BeritaLuar Negara

Luar Negara
Kucing Ini Berjaya ‘Pulih’ Selepas Tertidur Dan ‘Dicuci’ Dalam Mesin Basuh Selama 12 Minit
Seekor kucing yang dinamakan Oscar dilaporkan telah ‘dicuci’ dalam mesin basuh selama 12 minit selepas dia dikatakan tidur di dalamnya. Pemiliknya di Pantai Sunshine di Queensland mengatakan bahawa seperti terdengar suara Oscar selepas suaminya memasukkan cadar ke dalam mesin basuh berkenaan. Dia menyangkakan suara tersebut datangnya dari almari dan terus beredar dari situ. Ketika pemiliknya […]
Luar Negara
Mengaku Sakit Hati Dituduh Curi Ayam, Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun Lepas Didakwa Bakar Kereta Jiran
Seorang lelaki yang berasal dari Kecamatan Panglayungan, Kecamatan Cipedes, Kota Tasikmalaya, Indonesia ditahan oleh polis selepas membakar tiga kenderaan milik jirannya, lapor Tribun News. Lelaki itu mengaku sengaja membakar semua kenderaan tersebut kerana sakit hati setelah dituduh mencuri ayam oleh jirannya itu. Sasaran sebenar lelaki itu adalah hanya sebuah lori pikap jirannya namun malangnya kenderaan […]
Gaya hidup
Taksub Dengan Teori Konspirasi, Ibu Antivaksin ‘Pandai-Pandai’ Rawat Anak OKU Hidap COVID-19 Guna Ubat Malaria & Akhirnya Meninggal Dunia
Apabila sebut tentang kisah golongan antivaksin dan pentaksub teori konspirasi, sudah tentu pelbagai benda kita boleh bayangkan dalam minda. Ada kes si ibu melahirkan anak secara water birth, ada ibu lahirkan anak secara lotus birth dan macam-macam lagi. Jika diteliti satu-persatu kes kematian anak kecil atau bayi yang melibatkan kaedah pelik sebegitu, pasti tidak lain […]
Kesihatan
Catat 620 Korban Sehari, Kematian Akibat COVID-19 Di Brazil Cecah 65,000
MOSCOW, 7 Julai (Bernama) — Angka kematian akibat COVID-19 di Brazil meningkat sebanyak 620 dalam tempoh 24 jam kepada 65,487, lapor agensi berita Sputnik, memetik kenyataan Menteri Kesihatan negara itu. Jumlah kes juga meningkat sebanyak 20,229 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,623,284, kata kementerian itu. Sehari sebelumnya, jumlah kematian meningkat 602 orang dan jumlah kes yang […]
Berita
(Video) CCTV Rakam Kelibat ‘Hantu Budak’ Tengah Berlari Di Halaman Rumah
Seorang wanita berada dalam ketakutan selepas melihat rakaman yang menyeramkan melalui kamera litar rumah baru keluargnya yang menunjukkan bayang-bayang seorang kanak-kanak. Mum captures ‘child ghost’ running around her garden after moving into a former Victorian school pic.twitter.com/j2DKKTJpNS — The Sun (@TheSun) July 6, 2020 Amanda berada di rumah bersama dua anaknya yang berusia 4 dan […]
Luar Negara
Pasangan Kembar Siam Tertua Meninggal Dunia Di Usia 68 Tahun
Pasangan kembar siam tertua di dunia iaitu Ronnie dan Donnie Galyon dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 68 tahun di kampung halaman mereka di Dayton, Ohio. Kematian mereka pada 4 Julai lalu telah disahkan oleh adik mereka, Jim yang telah menjaga pasangan kembar siam tersebut selama 10 tahun. Ronnie dan Donnie Galyon dilahirkan pada 28 […]
Berita
Vietnam Catat Sifar Kes COVID-19 Untuk Hari Ke-82 Berturut-Turut
Vietnam telah memasuki hari yang ke-82 berturut-turut tanpa kes COVID-19 yang baharu dalam kalangan komuniti menurut Jawatan Kuasa Pemandu Nasional Pencegahan dan Pengwalan COVID-19. Sebelum ini Vietnam mencatatkan 369 jangkitan termasuk 299 kes import yang telah dikuarantin semasa ketibaan. Dari jumlah tersebut 341 pesakit iaitu sebanyak 92.4% telah pulih sepenunya dan setakat ini tiada kematian […]
Tragedi
(Video) Banjir Jepun ‘Mengganas’, Sekurang-Kurangnya 49 Mangsa Dipercayai Terkorban
Petugas keselamatan di Jepun masih meneruskan operasi pencarian mangsa-mangsa tragedi banjir yang melanda teruk akibat hujan lebat di kawasan pulau Kyushu, Jepun. Menurut rekod, sekurang-kurangnya 49 mangsa disahkan terkorban melibatkan wilayah Kumamoto dan Kagoshima, memetik laporan Japan Times. Agensi Meteorologi Jepun sebelum ini mengeluarkan amaran pada Sabtu tentang cuaca hujan yang belum pernah terjadi seperti […]
Berita
(Video) Rakaman ‘Kecut Perut’, Pelantar Minyak Tengah Laut Terumbang-Ambing Dibadai Ombak Besar
Bekerja di pelantar minyak mungkin kelihatan menyeronokkan jika hanya melihat pada gajinya. Namun, jika anda lihat risiko yang bakal dihadapi, pasti anda berfikir beratus kali untuk kerja di sana. Dalam video dikongsikan IndustrialVid, kelihatan sebuah binaan di tengah lautan dipercayai pelantar minyak terumbang-ambing dirempuh ombak besar. Rakaman itu dipercayai diambil salah seorang pekerja cari gali […]
Berita
Gempa Bumi Bermagnitud 6.1 Landa Laut Jawa, Gegaran Dirasai Hingga Ke Pulau Bali
Gempa bumi bermagnitud 6.1 dikesan di Jepara, Jawa Tengah pada pukul 5.54 pagi tadi (waktu Indonesia Barat) di kedudukan 5.77 latitud selatan dan 110.64 longitud timur. Memetik laporan News Detik, gempa tersebut berpusat di laut dengan jarak kira-kira 85 kilometer dari arah utara, Mloggo, wilayah tersebut dengan kedalaman sejauh 539 kilometer. Menurut Pengarah Pusat Gempa […]
Berita
(Video) Detik Mendebarkan Remaja Disambar Kilat Semasa Buat Sepakan Di Padang Bola
Seorang pemain bola sepak Rusia berusia 16 tahun dilaporkan koma selepas lehernya disambar petir semasa sedang berlatih. Insiden mengerikan yang dilaporkan berlaku di Orekhovo-Zuevo, Moscow itu telah memaksa Ivan Zaborsky terpaksa bertarung dengan nyawanya. Penjaga gol remaja yang berlatih secara berasingan dengan rakan sepasukannya itu dikatakan memakai rantai logam semasa kilat tersebut menyambar lehernya. Difahamkan, […]
Luar Negara
Pemandu Bas Alami ‘Mati Otak’ Lepas ‘Dibelasah’ Akibat Dipercayai Halang Penumpang Tiada ‘Mask’ Naiki Bas
Seorang pemandu bas di Perancis diisytiharkan mati otak selepas diserang oleh beberapa orang yang dilarang olehnya untuk menaiki bas kerana tidak memakai pelitup muka, lapor Daily Mail. Penyerang-penyerang itu didakwa cuba untuk menaiki bas di Bayonne tanpa tiket atau pelitup muka yang merupakan ‘mandatori’ dalam pengangkutan awam di sepanjang Perancis. Menurut laporan Daily Mail, ketika […]
Gaya hidup
(Video) “Semoga Jalani Hari Yang Baik,” Gadis Guna Bahasa Isyarat ‘Pesan’ Kepada Penghantar Pesanan
Bahasa isyarat merupakan satu kaedah untuk berkomunikasi tanpa menggunakan suara, hanya pergerakkan tangan, bibir dan badan akan dapat menyampaikan maklumat. Bahasa isyarat biasanya sering digunakan oleh orang-orang pekak, bisu serta jurubahasa isyarat. Dalam satu rakaman video yang telah dibuat naik di laman Twitter The Sun, memperlihatkan seorang kanak-kanak perempuan telah menggunakan bahasa isyarat ketika berhadapan […]
Luar Negara
Dipercayai Berusia Lingkungan 30 Tahun, Seorang Lelaki Dilaporkan Rebah Dan Mati Ketika Bermain Bola Sepak
Seorang lelaki dilaporkan telah rebah dan maut ketika bermain bola sepak bersama rakannya di sebuah taman di barat London. Berikutan kenyataan FA yang mengatakan, aktiviti bola sepak luar telah dibenarkan dengan syarat wajib mengikut SOP yang ditetapkan. Lelaki berusia 30-an itu telah keluar bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di Southall Recreation Ground dekat Ealing ketika […]
Luar Negara
(Video) “Dah Dekat Sangat,” Pegawai Peronda Hampir Dipanah Petir Ketika Beri Bantuan
Tular satu rakaman mendebarkan memaparkan seorang pegawai Peronda Lebuhraya Oklahoma hampir dipanah petir semasa cuba untuk membantu seorang pemandu, lapor New York Post. Peronda Lebuhraya Oklahoma mengesahkan menerusi Facebook mereka bahawa kejadian itu berlaku pada Khamis lalu di sepanjang Turner Turnpike/Interstate 44 antara Bristow dan Stroud yang terletak di barat daya Tulsa. Menurut kenyataan di […]
Berita
COVID-19 Di Indonesia: Kes Positif 64,958 Kematian 3,241
JAKARTA, 6 Julai — Sebanyak 70 lagi kematian akibat virus COVID-19 di Indonesia dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,241 orang. Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19 Achmad Yurianto berkata, kes positif virus itu juga berterusan meningkat kepada 64,958 kes, iaitu tambahan 1,209 kes baharu bagi tempoh berkenaan. “Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga […]
Berita
Nak Rai ‘Birthday’ Anak Di Taman Tema, Wanita Maut Terjatuh Daripada ‘Rollercoaster’
Seorang wanita dilaporkan maut selepas terjatuh ketika menaiki permainan rollercoaster di Perancis. Mangsa yang berusia 32 tahun itu difahamkan sedang menaiki permainan rollercoaster dan secara tiba-tiba dia telah tergelincir dan terpaksa berpaut pada bar keselamatan, dakwa saksi. Menurut Metro.UK, suami kepada mangsa berkenaan cuba untuk mencapai kakinya namun dia gagal untuk menyelamatkan isterinya itu. Seorang […]
Berita
(Video) Rakaman Burung ‘Usung’ Ikan Bersaiz Besar Di Ruangan Udara Pantai Timbulkan Tanda Tanya
Para pengunjung di Pantai Myrtle, South Carolina, terpegun dengan kelibat seekor burung besar yang berterbangan di pantai tersebut sambil membawa seekor ikan yang juga bersaiz besar, lapor Daily Mail. Rakaman yang diambil oleh individu bernama Ashley White daripada apartment tingkat 17 tempatnya bercuti itu menunjukkan ikan tersebut masih lagi hidup dan cuba untuk melepaskan dirinya. […]
Kesihatan
Wanita Warga Emas Maut Akibat Jangkitan Bakteria Dipercayai Selepas Dicakar, Luka Dijilat Kucing
Seorang warga emas berusia 80 tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai dicakar dan luka dijilat kucing sendiri di Australia. Wanita itu dipercayai dijangkiti meningitis bakteria setelah haiwan itu menjilat lukanya pada Mei lalu. Menurut Daily Mail, mangsa ditemui ahli keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri di samping kucing peliharaannya. Susulan itu, dia dimasukkan ke hospital dan […]
Berita
(Video) Hari Kemerdekaan AS Dicemar Tragedi, Puluhan Ditembak Dalam Beberapa Insiden Di New York
NEW YORK, 6 Julai (Bernama) — Sekurang-kurangnya enam orang maut dalam beberapa kejadian tembakan di New York pada Sabtu, ketika orang ramai menyambut Hari Kemerdekaan negara itu, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa tempatan dan media. Jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD) berkata dari Jumaat sehingga jam 3 petang (19:00 GMT waktu tempatan) pada […]