BeritaPolitik

Berita
28 Adun Johor Kekal Bersama PH
Johor Bahru: Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menegaskan 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pakatan itu terus kekal bersama PH. Dalam satu kenyataan ringkas sebentar tadi, PH turut mengambil maklum pelantikan Datuk Hasni Mohammad iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, sebagai Menteri Besar negeri itu yang ke-18. ”Kami berpandangan bahawa keadaan buntu ini […]
Berita
Anwar Dakwa Masih Ada Sokongan Yang Mencukupi
Kuala Lumpur: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini mendakwa bahawa beliau masih mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menghidupkan semula kerajaan Pakatan Harapan (PH). Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam ini menerusi akaun Twitter @anwaribrahim, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyatakan bahawa ahli parlimen yang berikrar untuk menyokong beliau telah berbuat […]
Berita
Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Johor Dapat MB Baharu
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Persidangan Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan Isnin ini bagi memilih Perdana Menteri Kelapan untuk menyelesaikan krisis politik negara ekoran kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berlangsung. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan itu tidak […]
Berita
ADUN & 3,144 Ahli Parti Keadilan Rakyat Libaran Umum Keluar Parti
SANDAKAN, 28 Feb (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik, Jaffari Waliam, mengumumkan keluar bersama-sama 3,144 ahli daripada 23 ranting PKR di cabang Libaran hari ini. Jaafari, yang juga Ketua Cabang PKR Libaran, berkata 32 daripada 38 ahli jawatankuasa cabang itu turut melepaskan jawatan masing-masing dan keluar daripada parti itu. Beliau berkata cabang PKR […]
Berita
Media Berkampung di Perkarangan Kediaman Muhyiddin Yaasin
Kronologi semasa kemelut politik yang melanda negara Malaysia telah mula menampakkan jalan penyelesaian oleh beberapa parti politik mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8. Beberapa Ahli Parlimen dilihat memasuki kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara susulan spekulasi bahawa dia memiliki majoriti untuk menjadi perdana menteri seterusnya. Antara yang kelihatan ialah Presiden Parti […]
Berita
SPR Bersedia Laksanakan Pilihan Raya, Kos Sehingga RM 800 Juta
Putrajaya, 28 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kos pilihanraya umum adalah antara RM750 juta hingga RM800 juta. Menurut Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, mereka bersedia untuk menganjurkan pilihanraya berkenaan dalam tempoh 60 hari jika Parlimen dibubar. “Dalam hal ini, SPR bersedia melaksanakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari berdasarkan Perkara 55(4) Perlembagaan […]
Berita
PAS, UMNO Sokong Pencalonan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri Ke-8
UMNO dan PAS dalam satu kenyataan media menyatakan sokongan kepalda pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8. Melalui kenyataan yang sama juga, semua 57 ahli Parlimen UMNO dan PAS sepakat untuk memberikan sokongan sepenuhnya terhadap pencalonan tersebut. Muhyiddin Yassin sebelum ini menjawat jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan yang […]
Berita
BERSATU Sah Calonkan Muhyiddin Yassin Jadi Perdana Menteri Ke-8
Kuala Lumpur, 28 Feb – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri parti itu. Pemilihan itu dimuatnik Setiausaha Agung PPBM, Dato’ Wira Marzuki Yahya dalam laman Facebook mereka. “Mesyuarat Ahli-Ahli Dewan Rakyat BERSATU pada hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan YB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Mohd Yassin, […]
Berita
Pengerusi UMNO Negeri Dilantik Menteri Besar Johor Yang Baharu
Terbaru, Dato’ Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor di hadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (28 Februari). Berangkat sama, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut yang juga Pengerusi UMNO Negeri Johor itu menerima surat tauliah pelantikan dan […]
Berita
Ketua-Ketua Pimpinan Parti Diberi Peluang Kemuka Nama Calon Sebagai Bakal PM – Istana negara
Sejurus selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu berakhir, Dato’ Ahmad Fadil bin Shamsuddin selaku Datuk Pengelola Bijaya Diraja mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi pihak Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Seri Paduka baginda menzahirkan penghargaan dan […]
Berita
Tiada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat 2 Mac Ini – YDP Dewan Rakyat
Selepas pengumuman Tun Mahathir dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 semalam, Tun Mahathir ada menyatakan bahawa 2 Mac 2020 (Isnin) akan diadakan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat untuk menentukan siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-8. Namun, hari ini, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff Bin Md Yusuff mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mesyuarat Dewan rakyat itu tidak akan […]
Berita
Dr Mahathir Bertemu Ahli Parlimen Bersatu Di Yayasan Al-Bukhary
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berada di Bangunan Yayasan Al-Bukhary, di sini, dipercayai untuk bertemu dengan anggota Parlimen parti berkenaan. Perdana Menteri Interim, tiba di pejabatnya itu pada pukul 9.12 pagi, dengan menaiki Mercedes bernombor pendaftaran Rimau 1925, yang dilihat memasuki perkarangan bangunan itu […]
Berita
Raja-Raja Melayu Mula Tiba Di Istana Negara
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Raja-raja Melayu mula tiba di Istana Negara hari ini, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja. Kenderaan rasmi dari Istana Johor antara terawal dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 9.28 pagi, dipercayai membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Mesyuarat itu yang dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa tanah air dijangka bermula pada 11.30 […]
Politik
Mesyuarat Majlis Raja-Raja: Bubar Atau Teruskan Kerajaan Baharu Mungkin Dipertimbangkan Hari Ini
KUALA LUMPUR, 28 Feb – Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah. Episod demi episod yang berlaku saban hari sejak Ahad lepas, dilihat seperti akan berpanjangan. Hari ini Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat. Keputusan daripada mesyuarat ini pastinya penting, antaranya difahamkan berhubung situasi politik terkini negara, termasuk kemungkinan […]
Berita
(Video) Muafakat Nasional Bersiap Sedia Untuk Pilihanraya
Kuala Lumpur, 27 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyatakan Muafakat Nasional mula bersedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 yang mungkin diadakan. Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas perhimpunan khas bersama 180 Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. “Perhimpunan pada hari ini adalah untuk membolehkan ibu pejabat parti mengeluarkan […]
Berita
Pengumuman PM Interim Panggil Sidang Parlimen Pilih Perdana Menteri Baharu Cabar Hak, Kuasa Agong- Majlis Presiden PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan sebentar tadi dalam satu sidang media memaklumkan pendirian bahawa tidak wajar untuk seorang Perdana Menteri Interim mendahului titah Seri Yang Dipertuan Agong dipercayai dalam hal melibatkan pelantikan Perdana Menteri yang baharu. Kenyataan itu turut menjelaskan pendirian Majlis Presiden PH bahawa hak dan kuasa melantik seorang Perdana Menteri terletak di tangan Yang […]
Berita
Kemelut Politik: Apa Yang Telah, Sedang & Akan Berlaku Rakyat Malaysia Kena Tahu
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Berikut adalah ringkasan peristiwa yang telah, sedang dan akan berlaku di Malaysia susulan cubaan mengatur semula landskap politik negara. Apa yang telah berlaku 21 Feb: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk memberi beliau masa bagi menetapkan tarikh peletakan jawatan sebagai perdana menteri sebelum menyerahkan kuasa kepada penggantinya. Beliau berulang […]
Politik
TERKINI: Pilihan Raya Tergempar Akan Diadakan Jika Dewan Rakyat Gagal Pilih PM Baharu
Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi memaklumkan Persidangan Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac ini bagi memilih Perdana Menteri yang baharu. Bagaimanapun katanya, Pilihan Raya Tergempar akan diadakan sekiranyan persidangan tersebut gagal memilih Perdana Menteri baru. Mahathir juga berkata, Yang Dipertuan Agong mendapati tiada mana-mana pihak mempunyai majoriti ketara ketika ini. […]
Berita
TERKINI: BERSATU Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri
Kuala Lumpur, 27 Feb – Tun Dr Mahathir berkata akan menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika beliau mendapat sokongan majoriti. Dalam satu sidang media, Tun Dr Mahathir berkata terdapat kemungkinan Muhyiddin bakal dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri. “Jika semua orang memilihnya, saya okay,” katanya. “Jika dia ke parlimen dan diberi majoriti […]
Berita
TERKINI: Persidangan Dewan Rakyat Tentukan PM Baru 2 Mac Ini
PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) — Persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana menteri interim itu berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan. ”Pilihan raya mengejut akan diadakan sekiranya sesi Parlimen […]