Berita›Politik

Kerajaan Campuran Bersatu, PH Penyelesaian Terbaik Kemelut Politik Di Kedah
Alor Setar: Persepakatan antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pakatan Harapan (PH) di Kedah, adalah penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Datuk Johari Abdul menyifatkan, gandingan itu juga merupakan langkah tepat yang diputuskan demi kepentingan serta memenuhi mandat rakyat, pada pilihan raya umum yang […]
Perdana Menteri Interim, Pertama Kali Dalam Sejarah Malaysia
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pertama kali dalam sejarah, Malaysia mempunyai perdana menteri interim selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad menyandang kedudukan itu, selepas menerima peletakan jawatannya pada Isnin. Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin pada kira-kira jam 1 tengah hari dan pada jam 7.30 malam, beliau […]

Semua Ketua UMNO Bahagian Dipanggil Ke PWTC Petang Ini – Annuar Musa
Kuala Lumpur: Semua Ketua UMNO bahagian dipanggil menghadiri pertemuan khas di ibu negara hari ini. Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa memaklumkan melalui Twitter bahawa pertemuan itu akan diadakan pada 3 petang ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Sumber: Bernama
Kuasa Agong Tangani Krisis Politik Negara
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) — Keterampilan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Ketua Utama Negara Malaysia dan “Payung Negara” menjadi kunci utama meleraikan konflik politik yang sedang melanda negara. Beberapa perkembangan terkini menggoncang kepimpinan serta pentadbiran negara dengan yang paling mengejutkan, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 […]
“Jangan Bebani Rakyat Dengan Gelagat Buruk Dan Pengkhianatan Kita” – Dr Dzulkefly
Kemelut politik yang sedang melanda negara Malaysia ketika ini nampaknya telah menimbulkan pelbagai pendapat dan spekulasi dari banyak pihak. Tidak terkecuali, ahli politik juga turut menyuarakan pandangan dan pendapat mereka di dalam media sosial masing-masing. Terbaru, Dr Dzulkefly Ahmad menerusi laman Twitter miliknya telah memuat naik satu posting meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Mewakili kawan-kawan, […]

(Video) “Baik Kawan Dengan Dia Kan,” Tun Hasmah Hulur Coklat Kit Kat Pada Wartawan
Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang bergelar ‘Ibu Negara’, Tun Siti Hasmah yang mempunyai sifat penuh dengan kelembutan dan keibuan. Malah beliau adalah ikon yang memberi inspirasi kepada kita semua untuk meraikan kepelbagaian kita sebagai sebuah negara berbilang budaya. Dalam satu perkongsian daripada Facebook Bernama menunjukkan sifat ramah Tun Hasmah menyapa para pengamal media […]

Dr Mahathir Cuba Bawa Pemerintahan Baru Untuk Selesai Kemelut Politik
KUALA LUMPUR, 26 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad akan cuba membawa pemerintahan negara yang tidak memihak kepada mana-mana parti, dengan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan. “…. Politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar, saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. “Hanya kepentingan negara sahaja yang […]
Pemerintahan Tanpa Memihak Parti Politik Mampu Redakan Krisis Kepimpinan Negara
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti boleh menjadi satu penyelesaian yang baik dalam mengurangkan ‘budaya politiking’ keterlaluan, menurut beberapa penganalisis politik tempatan. Penganalisis politik dan media sosial dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata pendekatan itu akan membolehkan anggota kabinet fokus pada […]
Sebab Saya Meletak Jawatan -Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak sebab yang mendorong beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Isnin lepas. Menurutnya, salah satu sebab utama ialah beliau tidak dapat menerima jika parti UMNO menyertai kerajaan campuran yang mungkin diwujudkan. “Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi […]
SPRM Pantau Rapi Politik Semasa Negara
IPOH, 26 Feb (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau rapi perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika terdapat sebarang kesalahan rasuah. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata pada masa sama pihaknya mengingatkan mana-mana ahli Parlimen supaya tidak menawarkan atau menerima sebarang bentuk suapan bagi sesuatu jawatan. “Mana-mana ahli […]
Sultan Ibrahim Minta ADUN Johor Nyatakan Pilihan, PH Atau Gabungan
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, supaya menyatakan pilihan mereka sama ada gabungan baharu atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini. Perkara terbabit dinyatakan beberapa ADUN yang ditemui pemberita di […]
Pakatan Harapan Calonkan Anwar Ibrahim Jadi Perdana Menteri
Hari ini tular di Twitter kata kunci “Anwar as PM” susulan pertemuan perwakilan Pakatan Harapan bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. Kesemua ahli parlimen dari PH dilaporkan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8. “Hari ini Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan daripada KEADILAN, DAP dan Amanah telah […]
ADUN Johor Dititah Menghadap Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) — Seramai 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor dititahkan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, dekat sini, dipercayai berkaitan perkembangan terkini politik semasa negeri. Tinjauan di Bangunan Sultan Ibrahim itu mendapati kenderaan membawa ADUN Johor tiba secara berperingkat-peringkat seawal 1.05 tengah […]

“Biar Apa Pun Yang Datang, Setiaku Hingga Hujung Nyawa”- Dr Wan Azizah
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memuatnaik ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui laman Twitter. “Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama Anwar Ibrahim […]
Keputusan GPS Akan Berlandaskan Kepentingan Negara, Sarawak – Abang Johari
MIRI, 26 Feb (Bernama) — Apa juga keputusan yang diambil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Negeri berhubung perkembangan politik Persekutuan pada masa kini akan dibuat berlandaskan kepentingan negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini. Beliau berkata, perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri ialah kestabilan politik negara yang menjadi […]
Jika Diizin, Saya Akan Wujudkan Kerajaan Yang Tidak Memihak Mana-Mana Parti – Tun Mahathir
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad akan cuba bawa pemerintahan negara yang tidak memihak kepada mana-mana parti, dengan hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan. “…. Politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. “Hanya kepentingan negara […]
Sifat Tenang Dan Bijaksana Al-Sultan Abdullah Kawal Situasi ‘Panas’ Politik Negara Dipuji Rakyat
Kita semua tahu Malaysia merupakan negara yang mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembangan. Kita boleh lihat sendiri, Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah dapat menangani kemelut politik dalam negara ini. Boleh dikatakan dalam sejarah apabila Baginda mengadakan satu sesi ‘interview’ untuk melantik […]
(Video) “Good News For Malaysia,” Reaksi Dato’ Mahfuz Ketika Disoal Wartawan
Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa ingin tahu akan keputusan dan pengakhiran yang akan terjadi setelah semuanya selesai. Selepas Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad memutuskan untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau terus dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah […]

“Kita Tak Khianat, Kita Pegang Pada Mandat Dan Janji Kepada Rakyat”-Khalid Samad
Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini telah mencetuskan satu tanda tanya tentang nasib serta masa depan negara. Perkara itu lebih menimbulkan pelbagai spekulasi selepas Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia Susulan daripada itu, beliau telah dipanggil untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah […]

YDP Agong Belanja Masak Tempoyak Ikan Patin Pahang Untuk Wartawan Depan Pintu Istana
Sepanjang tiga hari warga media ‘berkampung’ di hadapan pintu pagar Istana Negara memburu maklumat tentang kemelut politik yang melanda negara ini. Ada yang terpaksa menahan lapar demi melaporkan berita terkini kepada rakyat Malaysia. Menariknya, sebelum ini mereka dihidangkan dengan makanan segera KFC dan McDonald, hari ini mereka dapat merasa makanan berlauk tempoyak ikan patin. Menerusi […]