BeritaPolitik

Berita
Najib, Rosmah Dan Tiga Anak Bantah Pihak Ketiga Tuntut Harta Disita Polis
Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, Rosmah Mansor dan tiga anak mereka membantah tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap harta mereka yang dirampas oleh pihak polis tahun lepas. Peguam Syahirah Hanafiah yang mewakili Najib, Rosmah dan tiga anak mereka berkata pihaknya akan memfailkan notis permohonan untuk membantah dan […]
Berita
Pindaan Turun Had Umur Mengundi Dibentang Di Dewan Rakyat Hari Ini
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentang bagi bacaan kali pertama pada sidang Dewan Rakyat, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu bakal dibentangkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas sesi […]
Berita
Dokumentari Khas Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Bakal Diterbitkan, Arahan Pengarah Popular
Allahyarham Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu nama yang amat terkenal bagi ramai pihak terutama umat Islam di Malaysia umumnya dan di Kelantas khasnya. Beliau adalah bekas Menteri Besar Kelantan selama lebih kurang 24 tahun apabila memegang tampuk pemerintahan negeri bermula dari 1990 sehingga 2013. Allahyarham juga adalah merupakan seorang guru agama […]
Berita
Usul Wajibkan Anggota Parlimen Isytihar Harta Dibentang Di Dewan Rakyat
Kuala Lumpur : Usul mewajibkan semua anggota Parlimen mengisytiharkan harta masing-masing dibentang di Dewan Rakyat, hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata langkah itu adalah satu usaha kerajaan dalam mewujudkan sebuah negara yang berakauntabiliti, telus dan bebas rasuah. ”Walaupun kerajaan dah ambil tindakan untuk mereformasi perkhidmatan kerajaan berkaitan rasuah dan mula […]
Berita
Zahid Tamatkan Cuti, Kembali Galas Tugas Presiden Umno
Ipoh : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan akan menyambung semula tugas sebagai presiden UMNO berkuat kuasa hari ini selepas bercuti daripada jawatan tersebut sejak 18 Disember tahun lalu. “Oleh kerana hari ini genap setahun saya dipilih bukan dilantik oleh perwakilan UMNO, seluruh negara dari 191 bahagian maka genap setahun ini cukup signifikan dan […]
Berita
Anwar Akui Tersinggung Dengan Laporan Media Berhubung Proses Peralihan Kuasa PM
George Town : Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui tersinggung dengan cara penulisan laporan media yang terlalu memberikan keutamana kepada proses peralihan kuasa antara beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Anwar berkata tumpuan kini seharusnya diberikan kepada usaha melaksanakan janji yang dibuat serta agenda perjuangan dalam Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat, […]
Berita
”Terdapat Sedikit Kekhilafan Tetapi Sudah Diperbetulkan”- KP SPRM Jawab Isu Bar Ribon
Seperti yang kita tahu, Latheefa Koya telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) yang baru oleh kerajaan baru-baru ini. Beliau juga baru sahaja mengangkat sumpah di atas pelantikannya pada awal minggu ini. Bagaimanapun, beberapa hari lepas, beberapa pihak telah mempersoalkan status pingat dan pemakaian uniform yang digunakan beliau semasa menghadiri satu acara. Berikutan […]
Berita
10 NGO Buat Laporan Polis Berhubung Kenyataan ‘Wajib’ Jatuhkan PH
Kuala Lumpur : Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) hari ini bertindak membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Kuantan, Pahang pada minggu lalu. Wakilnya, Presiden Pertubuhan Gerakan Martabat Pejuang Negara (GMPN) Mejar (B) Razali Zakaria berkata tindakan […]
Luar Negara
Pegawai Tentera Pakai Tudung Kena Tindakan, Cetus Kemarahan Rakyat Afrika Selatan
JOHANNESBURG, 28 Jun (Bernama) — Rakyat Afrika Selatan menyuarakan kemarahan selepas tentera mengenakan tindakan disiplin terhadap seorang pegawai tentera kerana memakai tudung, lapor agensi berita Anadolu. Mejar Fatima Isaacs, 47, didakwa di mahkamah tentera Cape Town pada Selasa kerana ingkar arahan tidak memakai tudung ketika mengenakan pakaian seragam tentera. “Kami sudah menulis surat kepada Menteri […]
Berita
Ahmad Zahid Mengaku Tidak Bersalah 7 Tuduhan Rasuah Berjumlah SGD4.24 Juta
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) — Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tujuh tuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat berjumlah SGD4.24 (anggaran RM1=SGD3.06) juta berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Ahmad Zahid, 66, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Azura […]
Berita
“Saya Tidak Akan Pegang Jawatan Melebihi Tiga Tahun,” Kata Mahathir
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Berpegang kepada tekad untuk menyelesaikan masalah hutang negara, Tun Dr Mahathir Mohamad beliau tidak akan memegang jawatan perdana menteri melebihi tiga tahun. Menurut stesen berita CNBC, perdana menteri berkata kerajaan beliau memerlukan tiga tahun untuk mengurangkan hutang Malaysia daripada 80 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar kepada 54 peratus. Ketika […]
Berita
(Video)Kapal Penguatkuasa Indonesia Ceroboh, Rempuh Dan Tahan Bot Nelayan Tempatan Di Laut Malaysia- APMM
LUMUT, 21 JUN 2019 – Maritim Malaysia Negeri Perak menerima aduan sebuah kapal Pengawas Perikanan Indonesia merempuh dan menahan sebuah bot nelayan Malaysia di posisi 37.4 batu nautika tenggara Pulau Jarak, Malaysia iaitu 7 batu nautika dari garisan sempadan, pagi tadi. Kapten Maritim Wan Mat bin Wan Abdullah Pengarah Maritim Negeri Perak menjelaskan, pada kira-kira […]
Berita
Setiausaha Politik Azmin Beri Keterangan Di Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) — Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham hari ini memberi keterangan berhubung kes video intim yang didakwa mengaitkan menteri berkenaan. Muhammad Hilman tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 10.05 pagi diringi peguamnya, Muhammad Hafiz Hood, dan keluar selepas hampir tiga jam memberi keterangan. Anggota […]
Berita
SPRM Fail Permohonan Lucut Hak 41 Responden Bagi Menuntut Semula Wang 1MDB Sebanyak RM270 Juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah mengumumkan bahawa permohonan melucut hak 41 responden yang terdiri daripada individu dan entiti berkenaan kes penggubahan wang haram yang dilaporkan dilakukan melalui syarikat 1MDB telah berjaya. Pihak SPRM telah berjaya memfailkan permohonan di bawah AMLA yang bertujuan untuk mendapatkan semula wang-wang yang telah dialih keluar daripada kes […]
Berita
Presiden Rusia Berkeras Tiada Bukti Rusia Tembak Jatuh Pesawat MH17
Pada Rabu lepas, penyiasat antarabangsa telah mendakwa empat orang terlibat dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 milik Malaysia Airlines lima tahun lalu. Kejadian tragis yang telah mengorbankan 298 nyawa itu yang telah mengejutkan komuniti dunia terutamanya Malaysia. Berdasarkan laporan terbaru, tiga suspek daripada empat yang didakwa merupakan warga Rusia. Walau bagaimanapun, Presiden Rusia Vladimir Putin […]
Luar Negara
“Iran Buat Kesilapan Besar”, Respon Trump Selepas Insiden Dron Ditembak Jatuh
Krisis yang berlaku di antara Iran dan Amerika Syarikat(AS) nampaknya kian meruncing. Pada minggu lepas, kerajaan AS telah menuduh Iran bertanggungjawab dalam serangan dua kapal tangki minyak di Perairan Oman. Terbaru, pasukan keselamatan Iran didakwa telah menembak jatuh dron milik tentera AS pada Khamis, 20 Jun. Menurut Amerika, dron tersebut ditembak ketika berada di ruang […]
Berita
Azmin Tidak Perlu Bercuti Kerana Siasatan Video – Dr Mahathir
Putrajaya : Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu bercuti sementara siasatan dijalankan berhubung video kontroversi yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu. Beliau berkata mana-mana menteri hanya perlu bercuti sekiranya siasatan itu mempunyai kaitan dengan salah laku atau jenayah, bagaimanapun kes yang dikaitkan dengan […]
Berita
Tolak Gambar Jadi Hiasan Dinding Dan Ganti Dengan Nama Allah, Ini 10 Perkara Hebat Tentang Presiden Morsi
Isnin lalu, bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi telah meninggal dunia ketika perbicaraan di mahkamah apabila beliau rebah selepas penutup sesi perbicaraan. Morsi merupakan pemimpin pertama yang dipilih secara demokratik pada tahun 2012 dalam sejarah Mesir. Rata-rata Muslim di seluruh dunia terkesan dengan pemergian beliau. Di sebalik pemergiannya, ramai yang tidak tahu mengenai Mohamed Morsi ketika […]
Berita
Lima Tahun Selepas Insiden MH17 Ditembak, Identiti Empat Suspek Utama Akhirnya Didedahkan
Pada tanggal 17 Julai 2014 yang lalu, rakyat Malaysia dan dunia telah digemparkan dengan berita pesawat milik Malaysia Airlines, MH17 terhempas semasa berada di kawasan sekitar timur Ukraine. Lebih mengejutkan, pesawat itu dipercayai telah ditembak dengan peluaru berpandu dan beberapa penyiasat antarabangsa terus bertindak untuk menyiasat kejadian itu dengan lebih mendalam. Kini, selepas hampir lima […]
Berita
Menggetarkan Jiwa, Ini 10 Pesanan Morsi Dalam Pidato Terakhir Sebelum Meninggal Dunia
25 minit sebelum rebah, Dr. Morsi telah menyampaikan pidato yang menggetarkan jiwa ketika perbicaraan terakhir beliau yang disaksikan oleh beberapa wartawan Mesir yang berada di dalam mahkamah tersebut. Antara perkara yang disampaikan dalam ucapannya ialah; 1. Kalian menuduh aku melakukan pengintipan dan bekerjasama dengan Hamas, tetapi kerajaan kalian sekarang turut bekerja bersama Hamas. 2. Kalian […]