Berita›Luar Negara

Brazil Sahkan Kes Pertama COVID-19
SAO PAULO, 27 Feb (Bernama) — Pihak berkuasa kesihatan Brazil pada Rabu mengesahkan kes pertama COVID-19, lapor agensi berita Xinhua. Menteri Kesihatan Brazil Luiz Mandetta berkata pada sidang akhbar, seorang lelaki berusia 61 tahun didapati positif COVID-19, kes pertama disahkan di Amerika Latin. Pesakit itu tiba di Sao Paulo minggu lalu selepas mengunjungi Perancis dan […]

Hospital Di Indonesia Nafi Kematian Pesakit Yang Dikuarantin Disebabkan Oleh Covid-19
Seorang pesakit lelaki yang disyaki dijangkiti COVID-19 meninggal dunia pada 23 Februari lalu di Hospital Besar Pusat Kariadi di Semarang, Jawa Tengah setelah dirawat di ruang kuarantin selama hampir seminggu. Pesakit tersebut dilaporkan kembali ke Indonesia pada 12 Februari dari Sepanyol melalui Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan mempunyai simptom penyakit itu selepas ketibaannya termasuk […]
Hanya Kerana Lambat Siapkan Pakaian, Gadis Tergamak Tendang Kepala Ibu Sendiri
Hanya kerana benda remeh remaja perempuan berusia 17 tahun dari Desa Tuatuka, Kupang, Indonesia sanggup memukul serta menendang ibu kandungnya sendiri secara berulang kali. Ibu kepada remaja itu dilaporkan dianiaya dengan cara ditendang dan dipukul di bahagian kepala serta punggung secara berulang kali. Aksi penganiayaan itu kemudiannya dirakam oleh seseorang. Video tersebut telah menjadi tular […]
Keluarga Mentua Pulang Ke Malaysia, Ibu Ashraf Titip ‘Pesan’ Buat BCL dan Noah
Pada hari kelapan pemergian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari (BCL) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mertuanya yang pulang semula ke Malaysia. Ibu Ashraf Sinclair, Khadijah Sinclair, kelihatan mengucapkan selamat tinggal kepada menantunya dan juga kepada semua rakyat Indonesia. Menerusi posting yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya, Khadijah Sinclair berkongsi satu gambar yang menunjukkan dia […]

Lima Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Kilang Arak Milwaukee
Lima pekerja terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di kompleks Molson Coors di Milwaukee Menurut CNN, Ketua Polis, Alfonso Morales memberitahu kepada pemberita bahawa penembak disyaki seorang lelaki berusia 51 tahun dari Milwaukee meninggal dunia akibat luka tembakan sendiri. “Ia adalah satu hari yang dahsyat untuk para pekerja di sini, hari ini sangat sukar […]
Terganggu Dengan Kecederaan, Maria Sharapova Umum Bersara Dalam Dunia Tenis
Maria Sharapova telah mengumumkan persaraannya dalam dunia tenis pada usia 32 tahun dalam satu laporan yang ditulis untuk Vogue and Vanity Fair. Juara lima kali Grand Slam itu terpaksa menarik diri daripada dunia tenis selepas menyatakan bahawa beliau sering terganggu dengan kecederaan bahu yang dialaminya. “Bagaimanakah anda meninggalkan satu-satunya kehidupan yang anda tahu? Bagaimanakah anda […]

Yatim Piatu Sekelip Mata, Warganet Prihatin Sumbang Bantuan Kepada 6 Beradik
Kisah enam adik beradik kandung di perkampungan Kota Balikpapan, Kalimantan Timur mengundang empati dan simpati dari banyak pihak. Enam adik beradik tersebut menghadapi episod pilu setelah ayah dan ibu mereka meninggal dunia hampir pada masa dan hari yang sama. Wujudnya satu ‘gerakan’dari warganet dan rakyat di negara itu untuk mengumpul dana bagi membantu anak-anak tidak […]

Pekerja Alami Simptom COVID-19, Pejabat Canary Wharf Di London ‘Dikunci’
Beratus-ratus kakitangan di sebuah pejabat di Canary Wharf di London dihantar pulang ke rumah dalam situasi di tengah-tengah ketakutan terhadap koronavirus. Firma tenaga Chevron telah bertanya kepada kira-kira 300 pekerjanya untuk bekerja secara jarak jauh di masa hadapan selepas ada pekerja yang dilaporkan mempunyai simptom-simpton selsema selepas pulang dari negara yang dijangkiti oleh virus bahaya […]
Covid-19: Arab Saudi Hentikan Sementara Kemasukan Jemaah Umrah
Pihak Arab Saudi telah menghentikan sementera kemasukan jemaah untuk memasuki negera tersebut untuk. mengerjakan umrah. Ianya bertujuan untuk menangani isu wabak COVID-19. Kementerian Luar Negeri Arab Saudi telah mengumumkan hal ini di laman Twitter rasmi pada Khamis yang lalu. Penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah. Kerajaan Arab juga telah melakukan penggantungan […]
Kaku Dalam Pelukan Ayah, Bayi Syria 18 Bulan Meninggal Dunia Kebekuan
Kaku dalam pelukan ayah. Dalam cuaca bersalji, seorang lelaki mendukung bayinya yang berusia 18 bulan untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan bagi penyakit bronkitis dihidap si kecil itu. Namun malangnya, mereka tidak sempat tiba. Anak kecil itu akhirnya kaku, meninggal kesejukan dalam pelukan si ayah. Tular gambar menyayat hati anak kecil itu yang berbalut kain […]

COVID-19: Syarikat Penerbangan Perlu Kurangkan Promosi Kekang Penularan – TPM Thai
BANGKOK, 26 Feb — Syarikat penerbangan disaran mengurangkan jualan dan promosi murah terutamanya ke negara-negara yang dilanda COVID-19 bagi mengekang penularan virus berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kesihatan Awam Thailand, Anutin Charnvirakul. Beliau juga menggesa warga Thailand agar mengelakkan perjalanan tidak perlu ke negara-negara yang dilanda virus itu, sebaliknya melancong di dalam negara […]
(Video) Tak Sedar ‘Filter’ Terpasang, Wartawan Kena Gelak Ketika ‘Live’ Berita Penting
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ‘live’ buat orang terhibur. Seorang wartawan stesen televisyen luar negara, Justin Hinton membuatkan orang ramai tertawa melihat wajahnya. Apa tidaknya, sepanjang lintas langsung di televisyen, wajahnya ‘terhias’ dengan ‘filter’ lucu yang menggelikan hati. Menurut Justin, dia secara tidak sengaja telah mengaktifkan filter sebelum membuat ‘live’ di Facebook mengenai salji di […]

Covid-19: Dua Negara Tak Benarkan Berlabuh, Lagi Kapal Persiaran Terpaksa Berlayar Tanpa Arah
Berikutan kebimbangan kes melibatkan kapal persiaran Princess Diamond berulang, kerajaan Jamaica dan pemerintah Pulau Cayman tidak membenarkan sebuah lagi kapal persiaran, Meraviglia daripada berlabuh di pelabuhan kedua-dua negara tersebut. Ia berikutan laporan yang menyebut terdapat kes dengan simptom-simptom influenza di atas kapal tersebut. Menurut The New York Times, Meraviglia membawa seramai 4,500 penumpang dan 1,600 […]
Pihak Penentang Bawa Rod Besi, Batu Bata Serang Rumah Orang Islam Di New Delhi, 25 Orang Maut
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam satu pertempuran selama tiga hari di New Delhi tercetus apabila negara tersebut menerima kunjungan daripada Presiden Donald Trump ke India. Angka kematian dijangka akan meningkat apabila hospital dikatakan penuh dengan mangsa yang cedera parah. Ketua Menteri New Delhi, Arjind Kerjiwal berkata kerajaan te;ah menghantar pasukan tentera ke daerah-daerah yang terlibat […]

Penduduk Hong Kong Terima Lebih RM6000 Sebagai Bantuan Ringankan Beban
Hong Kong akan memberikan wang tunai kepada penduduk tetap dewasa bagi membantu meningkatkan perbelanjaan dan meringankan beban kewangan. Sebagai sebahagian daripada belanjawan tahunan, 10,000 dollar Hong Kong (RM6,000) diumumkan akan diberi kepada kira-kira tujuh juta orang yang berusia 18 tahun. Bandar ini mempunyai 81 kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 dengan dua kematian direkodkan. “Ekonomi Hong […]

Lelaki Dipercayai Pukul Pemandu Ambulans Ketika Sedang Bergegas Nak Hantar Jenazah
Seorang pemandu ambulans telah dianiaya oleh seorang pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab saat membawa jenazah dipercayai untuk urusan pengebumian. Video yang tular tersebut dikongsi daripada laman Instagram. Satu kapsyen telah dimuatnaik dalam perkongsian tersebut. “Tidak sepatutnya bertindak memukul pemandu ambulans tersebut kerana ambulans tersebut sedang membawa satu jenazah serta siren sedang berbunyi. Apapun terjadi, […]
(Video)“Delhi Sedang Terbakar,” Masjid Dibakar Sebagai ‘Amaran’ Protes Berterusan Di New Delhi
Keganasan yang berlaku di utara-timur Delhi sejak Isnin lalu memperlihatkan 13 orang termasuk Ketua Polis Delhi terbunuh dan beberapa lagi dilaporkan cedera. Kedai-kedai dan kenderaan telah dibakar apabila kumpulan orang ramai yang mengamuk di Maujpur, Jafrabad dan kawasan-kawasan lain di Timur Laut Delhi. Menurut laporan Al Jazeera, sebuah masjid juga telah dibakar di ibu kota […]

Wabak COVID-19 Masih Berterusan, Olimpik Tokyo 2020 Mungkin Akan Dibatalkan
Seorang anggota kanan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata pada Selasa lalu bahawa terlalu berbahaya untuk mengadakan sukan Olimpik di Tokyo pada musim panas ini kerana wabak koronavirus. Penganjur lebih cenderung untuk membatalkan acara tersebut daripada menangguhkan atau memindahkannya. Bekas juara renang Kanada yang pernah berkhidmat di IOC sejak tahun 1978, Dick Pound, menganggarkan ada lebih kurang […]

Covid-19: Seorang Pekerja Hotel Disahkan Positif Selepas 8 Kali Disahkan Negatif
Seorang pekerja hotel di China telah didiagnosis dengan virus Covid-19 selepas lapan ujian yang dilakukan terhadapnya secara berturut-turut gagal untuk mengesan keadaannya semasa dia dikuarantin, lapor Daily Mail. Menurut Daily Mail, wanita yang berumur 56 tahun itu telah dimasukkan ke wad pengasingan awal bulan ini selepas salah seorang rakannya dijangkiti dengan virus maut tersebut. Dia telah disahkan […]
(Video) Hampir 800 Ribu Pengikut Dalam Sehari, ‘Debut’ Pertama Cristiano Jr Di IG Tarik Perhatian Dunia
Anak lelaki sulung Cristiano Ronaldo telah mengumpulkan hampir 800,000 pengikut Instagram kurang dari 24 jam selepas menyertai platform perkongsian foto tersebut. Dikenali juga dengan Cristiano Ronaldo Jr, dia yang berumur sembilan tahun itu memikat hati peminat dengan memperkenalkan dirinya dalam empat bahasa sekaligus membuktikan dirinya sebagai ‘ahli’ linguistik yang mahir dengan memperkenalkan dirinya dalam bahasa […]