Berita›Luar Negara
(Video) Berhenti Jadi Guru, Lelaki Kelilingi Indonesia Jadi ‘Tukang Cerita’ Ajak Orang Jaga Alam Sekitar
Demi melihat alam sekitar kekal terpelihara untuk generasi yang mendatang, seorang guru sanggup berhenti kerja dan menjelajah di seluruh Indonesia serta menjadi ‘tukang cerita’. Guru yang dikenali sebagai Samsudin itu sememangnya sudah sekian lama menjadi aktivis alam sekitar. Menurut BBC News Indonesia, dia mengelilingi Indonesia untuk menyematkan pesanan dan nasihat kepada anak-anak kecil untuk menghargai […]
‘Simpan’ Sejak 1990an, Wanita Miliki Kuku Terpanjang Di Dunia Akhirnya Tekad Potong Kuku Lepas 28 Tahun
Seorang wanita di Houston, Texas pernah melakar nama dalam Rekod Dunia Guinness apabila menjadi wanita memiliki kuku terpanjang di dunia pada 2017 lalu. Bukan singkat masa yang diambil. Wanita tersebut, Ayanna Williams dikatakan telah menyimpan kuku tangannya tanpa dipotong secebis pun sejak 28 tahun yang lalu. Sepanjang hampir 30 tahun itulah, Ayanna berjaya ‘membela’ kukunya […]
Nak Tunaikan Nazar, Ayah Namakan Anak ‘Jabatan Komunikasi Statistik’ Sempena Nama Tempat Kerja
Pelik, tapi benar. Itulah yang boleh digambarkan kepada seorang ayah ini apabila tekad memberi nama anak kecilnya dengan panggilan yang sangat unik. Slamet Wahyudi, 38, yang juga seorang operator awam negara di wilayah Brebes, Jawa Tengah menamakan anaknya sebagai Dinas Komunikasi Informatika Statistik (Jabatan Komunikasi Statistik). “Saya memberi nama anak saya ini sebagai penghargaan untuk […]

Rupanya Ini Sebab Katering Tak Muncul Di Majlis Kahwin Tular, Tapi Pengantin Tetap Tak Puas Hati
Beberapa hari lalu, tular mengenai sebuah majlis perkahwinan di Indonesia yang tidak berjalan seperti yang dirancang. Manakan tidak, pihak katering yang sepatutnya menyediakan makanan kepada tetamu didakwa tidak hadir seperti yang dijanjikan walau telah mendapat bayaran penuh. Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, orang ramai dilihat telah tiba tetapi makanan tidak kelihatan selain meja untuk […]
(Video) 7 Bulan Terlantar & Dirawat Di Hospital, Lelaki Ini ‘Nak Pitam’ Dikenakan Bil Cecah RM 7 Juta
Derita panjang seorang mangsa kebakaran yang hampir kehilangan nyawanya satu masa dahulu kini bagai tidak berpenghujung. Kisahnya ini sama dengan perumpamaan, ‘terlepas mulut buaya, masuk mulut harimau’. Lelaki tersebut, Alexis Hernandez sebelum ini berdepan ambang maut apabila hampir keseluruhan tubuhnya terbakar teruk dalam satu letupan besar yang berlaku kira-kira awal 2019 lalu. Ketika itu, Alexis […]
(Video) Mulanya Pinang Si Ibu Tetapi Ditolak, Warga Emas Ini Nikahi Si Anaknya Pula
Sejak semalam, tular beberapa keping foto pernikahan seorang warga emas dengan seorang gadis yang mencuri perhatian netizen. Melalui laporan Kompas.com, gambar pernikahan yang tular itu merupakan gambar pasangan warga emas, Bora, berusia 58 tahun dengan isterinya, Ira Fazilah yang berusia 19 tahun, di Sulawesi. Tetapi yang uniknya adalah kisah disebalik pernikahan tersebut. Warga emas itu […]
Indonesia Praktikkan Ujian GeNose, Syarat Rentas Wilayah
JAKARTA, 8 April (Bernama) — Indonesia mula mempraktikkan ujian COVID-19 menerusi kaedah GeNose C19, sebagai prasyarat bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam untuk merentas provinsi atau wilayah. GeNoSe C19 merupakan alat buatan Universiti Gadjah Mada (UGM) untuk mengesan virus COVID melalui hembusan nafas dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Indonesia. Alat pengesan COVID-19 menggunakan nafas […]

(Video) Macam Aksi Filem, Rakaman ‘Slow Mo’ Budak ‘Dihambat’ Peluru Bertalu-Talu Bikin Gempak
Ayah sering menjadi teman sepermainan yang baik untuk anak-anak. Ada sahaja idea-idea kreatif untuk mengisi masa bersama. Bila dah beraksi, kecoh satu rumah dengan jeritan girang si anak dan sergahan si ayah, menceriakan lagi suasana. Ada masa si anak main sukan ‘berkuda’ dengan ayah menjadi tunggangan, ada masanya pula mereka ‘bertempur’ sesama sendiri bagaikan di […]

(Video) Macam Budak Kecil Tapi Terlalu Laju, Rakaman Seram Kelibat Putih Melintas Sebelum Hilang Tanpa Jejak
Seorang pegawai polis terkejut apabila terlihat kelibat seakan kanak-kanak perempuan berlari di sebuah jalan di Ohio di mana rakaman kamera loceng pintu merakam kelibat serupa pada malam yang sama, lapor Daily Star. Dalam klip tersebut, kelihatan kelibat hitam merentasi laluan pejalan kaki dengan agak laju, namun sukar dilihat akibat malam yang kelam. Tambah portal itu, […]

Sayu, Nenek Peluk Erat Cucu Di Tengah Panas, Jadi ‘Manusia Silver’ Untuk Sara Hidup
Biarpun usia sudah senja, seorang nenek di Indonesia tetap bekerja keras demi memastikan cucunya dapat menjamah sesuap nasi setiap hari. Memetik Merdeka.com, Nenek Mumun yang berusia sekitar 60 tahun mengecat wajahnya dengan warna silver sebelum berbasking di tepi jalan. Dengan bermodalkan cat Rp35.000 setong, kira-kira RM9.90, wanita itu melumuri kulitnya yang kedut sehingga tiada lagi […]

(Video)Temankan Isteri Nak Bersalin, Lelaki ‘Nervous’ Tapi Sampai Tidur Di Katil Dan ‘Tibai’ Makanan Isteri
Detik bersalin pastinya membuatkan perasaan bakal ibu bapa bercampur baur. Gembira, teruja dan cemas pada masa yang sama. Iyalah, demi menyambut bayi yang dinanti, si ibu perlu berhadapan risiko komplikasi yang mungkin boleh meragut nyawa. Tidak hairanlah jika bakal ayah turut cuak ketika melangkah ke hospital untuk menemani isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka. Seperti […]
Scammer Ditahan, Menyamar Jadi Jururawat & Jual Vaksin COVID-19 Palsu Ke Rumah Orang-orang Kaya Di Brazil
Scammer: Seorang scammer menyamar menjadi jururawat didakwa menghasilkan lebih dari £4,000 (RM 22,764.11) dengan memberikan vaksin palsu kepada businessmen kaya di kediaman rumah mereka. Suspek dikenali sebagai Cláudia Mônica Pinheiro Torres dikatakan berpakaian sebagai jururawat dan memberikan suntikan vaksin palsu kepada usahawan dengan berharga £77 sekali suntik di Belo Horizonte, Brazil. Polis Perseketuan percaya dia […]
Isu Empangan: Rundingan Mesir, Sudan & Ethiopia Belum Berakhir
Rundingan terbaru diantara Mesir, Sudan dan Ethiopia berakhir tanpa “jawapan” berkenaan perkaitan yang telah lama berlaku menegnai GRED. Presiden Abdel Fattah el-Sisi memperingatkan bahawa “banyak pilihan terbuka” selepas rundingan terakhir mengenai empangan besar yang dibina yang berakhir di Sungai Nil berakhir tanpa kata putus. Tiga negara tersebut membuat rundingan di Kinshasa. ibu negara Republik Demokratik, […]
AlphaDog: Robot Anjing Yang Ditunggu-Tunggu, Anjing ‘Bijak’ Yang Dilengkapi Sistem Komputer
China: Syarikat WEILAN Co.Ltd kini bakal mengeluarkan robot anjing yang dipanggil AlphaDog. AlphaDog diciptakan sebagai teman serta senang dijaga buat penggemar anjing. Robot anjing ini dicipta menggunakan teknologi canggih, reka bentuk unik dan kawalan gerakan yang dapat menambat hati anda. Robot Peribadi serta platform mobiliti robot berprestasi tinggi untuk aplikasi anda. Ia berfungsi seolah-olah seperti […]
(Video) Dah Macam Godzilla, Biawak Besar Ceroboh Kedai 7Eleven Sampai Panjat Rak
Gempar apabila seekor biawak “tersesat” menyelinap masuk di sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Thailand. Haiwan yang berukuran lebih kurang 1.8 hingga 2 meter itu menyebabkan para pekerja dan pelanggan ketakutan. Menerusi video yang dikongsikan itu, haiwan tersebut dilihat sedang memanjat ke arah siling kedai tersebut untuk menyelamatkan diri. Habis selerak barang di dalam kedai kerana […]
Dipercayai Jatuh Dalam Tasik Setahun Lalu, iPhone Ini Ditemui Kembali & Masih Berfungsi
Seorang pengguna Facebook menceritakan detik pertemuannya dengan iPhone 11 miliknya yang sudah lebih setahun “menghilang”. Lelaki bernama Chen Yj kehilangan telefon pintarnya pada Mac tahun lalu ketika sibuk mendayung. Pemilik iPhone menceritakan detik luar biasa itu bagaimana telefon tersebut dapat “bertahan” selama lebih setahun “tinggal” di dasar tasik. Chen menyatakan dia kehilangan telefonnya pada 11 […]
(Video) “Bapak, Ada Jurus Antitusuk Ke?,” Banyak Kali Cuba, Tular Jarum Tak ‘Tembus’ Kulit Warga Emas Saat Disuntik Vaksin
Ketika ini, kebanyakan negara sudah menjalankan program vaksinasi COVID-19 termasuk di Indonesia. Sehingga 4 April yang lalu, Indonesia telah merekodkan sebanyak 12.7 juta vaksinasi di seluruh negara, lapor Detik Health. Dalam pada itu, ada insiden yang tak terjangka berlaku ketika seorang warga emas disuntik vaksin itu, jarum suntikan dipercayai tidak menembusi kulitnya. Menurut Suara Jogja, […]
Kuasa Allah, Masjid Dilapor Hangus Terbakar, Tetapi Rak Berisi Al-Quran ‘Terselamat’ Dari Dijilat Api
Biasanya kalau berlaku kebakaran, sudah tentulah benda atau orang yang menjadi mangsa akan terbakar sekali. Kadang-kadang hangus, adakalanya juga masih ada yang terselamat. Secara semulajadinya, kebakaran akan mengakibatkan sesuatu benda atau seseorang mangsa itu musnah. Namun bagi hal-hal tertentu yang ‘di luar jangkaan’ kita sebagai manusia, sememangnya kuasa Allah itu terbukti lebih besar. Baru-baru ini […]

(Video)Wanita Berdepan Detik Cemas, Dilapor Tergelincir Dan Baju Tersangkut Di Eskalator Kira-kira 15 Minit
Seorang wanita berhadapan detik cemas setelah tergelincir ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah di Gold Coast, Australia. Lapor Daily Mail, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 11.44 pagi semalam di mana pakaian wanita itu telah tersangkut sebaik sahaja dia terjatuh. Wanita itu dikatakan tersekat selama kira-kira 15 minit sebelum paramedik dan bomba tiba untuk […]
Ingatkan Organ Terkeluar, Wanita Dilapor Tak Sedar Dirinya Hamil Sehingga Bayi ‘Terkeluar’ Ketika Gunakan Tandas
Seorang wanita di Boston tanpa sengaja telah melahirkan bayi di dalam mangkuk tandas, lapor Metro UK. Menurut portal itu, kejadian tersebut berlaku dipercayai gara-gara wanita berkenaan tidak mengetahui dirinya hamil sehinggalah bayi itu keluar semasa dia sedang menggunakan tandas. Menyangka kesakitan bersalin sebagai sakit akibat batu karang, wanita itu mengaku berasa lega selepas duduk di […]