Berita›Luar Negara
Kes Keganasan Rumah Tangga Global Boleh Bertambah Sehingga 31 Juta Kes Jika Perintah Berkurung Dilaksana Selama 6 Bulan- PBB
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menegaskan, perintah berkurung selama enam bulan boleh menjurus kepada pertambahan sebanyak 31 juta keganasan rumah tangga di seluruh dunia. “Ia adalah peningkatan krisis di dalam krisis. Kita perlu memberi perhatian maksimum terhadap hal ini sekarang,” kata Dr Ramiz Alakbarov, Timbalan Pengarah Tabung Kependudukan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) kepada CBS News. Dalam data […]
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi ‘Ditutup’ Buat Pertama Kali Selepas 30 Tahun
Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dilaporkan telah ditutup pada 1 Mei 2020 setelah 30 tahun beroperasi. Penutupan itu susulan kerja menaik taraf seperti yang dirancang, dan memandangkan wabak Covid-19 yang masih berterusan. Diumumkan pada awal April bahawa Terminal 2 akan menghentikan operasi sehingga November 2021 untuk menjimatkan kos operasi. Ini juga disebabkan oleh penurunan drastik […]
Majlis Perkahwinan Sepi, Gambar Tetamu Tak Dapat Hadir Dilekat Sepanjang Kerusi
Wabak Covid-19 yang menyerang negara menyebabkan banyak urusan perlu ditangguhkan sementara. Antaranya soal pekerjaan, persekolahan, percutian dan sebagainya. Malahan, turut terkesan adalah pasangan yang merancang untuk berkahwin ketika pandemik. Ramai pasangan yang mengeluh kerana majlis sudah pun dirancang sejak berbulan-bulan tetapi akhirnya ditunda. Berdasarkan sebuah foto yang dimuatnaik oleh Vicens Forns Photography di Instagram, memaparkan […]
Wanita Maut Jatuh Tebing 35 Meter Gara-Gara Tergelincir Ketika Ambil Gambar Rai ‘Lockdown’ Tamat
Seorang wanita dilaporkan maut apabila terjatuh dari ketinggian 115 kaki ketika sedang bergambar di hujung tebing di Duden Park, Turki. Mangsa dikatakan terjatuh ketika sedang mengambil gambar sebagai meraikan tamatnya perintah berkurung (lockdown) COVID-19 di negara itu. Sebelum kematiannya, mangsa dikenali sebagai Olesya bersama rakannya dilaporkan sedang bersiar-siar di kawasan tersebut yang terkenal dengan pemandangan […]
Ketiadaan Pengunjung Melawat, Penguin ‘Kebosanan’ Dibawa Melawat Sekitar Zoo Di Singapura
Penguin di zoo Singapura diberikan peluang memanfaatkan perintah berkurung yang berkuatkuasa di sebahagian negara Singapura dengan mengadakan jelajah di kawasan zoo yang kini lengang tanpa kelibat manusia. Dengan arahan penutupan zoo kepada umum terpaksa dikuatkuasakan kerana negara sedang berjuang memerangi wabak Covid-19 yang semakin memburuk, penguin Afrika ini kini tidak perlu risau lagi berkenaan manusia […]
Perdana Menteri Rusia Dilaporkan Positif Covid-19
Mikhail Mishustin, Perdana Menteri Rusia, yang ditugas oleh Vladimir Putin untuk memimpin tindak balas terhadap perjuangan menentang wabak Covid-19 di negara itu, dilaporkan telah didiagnos dengan Covid-19 dan sedang mengkuarantinkan dirinya. Mishutin, yang merupakan pesakit Covid-19 paling berprofil tinggi di Rusia setakat ini, telah mendedahkan hasil ujian saringan yang dilakukan ke atas dirinya semasa panggilan […]
Banduan Baru Dibebaskan Didakwa Bakar Rumah Mertua Lepas Isterinya Dipercayai Sudah ‘Tawar Hati’
Misteri terbakarnya rumah di Kampung Batipuh Panjang, daerah Koto Tangah, Kota Padang, Sumatera Barat yang berlaku pada hari Khamis (2/2/2020) sebulan yang lalu akhirnya terbongkar. Ternyata rumah tersebut telah dibakar oleh seorang bekas banduan yang berusia 46. Ketua Polis Koto Tangah, AKP Zamri Elfino mengesahkan bahawa rumah tersebut sengaja dibakar oleh seorang bekas banduan. Difahamkan, […]
COVID-19: 72 Lagi Maut Di India, 1,433 Kes Baharu
NEW DELHI, 1 Mei — Seramai 72 lagi maut di India akibat COVID-19 selain 1,433 kes positif baharu dilaporkan sejak Jumaat, menjadikan jumlah kematian seramai 1,147 orang dan jumlah kes 35,043, lapor agensi berita Xinhua. “Sehingga 8 pagi (waktu tempatan), hari ini 1,147 kematian berkaitan COVID-19 direkodkan di negara ini,” menurut Kementerian Kesihatan pada Jumaat. Pada […]
(Video) Rakaman ‘Alligator’ Sesat Di Tengah Jalan Raya Undang Kerisauan Pemandu
Menakutkan, itu yang dapat dilihat dalam sebuah video yang menyaksikan detik-detik seekor buaya ‘berjalan-jalan’ di sebuah jalan raya di Florida dan menuju ke arah seorang pemandu di situ. Perakam video itu, Francis E.Scott-Marr sedang memandu untuk ke rumah rakannya sebelum dia melihat kehadiran reptilia itu. Menurutnya, dia menyedari haiwan itu bergerak di sekitar persimpangan Seffner, […]
COVID-19 : Singapura Catatkan Kematian Ke-15
Singapura mengesahkan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 dan satu lagi kematian semalam, menjadikan jumlah korban wabak itu kepada 15. Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat Khamis, Kementerian Kesihatan republik itu (MOH) berkata seorang pesakit wanita yang merupakan kes 703 meninggal dunia semalam di Hospital Besar Ng Teng Fong. Berusia 58 tahun, rakyat Singapura itu disahkan dijangkiti COVID-19 […]

Covid-19: Lebih 2,000 Kematian Direkodkan Dalam Tempoh 24 Jam Di Amerika
Terkini, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 2,000 kematian akibat wabak Covid-19 dalam tempoh 24 jam. Menurut rekod yang dilaporkan oleh Johns Hopkins Unversity, jumlah ini telah direkodkan dalam tiga hari berturut-turut. Sehingga hari ini, seramai 62, 902 mangsa korban di Amerika. Semua sedia maklum bahawa negara tersebut paling teruk dilanda wabak Covid-19 dan melebihi catatan daripada […]
Pasar Indonesia Mula Dibuka Dengan SOP Baru, Wajib Topeng Muka Dan ‘Social Distancing’
Jika di Malaysia, banyak premis perniagaan seperti pasar malam dan bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi kerana risiko wabak COVID-19 yang akan mudah menular. Namun, lain pula bagi sebuah pasar pagi di kota Jawa Tengah, Indonesia yang dibenarkan beroperasi seperti biasa, tapi masih mengamalkan penjarakan sosial. Pentadbiran Salatiga telah membenarkan para peniaga untuk membuka gerai masing-masing […]
Operasi Terpaksa Dihentikan, Ribuan Haiwan Di Zoo Di Indonesia Dilapor Diancam Kebuluran
Ribuan haiwan termasuk spesis terancam; Harimau Sumatra dan Orangutan Borneo di zoo di Indonesia diancam kebuluran ketika pandemik COVID-19 ‘menekan’ operasinya hingga berisiko untuk ‘musnah’. Memetik laporan Daily Mail. kira-kira 60 taman haiwan merangkumi 70,000 hidupan di sekitar negara kepulauan itu telah ditutup operasinya bermula pertengahan Mac lalu dan difahamkan, stok bekalan makanan haiwan hanya […]
Singapura Mungkin Longgarkan Pemutus Rantaian Dan Mulakan Semula Ekonomi – PM Lee
SINGAPURA, 30 April — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong berkata selepas berjaya mengurangkan bilangan kes baharu pandemik COVID-19 negara itu boleh melonggarkan langkah sekatan pergerakan separanya atau dipanggil ‘pemutus rantaian’ dan membuka semula ekonominya dengan progresif. “Ia bukan mudah. Kita perlu meningkatkan pengujian COVID-19 dan mempercepatkan pengesanan kontak. Dan kita perlu lakukannya dengan penuh berhati-hati agar jangkitan tidak […]
Tular Foto Ibu Kucing Usung Anak Ke Hospital, Seolah-Olah Mahu Dapatkan Rawatan
Bagi pencinta haiwan khususnya yang membela kucing, jika si comel itu sakit, pasti mereka menjadi tidak keruan serta risau akan keadaannya. Biasanya jika kucing yang bertuan, tiada masalah sekiranya jatuh sakit kerana ia mempunyai tuan untuk membawanya ke klinik veterinar. Namun bagi kucing jalanan, siapakah yang membela nasib mereka? Media sosial hari ini dikejutkan dengan […]
(Video) Suara Merdu Kejut Bangun Sahur Di Bandar Aceh Ditunggu Setiap Hari
Amalan kejut sahur merupakan amalan yang sudah dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi. Ia ibarat sebagai penggera kepada penduduk kampung seluruhnya. Tapi, selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, amalan ini makin ditinggalkan. Walau bagaimanapun, satu video dipercayai berlaku di Bandar Acheh membuatkan penghuni penempatan di kawasan itu berasa kagum. Suara lunak seorang individu kejut sahur menjadi […]
Ibu Tunjuk ‘Skill Coding’ Anak Dekat Page Offline Google Buat Netizen Kagum
Pada waktu dahulu semasa kita berumur 10 tahun, apa agaknya aktiviti yang kita sering lakukan? Bila terkenang zaman kanak-kanak, jauh berbeza dengan apa yang ada pada masa ini. Segalanya lebih digital berbanding baju comot dengan pasir, dan selipar putus kerana main kejar-kejar. Baru-baru ini tular satu video menunjukkan seorang kanak-kanak mempamerkan ‘skill coding’. My kid […]
Lepas Dah Langgar Kereta, Individu Tinggal Nota Mohon Maaf Guna ‘Marker Pen
Apabila berlaku satu insiden di mana seorang pemilik kereta melanggar kereta pemilik yang lain tanpa sengaja, pasti mereka akan cuba menyelesaikan dengan cara yang baik. Namun, berbeza dengan satu keadaan yang berlaku di negara Singapura. Baru-baru ini, tular di laman media sosial berkenaan satu video yang dimuatnaik oleh All Singapore Stuff. Video berdurasi 29 saat […]
Ramai Masih Berdegil, Polis India ‘Sumbat’ Rakyat Ingkar Dalam Ambulans Bersama ‘Pesakit’ COVID-19
Ramai yang tahu bahawa negara India sangat tegas dalam memastikan penularan wabak COVID-19 agar dapat dibendung sebaiknya. Antaranya, sebatan dikenakan kepada rakyatnya yang masih degil kerana tidak berada di dalam rumah. Terbaru, pihak berkuasa India menggunakan alternatif lain bagi menyedarkan penduduk yang masih degil dengan meletakkan mereka yang ingkar bersama pesakit COVID-19 di dalam sebuah […]

Covid-19: Singapura Catat 528 Kes Baharu, Jumlah Terkini 16,169 Kes
Singapura: Singapura hari ini mengesahkan tambahan 528 kes baharu jangkitan COVID-19 termasuk enam kes melibatkan rakyat Singapura atau Penduduk Tetap. Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura dalam kenyataan di sini mengumumkan bahawa ia masih meneliti butiran kes dan sebarang maklumat terkini akan dikongsi kemudian hari ini. Kementerian berkenaan bagaimanapun melaporkan ‘majoriti mendadak’ kes hari ini adalah dari […]