Berita›Luar Negara
(Video) Hanya ‘Tenung’ Kamera Tanpa Keluarkan Suara, Video Lelaki Ini Raih Lebih 25 Juta Tontonan
Seorang pengguna aplikasi TikTok berkongsikan beberapa video di laman aplikasi tersebut yang memaparkan wajahnya hanya tenung pada kamera. Pun begitu, dalam satu video TikTok yang tular, pengguna TikTok bernama @anhtrantan telah meraih jutaan tontonan daripada pengguna lain. Dengan hanya bermodalkan aktiviti ‘tenung’ kamera tanpa perlu berbuat apa-apa atau menyatakan apa-apa, video lelaki ini berjaya mendapat […]
Bayi 5 Bulan Terbunuh Akibat Dirempuh Van, Dipercayai Ibunya Lupa Tekan Brek Pada ‘Baby Stroller’
Seorang bayi berusia lima bulan telah terbunuh akibat dilanggar oleh sebuah van dalam satu kemalangan yang tragik berlaku di New Zealand, lapor Mirror. Pemandu van tersebut dikatakan terkejut selepas mendapati bahawa ‘stroller’ itu secara tiba-tiba muncul di laluannya. Pemandu van itu memberitahu pada akhbar New Zealand Herald bahawa ibu bayi berkenaan menangis terkejut dan mendakwa […]
Trump Keluar Hospital Kembali Ke Rumah Putih
WASHINGTON, 6 Okt (Bernama) — Presiden Donald Trump meninggalkan Pusat Perubatan Walter Reed dan menuju ke Rumah Putih untuk terus menjalani pemulihan selepas dijangkiti COVID-19, lapor agensi berita Sputnik. Trump dilihat berjalan meninggalkan pusat perubatan itu pada Isnin petang dengan memakai pelitup muka sambil melambai kepada pihak media. Di Rumah Putih, Trump menanggalkan pelitup mukanya […]
AirAsia Jepun Hentikan Operasi Selepas Penularan Wabak Covid-19 Yang Belum Reda
Syarikat Penerbangan tambang murah Air Asia Japan Co. Ltd berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Chubu mengumumkan akan menamatkan operasinya selepas permintaan syarikat penerbangan tersebut menurun sejak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Perkara ini disampaikan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan pada hari ini. Pada masa yang sama juga, kerajaan Jepun memberitahu bahawa […]
(Video) Detik Cemas Rak Pasar Raya Runtuh Satu Demi Satu, Seorang Pekerja Terkorban
Orang ramai di sebuah pasar raya di Brazil mengalami detik-detik cemas apabila rak tempat meletakkan barang telah runtuh dengan kesan ‘domino’ sehingga mengorbankan seorang pekerja di situ, lapor Daily Mail. Lapan orang yang lain termasuk pelanggan dan kakitangan telah cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku pada Jumaat lalu di Mateus Atacarejo Mix Supermarket di São […]
Pereka Fesyen Terkenal, Kenzo Takada Dilapor Meninggal Dunia Akibat COVID-19
Pengasas jenama fesyen terkenal Jepun, Kenzo Takada, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 81 tahun, akibat komplikasi yang berkaitan dengan Covid-19. Terkenal dengan rekaan grafiknya yang terang serta cetakan yang diilhami dengan elemen hutan serta penggunaan warna eklektik, beliau adalah pereka Jepun pertama yang mendapat perhatian di kancah fesyen Paris. Menurut BBC, beliau telah menetap […]
Kaya Sekelip Mata, Lelaki Dilapor Temui ‘Bongkah Batu’ Dipercayai Bernilai Tinggi Ketika Kutip Sampah Di Tepi Pantai
Seorang pengutip barang dilaporkan telah menemui bongkah batu yang menjadikannya kaya sekelip mata, lapor Tribun News. Tiada sesiapa yang menyangkakan jika dirinya menjadi kaya secara tiba-tiba hanya kerana bongkah batu sahaja. Terkadang hal terkecil dan dianggap remeh sekalipun menjadi penyebab hadirnya rezeki. Menerusi laporan Bastille Post beberapa hari lalu, seorang pengutip barang dari Thailand telah […]
Arab Saudi: Kumpulan Pertama Jemaah Mula Jalani Ibadah Umrah
RIYADH, 5 Okt — Selepas enam bulan sekatan akhirnya pada Ahad jemaah mula menjalani ibadah Umrah di Mekah dengan langkah-langkah pencegahan ketat berikutan pandemik COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Kumpulan jemaah pertama menunaikan Umrah di Mekah dengan langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan COVID-19, tulis Ketua Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Twitternya. […]
Gempa Bumi Sederhana ‘Goncang’ Rantau Sumba, Indonesia Sebentar Tadi
Satu gempa bumi sederhana dilaporkan telah berlaku di Rantau Sumba, Indonesia pada jam 11.05 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi dengan magnitud 5.2 pada skala Richter itu terletak 10.0° Selatan dan 119.5° Timur dengan kedalaman 10 km. 186km Tenggara dari Bima, Indonesia. Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pd skala Richter telah berlaku di […]
Trump Mungkin Dibenar Keluar Hospital Pada Isnin, Kata Doktor
WASHINGTON, 5 Okt (Bernama) — Presiden Donald Trump yang sedang menerima rawatan selepas dijangkiti COVID-19 mungkin boleh discaj dari hospital seawal Isnin, lapor agensi berita Xinhua. “Beliau sudah boleh bangun dan duduk. Kami cadang hari ini untuk beri makan dan minum dan bantu beliau bangun dan bergerak,” kata pegawai perubatan presiden, Brian Garibaldi, kepada wartawan di […]
Trump Gagal Sorok Hasil Keputusan Ujian COVID-19 – Laporan
MOSCOW, 5 Okt — Presiden Donald Trump yang disahkan dijangkiti COVID-19 pada Khamis, awalnya dilaporkan enggan mendedahkan keputusan ujian itu, sementara menunggu beberapa lagi saringan yang lebih terperinci, lapor agensi berita Sputnik. Menurut laporan Wall Street Journal pada Ahad, memetik sumber, Trump dimaklumkan mengenai keputusan ujiannya pada Khamis malam, sebelum muncul di Fox News, ketika […]
Berang Cucu Lahirkan Anak Dari Hubungan Terlarang, Moyang Didakwa Tikam Bayi 80 Kali Dan Humban Mayat Dalam Semak
Mayat seorang bayi berusia dua hari dilaporkan ditemui dalam semak samun di bandar Bhopal, Madhya Pradesh lapor Gulf News. Pihak polis dilaporkan telah menangkap moyang kepada bayi itu atas tuduhan membunuh. Media tempatan melaporkan bahawa ibu kepada bayi terbabit mengandung selepas melakukan hubungan yang terlarang dan melahirkan bayi itu. Kerana takut pada tekanan sosial, datuknya […]
Dua Jarum Kira-kira 5cm ‘Tertanam’ Dalam Kepala Wanita Tanpa Rasa Sakit Timbulkan Tanda Tanya
Seorang wanita di China terkejut selepas mendapati terdapat dua batang jarum tertanam di otaknya semasa melakukan CT scan berikutan kemalangan jalan raya yang menimpanya. Menurut portal Odditycentral.com, wanita yang berusia 29 tahun dari Zhengzhou itu dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan raya dan telah dinasihatkan untuk melakukan CT scan bagi memastikan tiada komplikasi di kepalanya. Walaupun […]
Gempa Bumi Berkekuatan 5.3 Skala Ritchter ‘Gegar’ Mindoro, Filipina
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Mindoro, Filipina pada 2.16 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 40 kilometer (km) barat daya dari Batangas City, Filipina pada kedalaman 132 km. Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana […]
Macam Tin Sardin, Pemandu Nyaris Maut Van Tersepit Kemalangan Antara Dua Buah Lori
LEICESTERSHIRE: Seorang pemandu van bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan ringan setelah van yang dipandunya hancur seperti tin. Kemalangan ngeri itu menyebabkan van yang dipandunya hancur setelah berlaku perlanggaran antara 2 buah trak. Van tersebut telah diapit menjadi ‘sandwich’ oleh 2 buah trak. Polis mengesahkan pemandu van putih itu berjaya melarikan diri dan mengalami kecederaan […]
Warga Emas Maut Badan Terputus 2 Bahagian Ditemui Di Landasan Kereta Api
THAILAND: Seorang warga emas ditemui maut di landasan kereta api Bangkok-Ubon Ratchathani. Keadaan mayat tersebut sangat menggerikan badan mayat itu terputus menjadi 2 bahagian. Pihak polis mengatakan bahawa penemuan mayat warga emas itu sekitar jam 2 pagi, kira-kira 200meter daripada stesen kereta api daerah Huay Thalaeng. Polis mengatakan mayat lelaki itu kelihatan berusia antara 50 […]
Jepun Dilapor Rancang Agih Vaksin COVID-19 Secara Percuma Untuk Rakyatnya
Kerajaan Jepun dilapor merancang untuk mengagihkan vaksin COVID-19 secara percuma kepada seluruh rakyatnya. Menurut laporan Japan Times, kerajaan negara matahari terbit itu akan menanggung semua kos dan merancang untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi menjelang hujung Jun tahun depan. Sekurang-kurangnya 670 bilion Yen daripada rizab negara berkenaan akan dibelanjakan untuk tujuan itu. Ketika ini, vaksin COVID-19 […]

Wanita Dilapor Maut Dipercayai Keracunan Makanan Selepas Makan Popia Disimpan 3 Hari Dalam Peti Ais
SAMUT PRAKAN, THAILAND: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai mengalami keracunan makanan selepas mangsa makan popia yang disimpan di dalam peti ais selama 3 hari. Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 40 tahun itu sedang menonton rancangan televisyen bersama suaminya sambil makan popia yang telah dipanaskan. Makanan tersebut telah dibeli daripada pasar tempatan dan mangsa menyimpan […]
Pekerja Zoo Cedera Dibaham Singa Ketika Cuba Menyentuh Haiwan Itu
AFRIKA BARAT: Seorang pekerja zoo telah tercedera setelah dibaham oleh seekor singa. Kejadian berlaku di sebuah zoo di Dakar, Senegal. Dipercayai ketika itu, pekerja tersebut ingin melakukan pertunjukkan kepada pengunjung zoo. Mangsa telah menghulurkan tangannya di celah palang sangkar untuk menyentuh haiwan itu, namun berlaku perkara di luar jangkaan setelah singa itu telah membaham tangan […]
15 Tahun Tunggu Zuriat, Wanita Sarat Hamil Kembar Menanti Hari Bersalin Dilapor Keguguran Selepas Jadi Mangsa Langgar
Sedih dan menyayat hati. Selepas dipercayai 15 tahun menunggu kelahiran cahaya mata, pasangan Munipah (48) dan Duri (55) terpaksa berputih mata apabila bayi kembar mereka maut selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Menurut Suara Jogja, pasangan yang bekerja sebagai pengutip sampah itu sering keluar seawal 3 hingga 5 pagi untuk mencari rezeki demi anak […]