Berita›Politik
Malaysia Undi & Sokong Resolusi “Tindakan Keganasan Ke Atas Ukraine” Oleh PBB
Kementerian Luar Negeri memaklumkan bahawa Malaysia telah menyatakan sokongan dan membuat undian ke atas resolusi ‘Tindakan keganasan ke atas Ukraine’ dalam perhimpuan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2 Mac. Menurut kementerian itu, sokongan itu dinyatakan atas pendirian berprinsip negara yang menghormati kedaulatan, kemerdekaan serta integriti wilayah sesebuah negara yang amat penting kepada Malaysia, walaupun […]
Kerajaan Malaysia Tidak Iktiraf Tuntutan Mereka Didakwa Pewaris Sultan Sulu
PUTRAJAYA, 2 Mac (Bernama) — Kerajaan Malaysia menolak sepenuhnya tuntutan pampasan berjumlah US$14.92 bilion (RM62.6 bilion) yang diputuskan menerusi prosiding timbang tara di Paris kepada pihak yang mendakwa sebagai keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II . Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar dan Jabatan Peguam Negara pada Rabu, kerajaan Malaysia tidak […]
“Lebih Banyak Pasukan Akan Dikerahkan…,” Tentera Belarus Dilapor Telah Memasuki Ukraine
“Tindakan Untuk Hentikan Provokasi,”, Tentera Belarus Dilapor Memasuki Sempadan Ukraine Pihak berkuasa Ukraine mendakwa bahawa tentera Belarus telah memasuki wilayah Chernihiv di utara negara itu untuk menyertai pencerobohan yang dilakukan oleh Rusia. Memetik laporan Independent, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh Parlimen Ukraine pada hari ini selepas media tempatan membuat laporan awal mengenai kejadian tersebut. “Tentera […]
Pertama Kali Sejak Januari Lalu, Korea Utara Dilapor Lancar Ujian Peluru Berpandu Balistik
Korea Utara dilaporkan telah melancarkan peluru berpandu balistik di luar pantai timur Semenanjung Korea pada Ahad, lapor CNN. Menurut Ketua Turus Bersama Korea Selatan, peluru berpandu itu ditembak dari kawasan Sunan di Korea Utara pada sekitar 7.52 pagi waktu tempatan. Sementara itu, Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi berkata Korea Utara melancarkan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu […]
PRN Johor: Saingan Enam Penjuru Di DUN Larkin
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin menyaksikan saingan sengit enam penjuru dengan lima daripadanya merupakan muka baharu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Mereka ialah calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah, Mohamad Riadz Mohamad Hashim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), […]
AS Dakwa Putin Beri Arahan Kepada Tentera Untuk Teruskan Pencerobohan Di Ukraine
Pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah memberi arahan kepada tenteranya untuk meneruskan pencerobohan di Ukraine, lapor Daily Mail. Wartawan CBS News, David Martin berkata tentera Rusia bukan sahaja bergerak lebih dekat ke sempadan dan ke kedudukan serangan tetapi komander di darat juga sedang membuat rancangan khas untuk mereka bergerak […]
PRN Johor: Ceramah Dan Kempen Secara Fizikal, Ziarah Ke Rumah Dibenarkan – SPR
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi […]

“Boleh Minta Tolong Transfer Duit RM5,000?” Zahid Dakwa Akaun Telegram & WhatsApp Digodam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini memaklumkan bahawa akaun rasmi Telegram dan WhatsApp miliknya telah digodam. Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter miliknya sebentar tadi. Dalam pada itu, beliau berharap agar mana-mana rakan dan kenalannya yang menerima sebarang mesej tidak berkaitan untuk mengabaikan sahaja mesej tersebut. Katanya, beliau dalam […]

Desas-desus Perang Besar Bakal Tercetus, Ini Kronologi Krisis Russia – Ukraine
Keadaan di Ukraine dilihat semakin tegang apabila hampir-hampir 100,000 tentera negara jiran mereka iaitu Rusia sudah berada di sempadan negara itu. Pun begitu Rusia dilihat masih menafikan sebarang rancangan untuk menyerang Ukraine walaupun sudah terbukti bahawa tentera mereka sudah berada di sempadan Ukraine. Bagi mereka yang baru sahaja mendengar mengenai krisis ini, sudah pasti anda […]
Mungkin Boleh Berlaku Minggu Ini, Menteri UK Beri Amaran Perang Semakin ‘Hampir’ Di Negara Eropah
Menteri kerajaan United Kingdom (UK) dilaporkan telah memberi amaran bahawa negara-negara Eropah kini lebih hampir kepada peperangan berbanding sepanjang 70 tahun lalu, lapor The Guardian. Kebimbangan itu timbul susulan daripada kemelut yang berlaku di antara Rusia dan Ukraine di mana para pemimpin barat juga telah memberi amaran bahawa pencerobohan mungkin boleh berlaku awal minggu ini. […]
TERKINI: Tak Perlu Letak Jawatan, Langgar SOP Bukan Satu Jenayah – PM
Terkini, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak perlu meletakkan jawatannya walaupun didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Hal itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini. Memetik laporan terkini Awani, Ismail berkata bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah. […]
(Video) Didakwa Langgar SOP, Hishammuddin Mengaku Salah
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein reda dikenakan kompaun kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam program pelancaran Briged MIC Johor semalam. Beliau yang juga merupakan Bendahari Barisan Nasional (BN) menegaskan akan berdepan dan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukannya itu. “Saya terima dan saya akui sememangnya terdapat kelemahan dalam pematuhan SOP terutama di […]
PRN Johor: Tarikh Mengundi 12 Mac, Penamaan Calon Pada 26 Feb-SPR
JOHOR BAHRU, 9 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya itu ditetapkan pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac. Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR […]
Rayuan Khairy Berhubung Saman Fitnah Anwar Terhadapnya Ditolak
PUTRAJAYA, 7 Feb (Bernama) — Mahkamah Rayuan menolak rayuan Khairy Jamaluddin bagi mencabar saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya berhubung kenyataan beliau mengenai perlakuan tidak bermoral yang difailkan 14 tahun lepas. Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Darryl Goon Siew Chye dan Datuk Ghazali Cha dalam keputusan sebulat suara […]
Dakwaan PRN Johor Strategi Kluster Mahkamah Tidak Tepat – Annuar
JOHOR BAHRU, 29 Jan (Bernama) — Kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan antara strategi kluster mahkamah dan mereka yang kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak tepat, serta berkemungkinan tidak berasaskan maklumat yang sahih. Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa berkata […]
Syed Saddiq Sahkan MUDA Tanding PRN Johor
JOHOR BAHRU, 29 Jan (Bernama) — Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan parti itu akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata ia sekali gus menjadikan PRN Johor sebagai negeri pertama parti itu bertanding. “MUDA secara rasminya akan bertanding dalam PRN […]
(Video) “Jangan Lihat Dekat Parlimen Mana Yang Anda Kena Mengundi, Tapi….” Gadis Perjelas Apa Yang Berlaku Pada PRN Johor Kali Ini
Seperti yang sedia maklum, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar secara rasminya telah perkenan akan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 22 Januari baru-baru ini. Tidak lain tidak bukan, tujuan pembubaran DUN tersebut adalah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijangka bakal dilangsungkan kelak. Mungkin sesetengah daripada […]
Najib Akan Mohon Peguam Diraja Dari UK Untuk Rayuan Kes SRC
PUTRAJAYA, 24 Jan (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memohon Peguam Diraja dari United Kingdom untuk rayuannya bagi membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan. Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Andrin Kamarul berkata peguam utama […]
Esok Hari Penentuan Sama Ada Ahmad Dibebaskan Atau Perlu Membela Diri
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Keputusan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan dibebaskan atau diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB), akan diketahui esok. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah dijadualkan untuk menyampaikan keputusannya di penghujung kes pendakwaan […]

Polis Siasat Kes Pelanggaran S.O.P Di Sebuah Majlis Parti Politik
KUALA LUMPUR, 11 Jan – Polis telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 4, dalam sebuah majlis di Jalan Tun Ismail di sini pada Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di laman sosial […]