Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Dakwa Putin Beri Arahan Kepada Tentera Untuk Teruskan Pencerobohan Di Ukraine

Gambar Via Metro UK

Pihak perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin, telah memberi arahan kepada tenteranya untuk meneruskan pencerobohan di Ukraine, lapor Daily Mail.

Wartawan CBS News, David Martin berkata tentera Rusia bukan sahaja bergerak lebih dekat ke sempadan dan ke kedudukan serangan tetapi komander di darat juga sedang membuat rancangan khas untuk mereka bergerak dalam medan perang.

“Mereka melakukan apa sahaja yang akan dilakukan oleh komander AS sebaik sahaja mereka mendapat arahan untuk meneruskannya,” kata Martin.

Pendedahan Martin itu dibuat selepas Presiden Joe Biden berkata bahawa dia sangat pasti Putin telah membuat keputusan akan menyerang Ukraine berdasarkan ‘keupayaan perisikan yang ketara’.

Sementara itu, pegawai tertinggi hal ehwal luar AS memberi amaran pada Ahad bahawa tindakan Putin menunjukkan bahawa Rusia sangat serius untuk menyerang Ukraine, tetapi menegaskan kemungkinan tidak akan ada ancaman kepada tentera AS.

Setiausaha Pertahanan, Lloyd Austin pula berkata bahawa AS mempunyai keyakinan yang tinggi kepada perisikan mereka.

Katanya lagi, jika Rusia menyerang Ukraine, kemungkinan besar akan ada pergerakan pantas bagi Moscow untuk mencuba dan menawan ibu kota Kyiv.

“Anda boleh melihat sejumlah besar kuasa tempur bergerak dengan cepat untuk menakluk Kyiv,” dakwanya.

Sumber: Daily Mail