Berita›Politik

YDP Agong Belanja Masak Tempoyak Ikan Patin Pahang Untuk Wartawan Depan Pintu Istana
Sepanjang tiga hari warga media ‘berkampung’ di hadapan pintu pagar Istana Negara memburu maklumat tentang kemelut politik yang melanda negara ini. Ada yang terpaksa menahan lapar demi melaporkan berita terkini kepada rakyat Malaysia. Menariknya, sebelum ini mereka dihidangkan dengan makanan segera KFC dan McDonald, hari ini mereka dapat merasa makanan berlauk tempoyak ikan patin. Menerusi […]

(Video)Sanggup Berpanas, Penyokong Parti Hadir Di Luar Istana ‘Suarakan’ Sokongan
Kemelut politik yang melanda pada hari ini sememangnya membuatkan semua rakyat Malaysia menantikan apa kesudahannya susulan daripada keputusan kekosongan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan tempoh hari. Tidak kurang juga pengamal media yang telah hadir awal pagi di depan istana bagi mendapatkan memberi liputan terkini untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mengikuti perkembangan berkenaan kemelut […]
“Ianya Jawatan Yang Tak Boleh Diwariskan Atau Diserah Begitu Saja” – Khalid Samad
Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini telah membuatkan seluruh rakyat Malaysia setia menantikan keputusan yang bakal dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah berjumpa dengan kesemua ahli parlimen Malaysia. Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia telah menimbulkan pelbagai spekulasi-spekulasi daripada pelbagai […]

Wabak COVID-19, Sidang Kemuncak AS-ASEAN Tetap Diadakan, Kata Pompeo
WASHINGTON, 26 Feb (Bernama) — Amerika Syarikat (AS) tetap komited untuk menganjurkan sidang kemuncak bersama dengan ASEAN meskipun wabak COVID-19 sedang melanda, kata Setiausaha Negara Mike Pompeo pada Selasa. “Sidang kemuncak ASEAN tetap diadakan. Kami sedang berusaha ke arah itu,” kata Pompeo kepada pemberita lapor agensi berita Sputnik. Beliau berkata persiapan masih berjalan untuk penganjuran sidang […]

Lepas Ahli Parlimen UMNO, MP PKR Pula Naik Bas ‘Hop On Hop Off’ Tiba Di Istana Negara
Keadaan politik di negara kita semakin membimbangkan. Walaubagaimanapun, rakyat masih menanti-nanti keputusan siapakah yang bakal menjadi ahli kabinet baru. Daripada semalam, Istana Negara menjadi tumpuan para pengamal media berkumpul untuk memberikan liputan terkini kepada masyarakat. Terkini, sebuah bas jenis ‘Hop On Hop Off’ yang membawa Ahli Parlimen PKR tiba di Istana Negara jam 10.37 pagi. […]

Amanah Perak Sokong Kepimpinan Menteri Besar
IPOH, 26 Feb (Bernama) — Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam menerajui pentadbiran kerajaan negeri. Pengerusinya, Datuk Asmuni Awi berkata tiada sebab untuk Amanah Perak bertindak menongkah arus memandangkan Ahmad Faizal masih mendapat sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak. Beliau berkata, walaupun […]

”Pendirian Saya Konsisten Sejak Dahulu Lagi Dan Hari Ini Saya…” – Hishammuddin Hussein
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan terbaharu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tersebar bahawa beliau akan keluar daripada UMNO. Ahli Parlimen Sembrong itu turut menegaskan, pendirian yang dipegangnya sejak dahulu tetap konsisten dan kesetiaannya kepada parti masih sama sehingga ke hari ini. ”Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya saya akan keluar parti – jangan sesekali […]

Agong Temu Bual Ahli Parlimen Dapatkan Maklum Balas Situasi Politik
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Berikutan kemelut politik negara sejak dua hari lepas, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Ahli Parlimen untuk menilai sendiri situasi itu. Bermula 2.30 hingga 6 petang, Seri Paduka menemu bual 90 daripada 222 Ahli Parlimen dan akan bertemu yang lain esok. Sementara itu, […]

Baki 132 Ahli Parlimen Menghadap Agong Hari Ini
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Sesi kedua Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual berlangsung hari ini, sekali gus menjadi antara tumpuan utama hal berkaitan perkembangan terkini situasi politik semasa di Malaysia. Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian […]
ARMADA Tolak Kerjasama Dengan UMNO, Anggap Pengkhianatan Kepada Mandat Rakyat
Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) menyuarakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia, namun menolak kerjasama dengan parti UMNO. Menurut Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kerjasama dengan UMNO pimpinan Zahid Hamidi adalah satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat. “ARMADA Bersatu Malaysia menyambut baik perpaduan Melayu namun, atas dasar […]
Bubar Parlimen, Kembali Kepada Rakyat Untuk Dapatkan Mandat- Tok Mat
Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan menyifatkan cadangan pembubaran parlimen sebagai wajar berdasarkan situasi semasa. Menurutnya, pembubaran parlimen sesuai dilakukan bagi memberi ruang kepada pilihanraya umum ke-15 di Malaysia. Pendapat beliau telah dikongsikan di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Umno/BN dan Pas sebagai mewakili Muafakat Nasional menyarankan Parlimen di bubar bagi […]

Ini Maksud Sebenar Perdana Menteri Interim, Fungsi & Kuasa Yang Dimiliki
Situasi politik tanah air menyaksikan Perdana Menteri Malaysia ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama kira-kira 90 minit pada petang Isnin. Dalam pertemuan berkenaan, Tun Mahathir dilaporkan telah meletak jawatannya sebelum YDPA berkenan melantik semula Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim. Selain itu, YDPA juga berkenan […]
Maklumat Menarik Mengenai Pertemuan Agong Dengan Ahli Parlimen Petang Tadi
Seramai 90 orang Ahli Parlimen telah berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu pertemuan hari ini. Pertemuan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mereka bagi penamaan calon perdana menteri atau mencadangkan Parlimen dibubar. Tindakan ini adalah untuk mencari penyelesaian krisis politik semasa negara. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana […]
Pelantikan Perdana Menteri Interim Tidak Jejas Pentadbiran Negara -Penganalisis Politik
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Pelantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim tidak akan menjejaskan pentabiran negara dalam tempoh masa pendek, kata penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani. Beliau berkata ini kerana golongan pentadbir yang merupakan kumpulan pelaksana seperti Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara (KSN), […]
Kerajaan Negeri Melaka Masih Berfungsi Seperti Biasa – Ketua Menteri
MELAKA, 25 Feb (Bernama) — Pentadbiran dan jentera kerajaan negeri Melaka masih berfungsi seperti biasa di sebalik perkembangan politik yang berlaku di peringkat kerajaan Persekutuan pada masa ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari. Beliau yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka berkata, tugas dan tanggungjawab yang digalasnya sebagai ketua menteri seperti yang telah diamanahkan oleh […]
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Ikrar Tidak Akan Berputus Asa
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching tidak menafikan bahawa beliau berkecil hati dengan apa yang berlaku Ahad lalu. Beliau yang merupakan ahli parlimen Parti DAP meluahkan rasa hatinya di laman Facebook siang tadi. Saya tak nafikan rasa kecil hati Ahad lalu. Saya juga tak nafikan ada kalanya saya ingin berputus asa. Mungkin saya […]
(Video) Rancangan Bentuk Perikatan Nasional Tak Kesampaian Selepas PM Letak Jawatan
Kuala Lumpur, 25 Feb – Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa pada awalnya Muafakat Nasional bakal membentuk gabungan baru dengan Bersatu, namun tidak kesampaian. Perikatan baru itu pada awalnya dipersetujui berikutan perpecahan dalam kalangan parti memerintah Pakatan Harapan yang memegang tampuk pentadbiran negara. “Apa yang berlaku ini adalah satu sejarah dalam politik […]

(Video) Kereta Bawa Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara Tinggalkan Istana
Hari ini, ahli-ahli Parlimen dilaporkan menghadap Yang Dipertuan Agong di Istana Negara bagi membincangkan situasi semasa politik tanah air. Perjumpaan berkenaan dilaporkan sudahpun berakhir dan kereta-kereta yang membawa inidividu penting juga dilaporkan sudahpun meninggalkan Istana Negara. Melalui tweet terkini yang dimuat naik di laman Twitter BERNAMA, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri […]
(Video) “Rumah Dah Terbakar, Tak Ada Lagi Pintu Belakang Atau Depan”- Takiyuddin Hassan
Kuala Lumpur, 25 Feb – Isu pintu depan atau pintu belakang sudah tidak relevan, kata Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan. “Isu pintu belakang pintu depan sudah tidak relevan lagi kerana bukan saja pintu tiada, tapi seluruh rumah sudah runtuh, rumah sudah terbakar, tiada lagi pintu belakang atau depan,” katanya. “Jadi kami sebagai ahli parlimen blok […]
(Video) Muafakat Nasional Bagi Kata Dua Jika Mahu Tubuh Kerajaan Baru
Kuala Lumpur, 25 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Annuar Musa mengeluarkan kenyataan pertama mewakili Muafakat Nasional sejak jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini. Setelah pertemuan bersama Yang Di-Pertuan Agong, Muafakat Nasional telah bersetuju menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan gabungan baru. Walaubagaimanapun, mereka menolak DAP dalam gabungan itu. “Dalam waktu mengadap […]