Berita›Luar Negara
Lelaki Tak Sengaja ‘Kunyah’ Gigi Yang Terdapat Dalam Hidangan Kari
Sepasang suami isteri terkejut selepas kari yang dipesannya daripada sebuah restoran makanan China di England yang mendapat 4 bintang dalam penilaian kebersihan mengandungi gigi manusia. Pasangan tersebut didakwa menemui sebatang gigi di dalam hidangan yang dipesannya itu. Ketika lelaki itu sedang mengunyah makanannya itu, dia terasa seakan ada benda yang keras di dalamnya. Dia kemudiannya […]

Tokyo Disneyland Akan Ditutup Sementara Ekoran Wabak Covid-19
Tokyo Disneyland dan Tokyo DisneySea akan ditutup dari hari Sabtu hingga 15 Mac untuk membantu membendung penyebaran wabak koronavirus. Oriental Land Co, pengendali Tokyo Disney Resort berkata dasar itu sejajar dengan permintaan kerajaan minggu ini untuk membatalkan atau menunda acara besar selama dua minggu. Ia akan menjadi kali pertama bagi taman-taman hiburan yang popular berhampiran […]
Covid-19: Ekoran Kematian Meningkat Hingga 26 Orang, Solat Jumaat Di Tehran ‘Dibatalkan’
Iran berkata pada hari Khamis bahawa angka kematiannya daripada Koronavirus telah meningkat kepada 26 iaitu yang menjadi angka tertinggi di luar China dan jumlah orang yang dijangkiti kini berada pada 245 termasuk beberapa pegawai kanan. Wabak itu mendorong pihak berkuasa untuk menangguhkan solat Jumaat di beberapa bandar raya termasuk Tehran. Agensi berita IRNA juga mengatakan […]
Covid-19: Nigeria Sahkan Kes Pertama Positif
Nigeria pada hari ini telah mengesahkan kes pertama dijangkiti virus Covid-19 berlaku di negara itu, yang juga pertama kali berlaku di kawasan sub Sahara Afrika. “Kes ini terjadi kepada seorang warga Itali yang bekerja di Nigeria dan kembali dari Milan, Itali ke Lagos, Nigeria pda 25 Februari, 2020,” kata Menteri Kesihatan Osagie Ehanire dalam satu […]
Covid-19: Indonesia Tutup Sementara Kedutaan Di Korea Selatan
JAKARTA, 28 Feb – Indonesia menutup sementara kedutaan di Korea Selatan berikutan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. Menurut akhbar Republika, Duta Besar Indonesia di Seoul Umar Hadi berkata kedutaan dan Pusat Promosi Pelaburan Indonesia ditutup sementara mulai Jumaat. Hadi berkata kedutaan itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kementerian Luar Indonesia pada Isnin turut mengingatkan orang […]
Gadis Kekal Di Wuhan Kerana Kekasih, ‘Bongkar’ Derita Masyarakat Kekurangan Makanan
Seorang model yang tinggal di Wuhan untuk bersama dengan teman lelakinya mendakwa bahawa penduduk tempatan menghadapi masalah kekurangan makanan terutamanya daging. Menurut model yang berasal dari Hong Kong itu, penduduk kampung di pinggir Wuhan hanya dapat membeli sayur-sayuran asas dan sesetengah keluarga bahkan tidak mempunyai daging untuk dimakan. Seorang penduduk kampung juga ditahan selama 14 […]

(Video) Rakaman CCTV Belukar Di Australia Marak Selepas Disambar Petir
Kebakaran belukar besar-besaran di Australia sebelum ini telah memusnahkan ribuan rumah dan haiwan sehingga mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat dunia. Terbaru, satu video menunjukkan kilat yang kuat menyambar kawasan belukar sehingga mencetuskan api yang marak di kawasan tersebut. Video yang dirakam oleh kamera keselamatan itu menunjukkan kepulan asap ‘berterbangan’ ke udara dan selepas itu api dilihat […]
Makin Parah, 20 Negara Umum Kes Pertama Virus Covid-19
Wabak virus Covid-19 yang tercetus di China dilihat semakin memburuk selepas kes positif pertama dicatatkan di beberapa negara Eropah dan Timur Tengah pada penghujung bulan ini. BREAKING: First case of coronavirus in Nigeria — The Spectator Index (@spectatorindex) February 28, 2020 BREAKING: First case of coronavirus in Lithuania — The Spectator Index (@spectatorindex) February 28, […]
(Video) Paus Francis Jatuh Sakit Selepas Pertemuan Nyatakan Sokongan Pesakit Coronavirus
Paus Francis telah membatalkan rancangannya untuk berkunjung ke Rom kerana tidak sihat, lapor Vatican. Paus yang berumur 83 tahun itu memilih untuk tinggal di dalam Santa Marta, hotel Vatican yang didiaminya, kata wakilnya Matteo Bruni. “Semua komitmen lain akan diteruskan seperti biasa.” Pembatalan tersebut dibuat sehari selepas Paus Francis dilihat menyentuh salah seorang pengunjung yang […]

(Video) Covid-19: Jururawat Ini Hanya Mampu Cium Anak Melalui Cermin Lepas 26 Hari Terpisah
Seorang jururawat di China hanya dapat cium anaknya melalui cermin sahaja selepas 26 hari tidak bertemu kerana bimbang anaknya dijangkiti Covid-19. Beliau yang bertugas di salah sebuah hospital di China, terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 1 tahun selama hampir sebulan kerana tugas sebagai jururawat. Chen Ruixue adalah salah seorang dari ribuan jururawat di China […]
“29 Tentera Mati Syahid,” Serangan Udara Rusia Korbankan Tentera Turki Di Syria
Dua puluh sembilan tentera Turki terbunuh dalam serangan udara yang didakwa dilancarkan Rusia malam tadi di Syria. Gabenor, Hatay Doga, mengatakan bahawa tentera telah diserang di Idlib sehingga menyebabkan dua puluh sembilan tenteran telah ‘mati syahid’. Dua puluh sembilan tentera ‘mati syahid’ Awal petang semalam, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa Turki secara haram menghantar drone mogok […]
Selepas Timbalan Menteri Kesihatan, Kini Timbalan Presiden Iran Pula Positif Covid-19
Timbalan presiden Iran disahkan positif Covid-19, lapor portal Independent. Masoumeh Ebtekar merupakan antara 254 warga Iran yang telah dijangkiti virus tersebut di mana 26 daripada mangsa telah meninggal dunia. Masoumeh yang memegang portfolio Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sebelum ini dikenali sebagai jurucakap berbahasa Inggeris ketika krisis diplomatik 444 hari susulan penawanan kedutaan Amerika Syarikat […]
Berlumuran Darah, Nenek Cedera Teruk Dipercayai Dibelasah Cucu Mabuk
Dipercayai akibat mabuk, seorang cucu di Thailand sanggup membelasah neneknya yang tidak mempunyai kudrat untuk melawan. Menurut Ake Srisuwan, dia telah terjumpa dengan wanita malang itu yang terpaksa tidur di tepi jalan. “Ini salah minuman keras, mabuk dan hilang kesedaran. Walaupun nenek sendiri, dia boleh belasah sampai macam ni,” tulis Ake. “Mata bengkak, lengan kanan […]
Lelaki Pesakit Mental ‘Tercekik’ ‘Kunci Mangga’ Setelah Keluarga Terlepas Pandang
Doktor terpaksa melakukan satu pembedahan kecemasan selepas seorang lelaki menelan sebuah mangga yang kemudiannya tersangkut di tekak. Lelaki berusia 22 tahun dan juga merupakan seorang pesakit mental itu telah menelan sebuah mangga ketika keluarganya sedang terleka. Tersedar dengan keadaannya itu, keluarganya bertindak membawanya ke hospital yang terletak di bandar Ranchi. Doktor terpaksa melakukan pembedahan selama […]

Covid-19: Kapal Persiaran Mexico Akhirnya Berlabuh, Pesakit Positif Hanyalah Selsema Biasa
Sebuah kapal pelayaran dengan lebih daripada 6,000 orang anak kapal telah diberikan kebenaran pada hari Rabu untuk berlabuh di Mexico selepas penumpang dilarang untuk masuk ke dua pelabuhan Caribbean kerana takut kepada ancaman terhadap Koronavirus. Operator pelayaran global MSC Cruises berkata bahawa pihak berkuasa Mexico meluluskan kapal MSC Meraviglia ke dok di Cozumel. Kapal yang […]

COVID-19: Lithuania Isytihar Darurat
VILNIUS, 27 Feb (Bernama) — Pihak berkuasa Lithuania pada Rabu mengisytiharkan darurat sebagai persediaan berdepan kemungkinan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. “Darurat diisytiharkan sebagai langkah pencegahan,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Algirdas Seselgis, memetik media tempatan. Langkah mengisytiharkan darurat membolehkan tindakan pencegahan dapat diselaras dengan lebih berkesan selain memastikan pengurusan kemudahan perubatan lebih tersusun, kata […]

Lelaki Dedah ‘Sengsara’ Ibu ‘Dibakar’ Hidup-Hidup Ketika Rusuhan Di Delhi Memuncak
Penduduk Muslim mengosongkan rumah mereka pada petang Selasa lalu selepas menghadapi serangan oleh para perusuh yang melaungkan ‘Jai Shri Ram’. Pada sekitar tengah hari pada 25 Februari, ketika seorang anak lelaki membeli susu untuk keluarganya , dia menerima panggilan daripada anaknya yang lebih muda. Segerombolan orang-orang yang bersenjata iaitu sekitar 100 orang telah memasuki lorong […]
Dituduh Curi Duit, Bapa Jadikan ‘Ugutan’ Untuk Rogol Anak Tiri Berkali-Kali Hingga Hamil
Seorang lelaki di Kampung Pandiangan, Daerah Lae Parira, Kabupaten Dairi ditangkap oleh pegawai Polis Daerah Dairi kerana didapati merogol anak tirinya yang berusia 15 tahun hingga menyebabkan remaja itu hamil enam bulan. Lelaki berusia 45 tahun itu telah beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu sejak anak tirinya berumur 13 tahun. “Berdasarkan hasil pemeriksaan perubatan, remaja […]
Geram Anak Kencing Atas Tilam, Ibu Rendam Kepala Bayi 2 Tahun Hingga Mati
Seorang ibu dua anak dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun kerana didapati bersalah melemaskan anak perempuannya yang berusia dua tahun dengan memegang kepala anaknya dan memasukkannya ke dalam air hampir empat tahun yang lalu. Wanita 28 tahun itu telah disabitkan kesalahan pada bulan Jun 2019 berkenaan dengan pembunuhan dan dua tuduhan bertindak dengan cara yang […]

Osaka: Bekas Pesakit COVID-19 Dijangkiti Semula
OSAKA, 27 Feb (Bernama) — Seorang bekas pesakit COVID-19, disahkan dijangkiti semula virus itu, lapor Jiji Press memetik kerajaan wilayah Osaka pada Rabu. Pesakit itu seorang konduktor bas pelancongan berusia 40-an. Wanita berkenaan mula disahkan dijangkiti penyakit itu pada 29 Januari selepas mengendalikan kumpulan pelancong termasuk dari Wuhan China, tempat wabak itu mula menular. Selepas keadaannya […]