Berita›Luar Negara

Umur Hanya Nombor, Nenek 70 Tahun Ini Berjaya Tamatkan Lebih 100 Marathon Selama 20 Tahun, Digelar ‘Super Grannie’
Seorang wanita Cina berusia 70 tahun telah digelar sebagai “Super Grannie” setelah didedahkan bahawa dia seorang penggemar larian yang berjaya melengkapkan 100 maraton dalam dua dekad terakhir, lapor Odditycentral. Sebilangan besar orang memilih untuk bersantai setelah bersara, namun tidak bagi Wang Guilan yang berasal dari Liaoning ini. Dia telah memulakan larian seawal usia 50 tahun […]

Ramai Yang Keliru Sebab Warna, Ini 4 Bendera Yang Hampir Sama Dengan Palestin
Bendera Palestin terdiri daripada tiga jalur melintang dan satu segi tiga. Jalur pertama berwarna hitam, diikuti dengan putih dan hijau. Manakala satu segi tiga berwarna merah terletak di bahagian kiri bendera dengan bucu yang mengarah ke kanan. Menurut Palestinian Academic Society for the Study of International Affair (PASSIA), warna-warna pada bendera Palestin mempunyai simbolik yang […]
Mayat Pekerja Thailand Di Israel, Akan Dibawa Pulang
BANGKOK, 19 Mei – Mayat dua pekerja Thailand yang maut dalam serangan roket di wilayah Eshkol, selatan Israel pada Selasa akan diterbangkan ke negara asal mereka. Sementara itu, lapan pekerja Thailand yang lain, termasuk seorang cedera parah kini dirawat di Be’er Sheva dan sebahagiannya sudah dibenarkan keluar hospital. Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata, Kedutaan […]
Kapal China Dilapor Temui Kawah ‘Misteri’ Berhampiran Lokasi KRI Nanggala 402 Bersemadi
Setelah beberapa minggu kapal selam Tentera Nasionalis Indonesia (TNI), KRI Nanggala 402 ditemui di dasar perairan Bali, kini ada satu lagi penemuan baharu yang mengejutkan ramai pihak umumnya kerajaan dan rakyat Indonesia sendiri. Mengimbas semula, walaupun ketika itu hanya sebahagian serpihan kapal sahaja yang berjaya ditemui dan diangkat naik ke darat, kerajaan optimis bahawa masih […]

(Video) “Ada Bunyi Krakkk Sangat Kuat…”, Viral Bangunan Kedai Di Indonesia Tiba-tiba Menyenget
INDONESIA- Sebuah bangunan tiga tingkat di Kalimantan, Indonesia secara tiba-tiba menyenget dan hampir roboh. Menurut Kompas.com, pihak polis Banjarmasin Timur dengan pantas datang ke lokasi dan memasang garis polis agar penduduk tak mendakatinya bagi menghindari hal yang tidak diingini berlaku. “Takutnya roboh, kalau ada yang keluar masuk atau melalui kawasan ini pasti bahaya,” kata Kanit […]

(Video) Mendebarkan, Detik Cemas Budak Perempuan Dilapor Nyaris Diculik Ketika Tunggu Bas Sendirian
Seorang kanak-kanak 11 tahun berhadapan detik cemas apabila dipercayai nyaris diculik seorang lelaki di Pensacola, Florida pada pagi Selasa. Lapor Fox32Chicago, rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berkenaan sedang menunggu bas sendirian sekitar jam 7 pagi di kawasan berumput berhampiran hentian bas tempatan. Secara tiba-tiba, sebuah kenderan berwarna putih datang dan berhenti pada jarak beberapa meter sebelum […]

(Video) 7 Tahun Kumpul Duit Kahwin Bersama, Wanita Kecewa Kekasih Nikahi Orang Lain Dipercayai Guna Duit Simpanan
Hancur hati seorang wanita apabila wang simpanan yang dikumpul bersama kekasihnya didakwa digunakan si lelaki untuk menikahi individu lain. Menurut Suara.com, kisah itu telah dikongsikan oleh seorang rakan kepada wanita terbabit di TikTok dengan nama @sharaadw. Kongsi @sharaadw, rakannya yang patah hati sudah 3 hari tidak makan selepas mengetahui kekasihnya merancang untuk menikahi orang lain. […]
“Mungkin Hasil Dari Kerja Kerasnya,” Lelaki Gigih Berlari 1km Untuk Pulangkan RM6 Tercicir Kepada Pekerja Asing
Seorang lelaki di Singapura terpaksa berusaha keras untuk mengembalikan wang kertas bernilai S$2 (RM 6.21) yang dijumpainya kepada seorang pekerja migran yang tercicir ketika sedang mengayuh basikalnya, lapor Mothership. Kejadian itu berlaku pada 25 April dan telah dikongsikan di TikTok oleh @ansonlaoshi. Anson menyatakan bahawa dia sedang dalam perjalanan untuk berjoging semasa dia menjumpai wang […]
Gara-gara Pandemik, Pengembara Ini Terpaksa ‘Berkampung’ Di New Zealand Berbulan-bulan Lamanya
NEW ZEALAND- Tom Napper, seorang animator dan pereka memulakan pengembaraannya ke New Zealand pada tahun 2020. Kini, dia tiada alamat tetap lagi kerana pandemik. Dia tiba di New Zealand pada 16 Februari 2020 bagi mengambil bahagian dalam Lawatan Aotearao iaitu lawatan berbasikal. Kira-kira seribu pelancong “berbasikal” yang hadir. Peserta diminta merakam gambar di setiap perhentian […]
Taiwan Dilapor Alami Musim Kemarau Teruk Hingga Terpaksa Catu Penggunaan Air
TAIWAN- Reuters melaporkan, Taiwan kini mengalami musim kekeringan ekstrem menyebabkan berlakunya catuan penggunaan air yang akan dilaksanakan pada bulan Julai di Hsinchu dan Taichung. Kementerian Ekonomi Taiwan memaklumkan bahawa kejadian itu merupakan kekeringan terburuk sepanjang sejarah. Jika hujan tidak turun dalam beberapa hari mendatang, kekeringan akan berada pada level tertinggi, tambah kementerian itu. Jika terjadinya […]
Hospital Musnah & Bekalan Elektrik Mungkin Habis, Sistem Penjagaan Kesihatan Gaza Di Ambang Kehancuran
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Tatkala Palestin masih bergelut dengan wabak COVID-19, serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza sejak 10 Mei lalu, menambahkan lagi kesengsaraan dan sistem penjagaan kesihatan kini di ambang kehancuran. Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Medhat Abbas ketika dihubungi Bernama pada Selasa berkata hospital di Gaza kini sesak dan mengalami kekurangan […]
Darwin’s Arch Di Kepulauan Galapagos Dilapor ‘Terbelah’ Dua Gara-gara Hakisan Semula Jadi
QUITO, ECUADOR- Salah satu formasi batuan di Kepulauan Galapagos telah runtuh dan jatuh ke laut lapor CNN harini. Bahagian atas Darwin’s Arch yang terletak di utara kepulauan itu jatuh kerana “hakisan semula jadi,” menurut Kementerian Alam Sekitar Ekuador. Kementerian itu turut memuatnaik gambar di akaun Twitter rasmi mereka. Gambar menunjukkan struktur itu kini terdiri dari […]
Reaksi Muka ‘Selamber’ Buat Ramai Terhibur, Tapi Siapa Sebenarnya Gadis Cantik Bersama Khaby Lame Ni ?
Khaby Lame adalah seorang bintang TikTok dan akaun TikTok miliknya kini mempunyai sekitar 50.3 juta pengikut. Dia sangat popular kerana ekspresi wajahnya melalui video-video yang dimuat naik olehnya. Selain daripada itu, Khaby juga adalah seorang gamer, selebriti di Instagram. Dia telah menjadi popular selepas salah satu video yang dimuat naik di TikTok menjadi tular. Dilahirkan […]
(Video) “Pelamin Impian Musnah“, Temui Jasad Tunang Dicelah Runtuhan, Ketabahan & Ucapan Pemuda Gaza Ini Buat Ramai Tersentuh Hati
Bagi mana-mana pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga, detik yang paling dinanti-nantikan adalah ketika bersama di atas pelamin indah. Suasana majlis walimatulurus yang membahagiakan, diraikan oleh keluarga dan sahabat-sahabat terdekat. Namun apa yang menimpa ke atas seorang pemuda di Gaza, Palestin ini sangat menyentuh hati kita semua, di mana ‘pelamin angannya musnah’ dek gara-gara tunangnya […]

Filipina Pesan 40 Juta Dos Vaksin Pfizer, Nak Kekang Penularan COVID-19 Yang Makin melarat Di Negaranya
Kerajaan Filipina dilapor memesan sebanyak 40 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Pfizer, yang merupakan perjanjian bekalan terbesar bagi negara Asia Tenggara itu, dalam usahanya untuk mengekang penularan pandemik berkenaan. Filipina merupakan salah sebuah negara yang paling terjejas dengan virus berkenaan di rantau ini. Menurut Jurucakap Program Vaksin Filipina, Carlito Galvez, dokumen-dokumean perjanjian pembelian sudahpun ditandatangani. […]
(Video) Viral Rakaman Bangunan 79 Tingkat Bergoyang Tanpa Sebab Di China, Orang Ramai Bertempiaran Lari Selamatkan Diri
CHINA- Sebuah pencakar langit yang terkenal di bandar Shenzhen,China mula bergoyang tanpa sebab pada petang 18 Mei. Orang ramai lari bertemperiaan menyelamatkan diri dalam kejadian itu. Biro Pengurusan Kecemasan Shenzhen mengatakan bahawa pihaknya telah menerima laporan bahawa SEG PLaza bergoyang. Bangunan berusia 20 tahun yang mempunyai 79 tingkat yang hampir sama dengan Bangunan Empire State, […]
Dua Pekerja Thailand Terbunuh, 8 Cedera Dalam Serangan Di Selatan Israel
BANGKOK, 18 Mei — Dua pekerja Thailand terbunuh manakala lapan yang lain cedera berikutan serangan roket di Wilayah Eshkol di selatan Israel pada Selasa. Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata dua pekerja Thailand cedera parah dalam serangan di Ohad, sebuah penempatan pertanian di Eshkol, kira-kira 14 km dari Gaza. Beliau berkata para pekerja berada di […]
(Video) Dituduh Pagar Rumah ‘Makan Jalan’, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan, Siap Tolong Perbesarkan Jalan
Kisah seorang lelaki yang dituduh bahagian pagar hadapan rumahnya makan jalan telah menjadi tular di media sosial. Video tersebut telah dikongsikan oleh akaun TikTok yang bernama @iky_jay. Dalam video tersebut, akaun @iky_jay telah membalas komen yang diajukan daripada warganet. Warganet tersebut menyatakan bahawa pagar lelaki itu dibina secara rakus sehingga memakan laluan jalan. Perkara itu […]

(Video)”Happy Ending,” Padah ‘Berjoget’ Ketika Memandu, Tak Pasal-Pasal Kereta Terjun Dalam Air
Dipercayai kerana terlalu ghairah berhibur di dalam kereta, beberapa remaja berhadapan detik cemas apabila kereta dinaiki terbabas ke dalam air dalam satu kejadian di Pantai Sedari, Jawa Barat. Berdasarkan video dikongsikan Sahabat Surga, kelihatan dua remaja lelaki yang berada di tempat duduk hadapan sedang asyik berjoget sambil mendengar lagu yang dipasang di dalam kereta. Video […]
(Video) Kertas Melekat Kat Tangan, Gelagat Lelaki Cuba Jadi ‘Spiderman’ Raih 2 Juta Tontonan, Ramai Mengaku Pernah Buat
Satu video lucu yang memaparkan telatah seorang lelaki yang meniru adegan filem adiwira terkenal iaitu Spiderman telah menjadi tular di media sosial. Pada mulanya, lelaki itu kelihatan menjatuhkan sehelai kertas yang telah melekat pada tangannya. Selepas berjaya menjatuhkan kertas tersebut, dia terus membuat gerakan tangan yang sama dengan Spiderman ketika adiwira itu mahu mengeluarkan tali […]