Berita›Luar Negara
Gadis Dilapor Maut Setelah Lif Dinaikinya Rosak & Tiba-tiba ‘Melonjak’ Sehingga 30 Tingkat
Pihak berkuasa di selatan China dilaporkan sedang menyiasat kematian tragis seorang remaja perempuan yang terbunuh apabila lif yang dinaikinya disyaki rosak sehingga melambung 30 tingkat dan menghentam bahagian atas bangunan sebuah pangsapuri hujung minggu lalu. Mangsa yang umurnya tidak dinyatakan itu adalah merupakan seorang pelajar sekolah menengah, lapor berita Shanghai, The Paper pada Rabu. Satu […]
Gara-gara Takut Untuk Divaksin, Penduduk Kampung Di India Nekad Terjun Sungai Saryu
INDIA- Penduduk kampung di India melarikan diri dari rumah dan antaranya melompat ke sungai berdekatan bagi menghindari daripada suntikan yang didakwa “suntikan beracun”. Pada 26 Mei, Newsweek melaporkan bahawa kejadian itu berlaku apabila setibanya pasukan perubatan India berkunjung ke kampung itu bagi memberikan suntikan vaksin COVID-19. Exclusive: In Barabanki, UP, villagers jumped into river to […]
21 Penternak Lembu Dibunuh Pencuri Lembu Di Nigeria
NIGERIA- Sekumpulan pencuri lembu telah membunuh 21 pertenak tempatan yang menjaga ternakan mereka di Sokoto, kata jurucakap kerajaan pada 26 Mei. Barrons.com melaporkan kawasan barat laut dan tengah negara Nigeria mengalami peningkatan serangan dari kumpulan penjenayah. Penjenayah ini akan menyerang kampung, membunuh dan menculik penduduk. Tidak cukup dengan itu, mereka turut merampas serta membakar rumah […]
Lebih 1,000 Penumpang Terkorban, Ini 5 Tragedi Kemalangan Kereta Api Antara Yang Terburuk Dalam Sejarah
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kemalangan ngeri pertembungan dua LRT dalam laluan terowong di ibu kota. Nahas itu mengakibatkan 213 penumpang tercedera, di mana 166 daripadanya mengalami cedera ringan, 47 cedera parah dan enam (6) dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Disebabkan tragedi ini berlaku secara tidak dijangka, dikatakan ia adalah insiden kemalangan melibatkan LRT […]

(Video)Sederhana Tapi Bahagia, Tular Rakaman Lelaki Layani Anaknya Makan Bikin Ramai Rindu Pada Ayah
Kadangkala perkara yang nampak ringkas, sudah cukup untuk membuatkan kita bahagia. Pokoknya, bersyukur. Tak semestinya perlu ke restoran mewah untuk bersama insan tersayang, malah, jika bersantai di warung tepi jalan pun sudah cukup untuk luangkan masa berkualiti bersama sepertimana dilakukan lelaki ini bersama anaknya. Memetik Suara.com, rakaman mereka berdua telah dikongsikan seorang pengguna bernama @mummyyi […]
COVID : Pesara Rakyat Malaysia Antara 26 Kes Baharu Di Singapura
SINGAPURA, 27 Mei (Bernama) — Seorang pesara Malaysia berusia 74 tahun merupakan antara 26 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Rabu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM) republik itu. “Hasil ujiannya disahkan positif pada 25 Mei. Hasil ujian serologinya negatif. Beliau menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 19 Mac,” kata kementerian dalam data lengkapnya yang […]
Seram, Kelibat Misteri ‘Tumpang’ Bergambar Di Belakang Wanita Buat Ramai Meremang
Seorang wanita dikatakan ketakutan selepas menyedari terdapat kelibat dalam satu gambar yang ditangkapnya ketika di rumah rakannya, lapor Mirror. Wanita tersebut menyatakan bahawa dia tidak lena tidur malam selepas insiden tersebut. Pada ketika gambar itu diambil, dia dan rakan-rakannya sedang berkumpul menikmati minuman pada bulan Oktober. Tanpa disedari, terdapat satu kelibat yang muncul dalam gambar […]
Gara-gara Pelitup Muka Tertutup Mata, Penunggang Motorsikal Dilapor Maut Akibat Terlanggar Tiang Elektrik
THAILAND- Seorang menunggang motosikal di wilayah utara Thailand, Uthai Thani ditemui mati. Mangsa dilaporkan melanggar tiang elektrik dan mengalami kecederaan serius. Menurut saksi, mereka melihat pelitup muka mangsa menutupi mata mangsa dan mereka percaya bahawa ia menghalang penglihatannya serta punca kemalangan itu. Mew, berwarganegara Burma berusia 43 tahun dikatakan membeli motosikal itu hanya sejam sebelum […]

Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Berhad Ditamatkan Serta-Merta
Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), dilaporkan ditamatkan berkuatkuasa serta-merta. Perkara tersebut adalah di atas persetujuan Kementerian Kewangan menerusi satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada beliau. Surat berkenaan turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih ke atas perkhidmatan dan sumbangan Tajuddin kepada Prasarana sepanjang menggalas […]

Kumpul 20 Ribu Koleksi Mainan Dari Restoran ‘Fast Food’, Lelaki Ini Pegang Rekod Dunia Guinness
Masa di sekolah dulu, cikgu tanya pasal hobi, apa jawapan anda? Mungkin ada yang jawab mengumpul setem, bermain bola dan bermacam-macam lagi. Hobi setiap individu akan berubah seiring peredaran masa dan peningkatan umur. Tapi lain pula ceritanya dengan lelaki asal Filipina ini. Pereka grafik, Percival Lugue, memilih mengumpul mainan dari restoran makanan segera sebagai hobi. […]
(Video) Seakan Uzur, Keadaan Sayu Kucing Berusia ‘104 Tahun’ Nikmati Cahaya Matahari Bikin Ramai Tersentuh
Sudah dianggap seperti keluarga sendiri, setiap orang pastinya mengharapkan agar haiwan kesayangan terus berada di sisi selama-lamanya. Pun begitu, jarang haiwan peliharaan seperti kucing yang mempunyai hayat yang panjang, ada di antara mereka yang tidak bertahan lama di dunia ini kerana sakit. Satu keajaiban jika seekor kucing mampu bertahan selama berpuluh-puluh tahun tetapi ia sememangnya […]
(Video) Menakjubkan, Rakaman Dua Ekor Lebah Kerjasama Angkat Penutup Botol Jadi Perhatian Ramai
Menakjubkan, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan rakaman dua ekor lebah berkerjasama untuk mengangkat penutup botol minuman Fanta. Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail, rakaman itu diambil di Sao Paulo, Brazil ketika dua ekor lebah itu ‘menanggalkan’ penutup botol itu. Tidak beberapa saat selepas itu, mereka berjaya dan penutup itupun jatuh ke bawah. Rakaman tersebut […]

Jalan Raya Tiba-Tiba Meletup Dari Bawah, ‘Terbangkan’ 4 Orang Ke Udara
Ini adalah peristiwa yang menakutkan ketika jalan meletup dari bawah dan menyebabkan 4 orang melayang ke udara, lapor South China Morning Post. Menurut sumber, ketika kejadian dilihat beberapa orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di sebelah lubang. Namun, saat seorang penunggang motosikal melintasi mereka, lubang itu tiba-tiba terbakar dari bawah disusuli oleh letupan. Kesannya, pekerja-pekerja […]

Doktor Dan Jururawat Datang Rumah Ke Rumah, Irfan Khairi Kongsi 3 Cara Unik Dubai Tangani Covid-19
Negara digemparkan dengan kes harian Covid-19 yang mencanak naik semalam. Malaysia telah mencatatkan kes positif harian sebanyak 6,075 kes dan merupakan yang tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara. Seperti yang kita tahu, pandemik Covid-19 telah menyerang seluruh dunia dan sampai ke Malaysia awal tahun lalu. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan yang dilaksanakan kerajaan semenjak gelombang […]

(Video) Lebih Sejam Tersangkut, Lengan Pelajar Ini ‘Lekat’ Di Celah Stereng Sampai Terpaksa Panggil Bomba
Seorang pelajar yang lengannya terperangkap di stereng kereta miliknya dan terpaksa menghubungi 999 untuk bantuan, lapor Metro.co.uk. Solome Asfaw, 19 tahun, biasanya meletakkan lengannya di bahagian bawah stereng. Namun ketika kejadian, dia tidak menyedari bahawa stereng tersebut terkunci penuh, yang bermaksud jurangnya jauh lebih kecil daripada biasa. Syukurlah, rakannya Chelsea Cariazo, 18, dalam perjalanan pulang […]

‘Misteri’ Bau Aneh Terungkai, Lelaki Dilapor Maut Ditemui Dalam Patung Dinosaur
Mayat seorang lelaki telah ditemui di dalam arca Dinosaur di pinggir bandar Barcelona, lapor Daily Mail. Menurut sumber, polis sedang menyiasat kematian lelaki berusia 39 tahun tersebut yang dilaporkan jatuh ke dalam arca ketika cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh di dalam bentuk papier-mâché itu. Pada hari Sabtu pagi, seorang lelaki dan anaknya yang bermain […]

(Video)”Berdua Ja Dengan Jenazah,” Pemandu Ambulans Kongsi Pengalaman Hantar Jenazah Jam 2.30 Pagi
Peristiwa seorang pemandu ambulans menghantar jenazah bagi mangsa kemalangan jalan raya, baru-baru ini telah mendapat perhatian warganet, lapor portal Kumparan.com. Menurut sumber, pemandu yang bernama Tonang itu telah berkongsikan rakaman video di akaun Tik Toknya pada Ahad lepas (23 Mei). Video tersebut menunjukkan keadaan dirinya yang menghantar jenazah mangsa kemalangan berseorangan, tanpa ditemani sesiapa pun. […]

(Video) “Menangis Kalau Larang,” Abang Kongsi Video Adik Hidap Sindrom Down Rajin Buat Kerja Rumah
Menurut portal MyHealth, Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang menghidap Sindrom Down cenderung lahir dengan kelainan fizikal dan juga mempunyai masalah […]
Panjat Tebing 30 Meter, Budak 8 Tahun Ketuk Pintu Rumah Penduduk, Peluk Lutut Minta Tolong Kereta Masuk Gaung
“Tolong, kereta kami masuk gaung.” Inilah kata-kata seorang budak berusia 8 tahun ketika meminta bantuan penduduk kampung selepas kenderaan dinaikinya bersama keluarga terbabas. Menurut Tribun News, kemalangan maut itu telah berlaku di Sumatera Selatan pada 23 Mei lalu sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan. Kemalangan melibatkan kenderaan dengan sembilan penumpang itu telah meragut satu nyawa, […]
Pengguna ‘Google Maps’ Dilapor Temui Imej Rangka Pesawat Dipercayai Tidak ‘Disentuh’ Sejak 1970-an
Seorang pengguna Google Maps telah menjumpai satu rangka pesawat yang tidak disentuh sejak tahun 1970-an, lapor Daily Star. Gambar pesawat yang terhempas itu telah dimuat naik ke Reddit. Ianya didakwa ditemui di Big Diomede, sebuah pulau terpencil yang terletak di antara Alaska dan Rusia. Setelah melakukan sedikit penyelidikan, seorang pengguna internet mencadangkan bahawa pesawat tersebut adalah […]