Berita›Politik
Muhyiddin Pengerusi Mesyuarat Khas Kabinet, Dipercayai Bincang Isu-isu Semasa
PUTRAJAYA, 23 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di sini, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. Kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang dijangka bermula 9.30 pagi. Beberapa kenderaan yang dinaiki […]
Beberapa Orang Terbunuh Dalam Keganasan Pasca-Pilihan Raya Guinea
ANKARA, 22 Okt — Beberapa individu, termasuk seorang pegawai polis, terbunuh dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan berikutan pengumuman keputusan sementara pemilihan presiden Guinea, lapor agensi Anadolu memetik laporan media tempatan pada Khamis. Keputusan itu menunjukkan Presiden yang berkuasa, Alpha Conde mendahului, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Nasional (CENI). Mamadou Camara, jurucakap polis, berkata seorang […]
Sultan Selangor Dukacita Kebanyakan Ahli Politik Tidak Peduli Masalah Rakyat
SHAH ALAM, 20 Okt — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap kemelut politik negara yang tiada berkesudahan sehingga menimbulkan keresahan rakyat. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Muhamad Munir Bani berkata baginda turut berdukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat, ditambah dengan kedudukan ekonomi mereka […]
Jangan Sampai Rakyat Bencikan Ahli Politik – Mufti Perlis
KANGAR, 20 Okt (Bernama) – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 daripada sibuk berebut kuasa. “Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pandemik ini (COVID-19). “Nasihat saya […]

Tun Mahathir, Anwar Diharap Ketepikan Perbezaan Politik Demi Negara – Khalid Samadd
IPOH, 17 Okt (Bernama) — Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad hari ini meluahkan harapan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan negara. Katanya kedua-dua pemimpin itu wajar duduk semeja dan berunding bagi kebaikan negara selain merapatkan kembali Pakatan Harapan (PH). “Jurang perbezaan antara mereka ini bagi […]
Wang Dilaporkan Ditemui Dalam Seluar Dalam, Senator Brazil Dipaksa Letak Jawatan
Penggubal undang-undang Brazil, Senator Chico Rodrigues dipaksa meletak jawatan semalam selepas pihak polis menemui wang tunai tersembunyi di dalam seluar dalam ketika menggeledah rumahnya. Menurut Bernama, serbuan itu merupakan sebahagian daripada siasatan ke atas tuduhan penyalahgunaan 20 juta reais (sekitar RM 14.8 juta) dana awam bagi tujuan memerangi koronavirus. Sebanyak 30,000 reais (kira-kira RM22,215) telah […]
Tun Mahathir Kemuka Usul, Dakwa Perdana Menteri Sudah Tiada Keyakinan Majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat
Sekali lagi keadaan politik negara kita kelihatan bergolak ketika negara sedang menghadapi gelombang ketiga Covid-19. Selepas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti yang kukuh dan meyakinkan Menerusi satu kenyataan daripada Tun Dr Mahathir tentang usul yang dikemukan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang mendakwa Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhydiin […]
Tarikh Anwar Ibrahim Dipanggil Beri Keterangan Belum Dimuktamad – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 15 Okt – Polis Diraja Malaysia masih belum memuktamadkan tarikh untuk mengambil keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baharu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baharu untuk memanggil Anwar. “Bukan esok (Anwar) dipanggil,” katanya ringkas kepada Bernama. Hari ini, […]
Tengku Razaleigh Dipanggil Menghadap Agong Untuk Beri Pandangan -Setiausaha Politik
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara semalam atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat. Setiausaha Politik Tengku Razaleigh, Mohd Lokman Ghani berkata pertemuan itu adalah atas perkenan Al-Sultan Abdullah untuk mendapatkan pandangan […]

Sesi Guan Eng, Mat Sabu Menghadap Agong Ditangguh
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Sesi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohammad Sabu menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara yang masing-masing dijadual pada hari ini dan Rabu depan, ditangguhkan. Dalam kenyataan kedua-dua pemimpin itu hari ini, mereka memberitahu mendapat makluman penangguhan tersebut daripada […]
TERKINI: UMNO Pertimbang Tarik Diri Dari Menyokong Perikatan Nasional – Ahmad Maslan
Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan dalam satu kenyataan berkata parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN). Menurutnya lagi, parti turut akan mengemukakan syarat baru kepada PN bagi meneruskan kerjasama politik, secara bertulis dalam masa terdekat. Selain itu, kenyataan media tersebut turut menyebut UMNO juga mencadangkan agar pendaftaran Muafakat Nasional (MN) […]
SPR Disaran Perketat SOP Semasa Adakan PRK Batu Sapi
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memperketatkan lagi prosedur operasi standad (SOP) sedia ada, semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak penularan wabak COVID-19. Muhyiddin berkata mengambil kira pengalaman pelanggaran SOP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini, […]

TERKINI: Anwar Dakwa Telah Mempersembahkan Kepada Agong Dokumen Sahih Mengenai Majoriti Kukuh & Meyakinkan
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau telah mempersembahkan dokumen yang sahih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Perkara ini diumumkan dalam satu sidang media pada hari ini. Terdahulu, kehadiran Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu dinantikan pengamal media yang telah berkumpul di sekitar pintu utama Istana […]
Trump Umum Bakal Bawa Pulang Semua Tentera AS Di Afghanistan Sebelum Krismas
Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump dilaporkan mengumumkan untuk menarik semula tentera AS yang berbaki di Afghanistan sebelum Krismas hadapan. Berdasarkan ciapannya di Twitter sebentar tadi, Trump berkata, “Kita perlu para lelaki dan wanita kita yang berani yang masih berbaki di Afghanistan untuk pulang menjelang Krismas!” Menurut Forbes, gerakan itu dipercayai bakal dilaksanakan dengan syarat […]

(Video) ADUN Kota Damansara Dan Isteri Serta Dua Anaknya Positif Covid-19
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor memaklumkan bahawa beliau serta beberapa ahli keluarganya disahkan positif Covid-19. Perkara ini disampaikan oleh beliau sendiri di dalam satu rakaman video yang dikongsikan menerusi Facebook rasminya hari ini. Menurut beliau, pada mulanya isterinya telah disahkan positif Covid-19 pada 30 September lalu dan telah dimasukkan ke Hospital […]
Hanya Pemimpin Bertaraf Menteri & Setaraf Luar Negara Dibenarkan Masuk Ke Malaysia Untuk Lawatan Kerja -Ismail Sabri
Putrajaya, 3 Oktober – Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, lawatan melibatkan pimpinan luar negara dan sebaliknya dibenarkan mengikut SOP tertentu. “Kita mempunyai hubungan dengan negara luar. Ramai pemimpin luar terpaksa datang ke negara untuk rundingan dan pelbagai perkara berkaitan. Kita tidak menyekat sebagai sebuah negara yang bersahabat dengan seluruh negara luar. “Kita […]
(Video) Hajiji Noor Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Ke-16, Bung Moktar Antara 3 ADUN Angkat Sumpah Sebagai Timbalan KM
Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 bertempat di Istana Negeri Sabah hari ini. Datuk Hajiji Noor angkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16#PRNSabah #PRNSabahBernama #SabahElection2020 pic.twitter.com/Ao7bVIlQB9 — BERNAMA (@bernamadotcom) September 29, 2020 Latar belakang Beliau yang berasal dari Kampung Serusop, Tuaran itu merupakan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi […]
GRS Namakan Hajiji Noor Sebagai Ketua Menteri Sabah Yang Baharu
KOTA KINABALU, 28 Sept — Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu. Hajiji yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengesahkan perkara itu dan beliau akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri pada 10.30 pagi esok. “Saya ingin memaklumkan […]
Isu GRS Belum Berdaftar Bukan Masalah – Saifuddin
KUANTAN, 27 Sept – Isu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan gabungan politik yang berdaftar tidak menjadi masalah kepada kemenangan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam, kata Datuk Saifuddin Abdullah. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia itu, ini kerana semua calon GRS yang bertanding pada PRN tersebut menggunakan simbol parti yang berdaftar iaitu Perikatan Nasional (PN), […]

TYT Negeri Sabah Minta Tempoh Tentukan Ketua Menteri Yang Baharu – Bung Moktar
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar ketika bergerak keluar dari Istana Negeri Sabah mengatakan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin minta tempoh untuk menentukan Ketua Menteri Sabah yang baharu. Tambah Bung ketika ditanya soalan bertalu-talu dari wartawan yang mengerumuni kenderaan beliau, perkara ini akan ditentukan secepat yang […]