Berita›Politik

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan Positif Covid-19, Mohon Maaf Pada Semua
Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan, mengesahkan bahawa dirinya positif Covid-19 menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi beliau sebentar tadi. Menurut Shahril, beliau tidak menunjukkan sebarang gejala melainkan hanya merasa sedikit letih sebelum mengambil keputusan membuat ujian Covid-19 di Kuala Lumpur. Hasil ujian kemudiannya mendapati beliau positif dan kini sedang menunggu untuk dibawa mendapatkan rawatan […]
PM Libya Umum Mahu Berundur Pada Oktober
TRIPOLI, 17 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Libya, Fayez Serraj, yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengumumkan hasratnya mahu melepaskan jawatannya bermula Oktober, lapor agensi berita Xinhua. “Saya meminta Jawatankuasa Dialog membentuk pihak berkuasa eksekutif baharu untuk memastikan peralihan kuasa yang aman dan lancar,” kata Serraj dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen. Serraj […]

Manifesto USNO: TPM Dari Sabah, Sarawak Jika Menang PRN Ke-16
KOTA KINABALU, 16 Sept (Bernama) — Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) akan memperjuangkan jawatan seorang timbalan perdana menteri dari Sabah atau Sarawak sekiranya diberi mandat menerajui tampuk pemerintahan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini. Hal itu terkandung dalam inti pati manifesto parti berkenaan yang dilancarkan Ketua Umumnya Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam satu majlis di […]
Tokoh Pembangkang Rusia Rancang Balik Ke Rusia
MOSCOW, 15 Sept — Tokoh pembangkang Rusia, Alexey Navalny, merancang untuk kembali ke Rusia dan meneruskan aktivitinya, lapor Agensi Berita Sputnik memetik The New York Times (NYT). Pada Isnin, Hospital Charite di Berlin mengatakan keadaan Navalny yang sedang menjalani rawatan semakin beransur baik dan tidak memerlukan lagi alat bantuan pernafasan. “Beliau merancang mahu kembali ke […]
AS Bakal Lihat Presiden Wanita Satu Hari Nanti, Kata Trump
WASHINGTON, 14 Sept (Bernama) — Presiden Donald Trump berkata akan ada presiden wanita di Amerika Syarikat (AS), tetapi bukan Senator California, Kamala Harris, merangkap calon naib presiden Demokrat, menurut Agensi Berita Sputnik. “Kita akan mempunyai presiden wanita satu hari nanti – bukan (Harris),” kata Trump kepada penyokongnya di Nevada pada Ahad. Harris, 55, wanita kulit […]
(Video) Kunjungan Delegasi China Ke Malaysia Ikut, Patuh SOP Yang Ketat- Ismail Sabri
Putrajaya, 10 Sept- Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan isu hangat mengenai kunjungan Menteri Pertahanan China ke Malaysia. Dalam sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini, beliau menjawab soalan-soalan yang timbul dalam kalangan rakyat mengenai kunjungan berkenaan. Rujuk KKM sebelum terima kunjungan Kata Ismail Sabri, biarpun negara mengetatkan sempadan dan menyekat kemasukan […]
Musa Aman Beri Bayangan Ke Sungai Manila
KOTA KINABALU, 9 Sept – “I’m going back to Sungai Manila” (Saya akan kembali ke Sungai Manila) ” merupakan status Facebook terbaharu dikongsi oleh Tan Sri Musa Aman hari ini. Ini mungkin menjadi petunjuk daripada bekas ketua menteri Sabah itu bahawa beliau akan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila yang baharu pada Pilihan […]
Senator Cadang PRU15 Diadakan Julai 2021, Beri Peluang Untuk Pengundi 18 Tahun
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) — Seorang senator mencadangkan supaya kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selepas Julai tahun depan supaya dapat memberi peluang kepada anak muda, terutamanya yang berusia 18 tahun terlibat secara langsung dalam memilih kerajaan. Ismail Yusof berkata, langkah itu seiring dengan pelaksanaan sistem pendaftaran pemilih secara automatik, yang dijangka dikuatkuasakan […]

Tan Sri Rais Yatim Dilantik Sebagai Speaker Dewan Negara
KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) — Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim dimasyhurkan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-18 hari ini. Rais, 78, merupakan antara tiga calon yang dikemukakan untuk memegang jawatan itu selain Senator Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind. Bagaimanapun, Theodore menarik diri pada saat […]
Abdul Hadi Ahli Parlimen Pertama Tandatangan SD Sokong Muhyiddin Sebagai PM
KUALA LUMPUR, 2 Sept – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan ahli parlimen pertama yang menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan. Perkara itu didedahkan Muhyiddin dalam ucapannya pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) hari ini. Beliau berkata tindakan Abdul Hadi itu disusuli rakan daripada parti dalam […]
Setiausaha Luar Filipina Tweet Mahu Hidupkan Kembali Pejabat Khas Tuntut Sabah Dari Malaysia
Portal berita Filipina melaporkan salah seorang pegawai tertinggi dalam kerajaan Filipina semalam telah memuat naik satu tweet yang menyatakan keinginan untuk menghidupkan kembali pejabat khas bagi menuntut Sabah daripada Malaysia. Menurut laporan Philstar Global, tweet berkenaan dimuat naik oleh Teodoro Locsin Jr, merangkap Setiausaha Luar Negeri Filipina. “Saya teringat akan kewujudan satu biro lama dalam […]

DAP Pecat 8 Ahli Kerana Sokong Wakil Rakyat Lompat Parti
KUALA LUMPUR: 1 Sept, DAP memecat serta-merta lapan ahlinya yang menghadiri sidang media Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong A. Sivasuramaniam yang mengumumkan keluar DAP dan menyertai Parti Gerakan pada 26 Jun lepas. Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Chong Chieng Jen berkata mereka ialah Dan Adriel Daniel Velloo, Angeline Phillip Joe Phillip, P. Murugiah, Joseph Hendry […]
Pengundian PRK Slim Bermula 8 Pagi Hari Ini
TANJUNG MALIM, 29 Ogos– Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim berlangsung hari ini dalam kebiasaan baharu ekoran penularan wabak COVID-19. Sebanyak 12 pusat mengundi membabitkan 54 saluran dibuka mulai 8 pagi hingga 5.30 petang. Proses pengudian selama 9 jam setengah itu melibatkan seramai 22,749 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab […]

Ahli Parlimen Demokrat Thailand Dilapor Dihukum Penjara 2 Tahun Kerana Membeli Undi
THAILAND: Kedua-dua ahli parlimen Demokrat Thepthai Senpong dan saudaranya telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana penipuan pilihan raya. Sekiranya keputusan itu disahkan dan disokong oleh mahkamah yang lebih tinggi, Thepthai akan dilarang berpolitik untuk 10 tahun. Mahkamah mendapati Thepthai dan saudaranya Manote bersalah kerana membeli undi. Thai PBS mengatakan bahawa berlaku rasuah membeli undi […]
PM Jepun Abe Dijangka Letak Jawatan Kerana Masalah Kesihatan
MOSCOW, 28 Ogos (Bernama) — Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merancang untuk melepaskan jawatannya kerana masalah kesihatan, lapor agensi berita Sputnik memetik NHK pada Jumaat. Abe dijadual bertemu dengan pihak wartawan yang antara lain dijangka memaklumkan mengenai keadaan kesihatannya. Perdana Menteri Jepun itu baru-baru ini dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital. — BERNAMA

Permohonan Untuk Sertai Pejuang Akan Ditapis – Mukhriz
ALOR SETAR, 25 Ogos – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan membuat tapisan sebaik mungkin terhadap setiap individu yang memohon menyertai parti berkenaan. Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu, berkata ramai yang menghubunginya bertanyakan borang keahlian dan ingin menubuhkan bahagian namun parti itu agak memilih dalam menerima keahlian nanti. “Seperti mana sedia maklum RoS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) belum […]
Jarang Tampil Di Khalayak Ramai, Timbul Lagi Khabar Angin Yang Mendakwa Kim Jong Un Sedang Koma
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, kini didakwa berada dalam keadaan koma dan dikatakan telah menyerahkan separuh dari kuasa pemerintahan kepada adik perempuannya, lapor Market Watch. Bekas pembantu kepada Presiden Korea Selatan, Chang Song-min mendakwa bahawa Kim Jong Un telah sakit tenat selepas kekurangan kemunculannya di tempat awam pada tahun ini. “Saya mengesyakinya berada dalam […]
Kempen PRK DUN Slim: Tiga Laporan Polis Diterima Setakat Ini
TANJUNG MALIM, 24 Ogos — Polis menerima tiga laporan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, setakat ini. Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata laporan pertama diterima pada Khamis lepas berhubung dakwaan gambar seorang calon bertanding pada papan iklan yang disembur dengan cat di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Changkat Sulaiman. […]
Abdul Ghani Salleh Dilantik Pengerusi SPR Baharu
PUTRAJAYA, 21 Ogos — Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baharu, manakala Datuk Nik Ali Mat Yunus sebagai Ahli SPR, masing-masing berkuat kuasa hari ini, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Abdul Ghani, 62, sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha SPR. Mohd Zuki berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah […]
Mahkamah Sabah Tolak Permohonan Semak Pembubaran DUN
KOTA KINABALU, 21 Ogos (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai. Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim mendapati responden kedua dalam kes itu – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd […]