BeritaPolitik

Berita
Anggap Keputusan Dibuat Untuk Rakyat, Foto Ahmad Maslan & MP Pembangkang Naik Bas Ke Istana
Perkembangan politik di Malaysia semakin menarik dengan rakyat ternanti-nanti siapakah individu yang bakal menjadi Perdana Menteri dan ahli kabinet yang baru. Baru-baru ini, Ahmad Maslan memuatnaik beberapa keping gambar saat majlis perwakilan pembangkang menaiki bas dalam rombongan menuju ke Istana Negara hari ini. “Sejarah politik yang menarik. Pada 3.20 petang 25 Feb 2020. YB DS […]
Berita
Konvoi 20 Kenderaan Bawa Ahli Parlimen Barisan Nasional Tiba Di Istana Negara
Susulan pengumamuman dari pihak istana negara sebentar tadi yang mana, Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan untuk menemu duga ahli-ahli parlimen sebelum membentuk kabinet baharu dalam kerajaan Malaysia. Konvoi 20 kenderaan membawa ahli parlimen Barisan Nasional yang tiba di Istana Negara tepat jam 3.30 petang. Sebelum itu, ahli-ahli parlimen UMNO mengadakan […]
Berita
(Video) Jika Parlimen Tidak Bubar, Bersih Beri ‘Amaran’ Akan Turun Ke Jalan Semula
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) memberi ‘amaran’ akan mengadakan perhimpuan aman Bersih 6.0 sekiranya parlimen tidak dibubarkan dalam masa terdekat. Pengerusinya Thomas Fann, membuat gesaan itu dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di ibu pejabat Bersih 2.0 ketika menjawab soalan yang disoal pihak media. Memetik laporan Bernama, Bersih 2.0 menolak kerajaan ‘pintu […]
Berita
Ramai Bekas Menteri & Ahli Parlimen, Keluar Masuk Perdana Putra Dipercayai Bertemu PM
Selepas Tun mahathir memasuki Perdana Putra pagi tadi, ramai bekas menteri dan ahli-ahli parlimen keluar masuk Perdana Putra dipercayai bertemu dengan Perdana Menteri interim. Kebanyakkan ahli parlimen hari ini dijangka bakal menghadap Yang Dipertuan Agong termasuk Tun Mahathir sendiri bagi membentuk kabinet baharu hari ini. [Video] Kereta membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba 11.18 pagi […]
Berita
(Video) “Semua Aman, Tenteram Dan Sejahtera,” Respon MB Selangor Selepas Menghadap Sultan
Pagi ini juga, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dari parti Bersatu menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Istana Bukit Kayangan. Selepas menghadap Sultan Selangor, Shahruddin memaklumkan kepada media untuk menunggu kenyataan rasmi dan percaya semuanya aman, tenteram dan sejahtera. Tunggu kenyataan, InshaAllah […]
Berita
Kronologi Perkembangan Politik Negara Setakat Ini
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Berikut adalah kronologi perkembangan politik negara hari ini: 8.19 pagi – 10 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. 11 […]
Berita
BERSATU Mahu Tun Mahathir Jadi PM Ke-8, Tolak Peletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Parti
Petaling Jaya, 25 Feb – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia. Dalam mesyuarat tergempar PPBM sebentar tadi, mereka turut menolak peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi parti. Siang tadi, Tun Mahathir telah dilantik sebagai PM sementara (Interim) atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin […]
Berita
Kami Bukan Pengkhianat, Tapi Kami Mahu Gagalkan Konspirasi Jatuhkan PM- Azmin Ali
Pembubaran parlimen diikuti tindakan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggalkan parti berkenaan disifatkan sebagai satu pengkhianatan oleh sesetengah pihak. Bekas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bagaimanapun tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan bahawa mereka bukanlah pengkhianat, sebaliknya menuduh pihak yang cuba mendesak PM Tun Mahathir agar turun adalah pengkhianat sebenar. Malam Jumaat lalu […]
Berita
”Rakyat Yang Berkuasa, Bukan Si Pencatur Kuasa“, Syed Saddiq Doa Agar Perjuangan Dirahmati
Bekas Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memuatnaik kenyataan di media sosial berhubung senario politik negara hari ini. Dalam kenyataan tersebut, beliau menyatakan telah ‘menyampaikan pendapatnya’ kepada Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. “Saya sudah sampaikan pendapat saya kepada YAB Tun. “Rakyat wajib diutamakan, bukan politik perebutan kuasa. “Rakyat yang […]
Berita
TERKINI: Agong Berkenan Membatalkan Pelantikan Semua Menteri Atas Nasihat PM
Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri kabinet atas nasihat Perdana Menteri. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, baginda membatalkan pelantikan menteri-menteri selaras Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan berkuatkuasa hari ini. Lantaran itu, tugas-tugas Anggota Pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, para Menteri dan […]
Berita
(Video) Laungan “Hidup Tun…Hidup Tun” Iringi Mesyuarat Tergempar BERSATU Malam Ini
Kuala Lumpur, 24 Feb – Ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu pejabat parti berkenaan disambut dengan laungan “Hidup Tun”. PPBM sedang mengadakan mesyuarat tergempar malam ini tanpa kehadiran Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir. Mesyuarat tersebut turut dihadiri dua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof […]
Berita
Kedudukan Terkini Kerusi Parlimen Selepas BERSATU, Beberapa MP PKR Keluar PH
Situasi politik Malaysia yang memanas sejak beberapa hari lalu menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan dibuat pemimpin-pemimpin politik tanah air antaranya keputusan BERSATU dan beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR mengambil keputusan keluar dari Pakatan Harapan. Jika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-14 dengan menewaskan Barisan Nasional (BN), kali pertama sejak Merdeka, keputusan […]
Berita
“Semoga Pemenangnya Adalah Rakyat, Tanah Air Kita Malaysia Dan Demokrasi”- Tok Mat
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan atau mesra dipanggil Tok Mat sebentar tadi telah memuat naik satu perkongsian mengenai situasi semasa politik tanah air. ”Apa yang berlaku kelmarin dan beberapa hari mendatang akan mendatangkan dampak besar kepada Malaysia. ”Dalam percaturan politik yang sedang berlaku ini, semoga pemenangnya adalah […]
Berita
Agong Lantik Semula Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Sementara
Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sementara. Kenyataan tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki b Ali sebentar tadi. Terdahulu, Tun Mahathir telah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri siang tadi dalam percaturan politik beliau dalam kerajaan […]
Berita
Kerajaan Terbubar, Terserah Kepada Agong Buat Keputusan- Penganalisis Politik
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Kerajaan Pakatan Harapan (PH) secara automatiknya terbubar selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri hari ini, kata penganalisis politik. Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata mengikut amalan biasa sistem demokrasi, apabila perdana menteri meletak jawatan maka secara tidak langsung jawatan jemaah menteri juga terbubar dan berlaku […]
Berita
(Video) Tun Mahathir Tinggalkan Istana Selepas Sejam Menghadap Yang Dipertuan Agong
Setelah menghadap Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selama kira-kira satu jam, Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan istana sebentar tadi. Beliau melalui Pintu 1 meninggalkan perkarangan bangunan itu menuju ke rumahnya di Seri Kembangan. Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial tiba di kediamannya di Seri Kembangan pukul 6.40 petang dari […]
Berita
(Video) “Kamu Panggil Ini Game of Thrones, Semua Drama Politik Ini Tak Perlu”- Lim Guan Eng
Kuala Lumpur, 24 Feb – Setiausaha Agung Parti DAP, Lim Guan Eng menyifatkan tindakan sebahagian besar ahli politik pada hari ini sebagai manipulasi yang tidak bertanggungjawab. “Ini melanggar perlembagaan dan amalan demokratik. Ini adalah cubaan untuk berkompromi dengan keinginan rakyat, ini bukan demokrasi,” katanya. Tambah beliau, helah tersebut ibarat drama yang tidak diperlukan, sebaliknya ahli […]
Berita
Ketidakpastian Politik, Indeks Saham Negara Turun Ke Paras Terendah Sejak 2011
Kuala Lumpur, 24 Feb – Susulan tekanan daripada ketidakpastian politik negara, indeks saham bursa tempatan dilaporkan turun ke paras terendah sejak 2011. Pada rehat tengah hari tadi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dilaporkan turun 2.54 peratus (38.94 mata) berbanding paras penutup 1,531.20 pada Jumaat. Indeks itu dibuka pada 1,501.47, terapung antara paras 1,491.20 hingga […]
Berita
(Video) Berkampung Dari Pagi Depan Istana, Agong Belanja Petugas Media KFC
Sejak timbulnya desas-desus mengenai pengaturan semula politik negara semalam, petugas media telah komited mengorbankan masa dan tenaga untuk menyampaikan berita kepada rakyat. Mereka telah berkumpul di Istana Negara sejak pagi tadi untuk mendapatkan maklumat dari pihak perwakilan mengenai keadaan terkini kabinet negara. Bertimbang rasa dengan kesungguhan pihak media, wakil Istana Negara telah menjamu KFC kepada […]
Berita
(Video) DAP Mahu Tun Mahathir Terus Kekal Sebagai Perdana Menteri- Lim Guan Eng
Kuala Lumpur, 24 Feb – Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyuarakan hasrat kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) agar terus mencalonkan Tun Mahathir agar terus menyandang jawatan itu. Hasrat itu disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media khas hari ini. “Oleh itu DAP berhasrat mengesyorkan kepada Majlis Presiden PH yang akan mengadakan […]