Berita›Luar Negara

Berita
(Video) Pantai Terkenal Di UK Ditutup Setelah 4 Orang Cedera Akibat Terjun Setinggi ‘200 Kaki’ Ke Dalam Laut
Dua pantai di United Kingdom dilaporkan telah ditutup selepas empat orang dilaporkan cedera akibat terjun dari tebing, lapor Mirror Uk. Dorset Council mengumumkan semalam bahawa pantai Durdle Door dan Lulworth Cove yang berdekatan ditutup sepanjang hari Ahad dan jalan raya juga akan disekat. Tidak lama setelah pengumuman itu, pihak Dorset Council juga mengumumkan bahawa mereka […]
Berita
Beritahu Nak Ajar Tunggang Motosikal, Kanak-Kanak 12 Tahun Didakwa Diperkosa Oleh Bakal Bapa Tiri
Seorang banduan yang dibebaskan sempena program asimilasi wabak Covid-19 dilaporkan telah ditangkap semula oleh pihak polis Indonesia kerana didakwa melakukan jenayah yang sama. Banduan yang berusia 51 tahun itu didakwa telah melakukan jenayah seksual dengan memperkosa kanak-kanak di bawah umur. Lelaki yang berasal daripada Dusun Rowo Agung, Desa Demuk, Indonesia itu dikatakan baru sahaja dibebaskan […]
Berita
Covid-19: Thailand Lapor Empat Kes Baharu, Sifar Kematian
Bangkok: Thailand melaporkan empat kes baharu COVID-19, kesemuanya melibatkan rakyat Thailand yang kembali dari luar negara dan sifar kematian sepanjang 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 3,081 kes dengan 57 kematian. Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata pesakit baharu itu berusia lingkungan 18 dan 37 tahun, tiba di Thailand […]
Berita
Covid-19: Singapura Catat 518 Kes Baharu, Jumlah Keseluruhan Cecah 34,884
Singapura: Data awal Singapura mengesahkan sejumlah 518 lagi jangkitan COVID-19 hari ini dengan hanya tiga daripadanya adalah dalam kalangan komuniti tempatan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu setakat ini ialah 34,884. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura (MOH), data setakat tengah hari menunjukkan bahawa kebanyakan kes baharu membabitkan pekerja asing yang tinggal di asrama. […]
Berita
Polis Miami ‘Sertai’ Protes Aman, Turut Melutut Tanda Solidariti Untuk George Floyd
Kematian pemuda kulit hitam, George Floyd setelah ‘ditahan’ pihak polis dalam keadaan yang cukup menyeksakan adalah seolah-olah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan sebahagian warga Amerika Syarikat. Laungan ‘I can’t breath’ begitu memecahkan suasana di mana-mana kawasan tunjuk perasaan. Jelas, warga Amerika Syarikat (US) sendiri membuat protes besar-besaran hampir di seluruh kerana kerana geram dan marah […]
Luar Negara
Roket Space X Berjaya Dilancarkan Ke Angkasa
Cape Canaveral, Florida — Space X membuka lembaran sejarah baharu penerbangan ke angkasa lepas di Amerika Syarikat. Space X sebuah syarikat yang dimiliki oleh jutawan Amerika, Elon Musk berjaya memulakan misi pertama mereka dengan menghantar dua orang angkasawan NASA iaitu Bob Behnken dan Doug Hurley ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Roket Falcon 9 dan kapal angskasa […]
Berita
(Video) Masjid Nabawi Dibuka Semula, Foto-Foto Jemaah & Azan Subuh Berkumandang Syahdu Hari Ini
Lebih 90,000 masjid di Arab Saudi termasuk Masjid Nabawi di Madinah dibuka semula pada Ahad (hari ini) setelah kira-kira dua bulan ditutup kerana pandemik COVID-19. Menteri Hal Ehwal Islam, Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengumumkan tentang kesediaan kerajaan dan masjid dalam menyambut ketibaan para jemaah selepas beliau selesai menjalankan tinjauan lapangan bagi […]
Berita
Tinggal Rumah Tidak Berkunci, Wanita Terkejut Ada Lelaki Tidak Dikenali Mandi Di Dalam Rumahnya
Seorang ibu bersama anaknya terkejut selepas mendapati bahawa ada seorang lelaki asing sedang leka mandi di tandas rumahnya yang terletak di flat kediamannya di Singapura sejurus selepas mereka pulang ke rumah. Menurut portal Mothership, kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 28 Mac 2020 yang lalu. Pada awalnya, ibu yang berusia 27 tahun itu telah keluar bersama […]
Gaya hidup
Dipercayai Terpisah Dari Pasukannya, Polis Anti-Rusuhan Ini Dilindungi Sekumpulan Perusuh Dari Jadi Mangsa Serangan Yang Lain
Protes di Amerika Syarikat (AS) terhadap kekejaman beberapa anggota polis ke atas seorang lelaki berkulit hitam pada 25 Mei lalu semakin serius. Susulan itu, kerajaan terpaksa mengumumkan darurat di beberapa bandar termasuk mengenakan lockdown terhadap White House berikutan kumpulan penunjuk perasaan mula berkumpul di hadapan bangunan itu. Kenyataan Presiden Amerika yang menyifatkan penunjuk perasaan sebagai ‘samseng’ […]
Luar Negara
(Video) Kisah Lelaki Sesat Di Kawasan Gunung, Seekor Kucing Tiba-Tiba Muncul Jadi Penyelamat Penunjuk Arah
Kucing adalah salah satu haiwan yang sangat comel dan bijak. Hampir kesemua manusia di dunia ini menggemari kucing dan membelanya sebagai haiwan peliharaan di rumah. Namun, si comel itu bukan sahaja mampu menjadi peneman manusia, malah kewujudannya juga boleh menjadi penyelamat dalam satu-satu masa tertentu. Perkara ini pernah dirasai sendiri oleh seorang lelaki warga Hungary […]
Kesihatan
Pelajar Thailand Transit Di Malaysia Kes Terbaharu COVID-19 Di Thailand
Seorang pelajar Thailand yang kembali dari Arab Saudi dan masuk ke negara itu menerusi sempadan Malaysia merupakan kes COVID-19 terbaharu direkodkan di Thailand. Pelajar berusia 26 tahun itu tiba di Kuala Lumpur dan menaiki bas ke Narathiwat, Thailand menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar, Perlis. Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Dr Panprapa Yongtrakul berkata […]
Luar Negara
Seorang Maut, 40 Ditahan Dalam Rusuhan Di Detroit, AS
WASHINGTON, 30 Mei (Bernama) — Seorang terbunuh manakala lebih 40 yang lain ditahan dalam rusuhan besar-besaran yang tercetus di bandar Detroit Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Sputnik. Mangsa merupakan penunjuk perasaan dilaporkan maut apabila seorang suspek tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah orang ramai sambil memandu kereta, menurut ketua polis Detroit, James E Craig, […]
Luar Negara
Federer Ungguli Senarai Atlet Raih Pendapatan Tertinggi, Turut Atasi Ronaldo Dan Messi
WASHINGTON, 30 Mei (Bernama) — Bintang tenis terkenal Roger Federer menduduki tempat teratas senarai Forbes 2020 sebagai atlet yang memperoleh bayaran tertinggi dengan pendapatan sebelum cukai US$106.3 juta, lapor agensi berita Xinhua. Ini kali pertama legenda tenis kelahiran Switzerland itu mengungguli senarai itu. Pendapatannya merangkumi wang hadiah US$6.3 juta dan US$100 juta bayaran sokongan serta penampilan. […]
Luar Negara
Lelaki Ini Tak Kisah Restorannya Dibakar Perusuh, Asalkan Keadilan Untuk George Floyd Ditegakkan
Bersolidariti dengan kematian George Floyd yang terbunuh ketika ditahan polis, pemilik sebuah restoran makanan India di Minneapolis rela premisnya dibakar perusuh. Dalam satu kemaskini oleh Gandhi Mahal Restaurant, anak kepada pemiliknya, Hafsa berterima kasih kepada jiran yang cuba membantu melindungi premis itu. Namun, mereka tidak kisah bangunan itu terbakar asalkan keadilan dapat ditegakkan. “Ini Hafsa. […]
Gaya hidup
(Video) “Aku Takut, Aku Takut”, Remaja Berkulit Hitam Diacu Pistol Hanya Kerana Didakwa Langgar Papan Tanda Berhenti
Kisah diskriminasi terhadap individu berkulit hitam di Amerika Syarikat sering mendapat perhatian warga dunia. Frasa ‘Black Lives Matter’ sering menjadi sebutan apabila timbul kes-kes baharu melibatkan diskriminasi terhadap golongan berkenaan. Bukan sahaja sering dianggap penjenayah, golongan ini didakwa menerima layanan yang berbeza dari sebahagian pihak berkuasa disana. Video-video pihak polis mengacukan senjata api terhadap individu […]
Berita
Malu Dengan Tindakan Suami, Isteri Polis Didakwa Bunuh George Floyd Tuntut Cerai
Isteri kepada Derek Chauvin yang didakwa membunuh lelaki berkulit hitam, George Floyd dilaporkan memfailkan cerai terhadap suaminya. Kellie Chauvin, 46 melalui peguamnya berkata, dia berasa terkesan dengan pembunuhan George ketika ditahan pihak polis. Susulan itu, Kellie memutuskan untuk berpisah dengan lelaki berkenaan setelah 10 tahun perkahwinan. Derek Chauvin kini berhadapan tuduhan pembunuhan tahap ketiga setelah […]
Gaya hidup
Masjid Nabawi Dibuka Secara Berperingkat Bermula Esok
Riyadh, 30 Mei – Arab Saudi mengumumkan bakal membuka Masjid Nabawi secara berperingkat di Madinah bermula esok. Menurut media tempatan, kira-kira 90,000 buah masjid di negara itu (selain di Mekah) akan mula dibuka untuk aktiviti ibadah sebagai pelonggaran perintah darurat yang dilaksanakan bagi mengekang COVID-19. Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Abdullatif bin Abdulaziz Al-Sheikh […]
Luar Negara
Masjid Al-Aqsa Bakal Dibuka Semula Ahad Ini
Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, akan dibuka semula setelah ditutup selama dua bulan kerana penularan pandemik COVID-19. Pengarah masjid, Omar Al-Kiswani melaporkan semua pintu perkarangan masjid akan dibuka untuk para jemaah pada hari Ahad waktu subuh. Khalil Assali, jurucakap Wakaf Islam menasihati orang ramai yang datang ke Masjid Al-Aqsa harus mematuhi langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh […]
Luar Negara
Saintis China 99 Peratus Yakin Vaksin Dihasilkan Mereka Mampu Cegah COVID-19
Saintis di China yakin vaksin yang mereka bangunkan 99 peratus berkesan untuk merawat COVID-19. Syarikat bioteknologi, Sinovac berpusat di Beijing sedang dalam percubaan fasa kedua vaksin terhadap 1,00 orang sukarelawan yang mengambil bahagian dalam eksperimen klinikal tersebut. Luo Baishan, seorang saintis di Sinovac, menjawab kepada Sky News ketika ditanya adakah ujian ini akan berhasil, “Ya, […]
Berita
(Video) Amerika Terpaksa “Lockdown” White House Selepas Perusuh Bela Kematian George Floyd Berhimpun Depan Pagar
Washington, 30 Mei – Protes atas kematian lelaki berkulit gelap, George Floyd kini merebak hingga ke ibu negara, memaksa White House dikenakan perintah berkurung untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku. Berdasarkan gambar-gambar yang tular, kumpulan perusuh turut dilihat berhimpun di kawasan berdekatan pusat pentadbiran negara kuasa dunia itu. Tunjuk perasaan bermula apabila orang ramai […]