersama Pasukan Kebangsaan
Selepas bertahun-tahun menunggu, akhirnya Lionel Messi berjaya menamatkan kemarau Piala bersama pasukan kebangsaan Argentina. Argentina berjaya menewaskan Brazil dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain PSG, Angel Di Maria di perlawanan akhir Copa America 2021. Argentina yang turun ke pentas akhir kali ini dengan penuh semangat menjulang piala dan apa yang lebih manis, Argentina menewaskan Brazil […]
Rayakan Hari Jadi Di Pusat Karaoke, Wanita Maut Ditimpa TV Karaoke Seberat 19 Kg
MOSCO- Sebuah tragedi berlaku di sebuah klub di Rusia apabila seorang wanita maut tertimpa televisyen karaoke yang besar pada hari ulang tahunnya. Tatiana Pokhorenko, 35 tahun maut di tempat kejadian selepas skrin karaoke yang seberat 19 kg itu tepat menimpa atas badannya. Rakaman CCTV di Gallery Club menunjukkan mangsa sedang meraihkan ulang tahunnya bersama-sama temannya […]
Kilang Pemproses Makanan Terbakar, Lebih 50 Orang Maut Terperangkap Dalam Kilang
BANGLADESH- Sebuah kilang pemproses makanan di Bangladesh terbakar menyebabkan kira-kira 52 orang mati terbakar pada 9 Julai. NDTV melaporkan, kebakaran terjadi di sebuah kilang pemproses makanan bernama Inferno. Anggota pemadam kebakaran pada mulanya menjumpai tiga mayat ketika memadam kebakaran. Namun, bertambah apabila api mulai reda dan menemui kira-kira 49 orang lagi disebuah ruangan tingkat tiga […]
(Video) YouTubers Hasilkan Lolipop Seberat 25 Kg Di India, Nak Makan Nampak Susah
INDIA- Satu video mendapat perhatian ramai apabila menunjukkan lolipop terbesar di dunia dengar berat 25 kg di YouTube. Firoz Chuttipara bersama rakannya meunjukkan bagaimana pemprosesan lolipop terbesar itu di saluran makanan popular di Youtube (Village Food Channel). Menurut India.com, pemprosesan lolipop itu bukanlah sekejap kerana memakan masa lebih setengah hari. Klip video yang bedurasi lebih […]

Gara-gara Miliki 8 Anak, Warga Emas Didenda Lebih RM58k Kerana Langgar Polisi Kawalan Keluarga China
CHINA- Seorang lelaki di China didenda kerana melanggar dasar kawalan kelahiran yang ditetapkan. Lelaki itu dilaporkan mempunyai lapan orang anak. Dia didenda 2.6 juta Yuan (RM1.68 juta) pada 2019. Namun kerana tidak mampu, dia berunding dengan pihak mahkamah. Akhirnya selepas beberapa tahun berunding, denda berkenaan dikurangkan kepada 90,000 Yuan ( RM58,211) baru-baru ini, lapor SCMP. […]
(Video) Diberi Nama Rani, Lembu Dipercayai Terkecil Di Dunia Ini Jadi Viral, Orang Ramai Berpusu-pusu Melawat
Seekor lembu, dipercayai terkecil di dunia dilapor ditemui di Bangladesh. Menurut BBC, lembu itu hanyalah mempunyai ketinggian 51cm dan mempunyai berat 28kg sahaja. Walaupun negara itu melaksanakan perintah berkurung, namun, ianya tidak menghalang pengunjung untuk mengunjungi haiwan itu di Charigram, Dhaka, Hasan Howladar, pengurus ladang akan didatangi Guinness Book of Records bagi menyenaraikan Rani sebagai […]
Bersalah Langgar Peraturan Sekatan Pergerakan Di Indonesia, Penjaga Tandas Tak Mampu Bayar Denda RM29, Rela Dipenjara
Seorang penjaga tandas di Indonesia yang telah didapati bersalah melanggar peraturan sekatan pergerakan atau Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) Darurat rela dipenjarakan kerana tidak mampu membayar denda. Lelaki yang berasal dari Serang, Banten itu dilaporkan telah didenda sebanyak 100,000 rupiah (RM29). Menurut Suara.com, lelaki itu memilih untuk dipenjarakan selama sehari kerana tidak mempunyai wang dengan […]
‘Pengembara Masa’ Dakwa England Tersungkur Di ‘Kaki’ Itali, Tewas “Final” Euro 2020
Setiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak dalam apa jua kejohanan sekalipun, pasti akan wujud individu yang menjadi ‘tukang ramal’. Terbaru, seorang individu mengejutkan penyokong England apabila telah mendakwa bahawa pasukan itu akan kalah kepada Itali dalam perlawanan akhir nanti. Menggelarkan dirinya sebagai ‘penggembara masa’, dia memuatnaik video ‘ramalan’ tersebut di TikTok sejak 18 Jun yang […]

Terpukau Keindahan Kampung ‘Switzerland’ Versi Nusantara, Jom Kenali ‘Lembah Harau’ Di Sumatera
Antara negara yang menjadi pilihan utama buat ‘kaki travel’ ialah menjejakkan kaki ke Switzerland. Semua orang pastinya terpukau dengan keindahan suasana kampungnya yang tenang, damai dan berbukit-bukau serta diserikan dengan air terjun. Tapi mungkin ramai belum tahu, suasana seakan-akan Switzerland juga wujud di Asia Tenggara iaitu di Lembah Harau, sebuah perkampungan lembah di wilayah Lima […]
Pasang Piring Satelit Di Kereta & Dipandu Di Jalan Raya, Toyota Prius Ini Ditahan Polis
CALIFORNIA- Seorang pegawai mendedahkan terdapat satu kenderaan aneh di jalan raya baru-baru. California Highway Patrol berkata sebuah kereta menarik perhatian apabila terdapat halangan visual di atas keretanya iaitu piring satelit. Stesen Antelope Valley CHP mengatakan dalam akaun Instagram (chpantelopevalley) bahawa seorang pegawai (T Caton) menghentikan sebuah kereta Toyota Prius di lebub raya kerana piring satelit. […]
Pemilik Bawa Anjing Nazak Dengan Kereta Sorong Ke Gunung Kesukaannya Buat Kali Terakhir
UNITED KINGDOM- Seorang pemilik anjing membawa anjingnya yang nazak melawat ke gunung kesukaannya dengan menggunakan kereta sorong. Carlos Fresco, 57 tahun membawa Labradoodle Monty ke pergunungan di Wales selapas 18 bulan berjuang melawan luekemia. Carlos yang tinggal di London sanggup meninggalkan London demi anjingnya dan tinggal bersama temannya di Brecon Beacons. Pengusaha hotel itu (Carlos) […]
Ikan Masin Disangkakan Mayat Bayi, Penduduk Telefon Polis Buat Laporan
SINGAPURA- Seorang penduduk di Teck Whye membuat laporan polis terdekat kerana sangkakan terdapat mayat bayi diunit rumahnya. Shin Min Daily News melaporkan bahawa Puan Wu yang tinggal di Blok 3, Teck Whye Lane terhidu bau busuk pada 4 Julai diluar unitnya. Bau itu menjadi kuat selepas beberapa hari, Wu membersihkan cecair titisan hitam yang berbau […]
Bimbang Nyawa Ibunya Terancam, Budak Lelaki 12 Tahun Dilapor Tembak Mati Pencuri Pecah Masuk Rumahnya
Berang rumah dipecah masuk dan ibunya diserang, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dilaporkan telah menembak mati seorang pencuri bersenjata di rumah keluarganya di Louisiana pada minggu lalu. Menurut Daily Mail, rumahnya telah dipecah masuk sekitar jam 7.20 pagi waktu tempatan pada 30 Jun yang lalu di blok Winchester Lane, berhampiran Clinton. Suspek pencuri yang […]
Wanita Kantoi Tipu Cuti Sakit Selepas Tv Rakam Wajahnya Girang Raikan Kemenangan England Di Stadium, Akhirnya Dipecat Majikan
Seorang wanita dilaporkan telah dibuang kerja oleh majikannya kerana ‘kantoi’ menyaksikan perlawanan separuh akhir EURO 2020 antara England dan Denmark kelmarin setelah wajahnya terpapar di Televisyen. Nina Farooqi, 37, dikatakan telah membuat alasan untuk mengelak daripada pergi bekerja di Yorkshire setelah rakannya ‘meracuni’ dirinya dengan satu tiket untuk menyaksikan perlawanan bersejarah di Stadium Wembley. Memetik […]
Pesawat Bawa “Skydiver” Terhempas Sejurus Selepas Berlepas, 9 Dilapor Maut
Seramai sembilan orang dilaporkan terbunuh di dalam satu nahas yang membabitkan sebuah pesawat yang membawa skydiver berhampiran sebuah lapangan terbang Sweden. Pesawat yang membawa seramai lapan orang skydiver bersama dengan seorang juruterbang, telah dilaporkan terhempas di luar Orebro sekitar jam 7.20 malam pada Khamis, menurut media tempatan. Seorang daripadanya mengalami cedera parah dan telah dikejarkan […]