BeritaPolitik

Berita
Tak Sampai Beberapa Jam Dilantik, PM Wanita Pertama Sweden Letak Jawatan
Perdana Menteri wanita pertama dalam sejarah Sweden, Magdalena Andersson dilapor meletak jawatan hanya dalam tempoh beberapa jam selepas menggalas jawatan tersebut, lapor BBC baru-baru ini. Menurut laporan itu, Magdalena yang juga dari Parti Demokrat Sosial tekad meletak jawatan selepas parti gabungan, Greens Party menarik diri daripada gabungan kerajaan campuran. Malah dalam masa yang sama, belanjawan […]
Bisnes
KPLB Lancar Pelan Strategik Pendigitalan 2021-2025
PUTRAJAYA, 24 Nov. – Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, menyediakan Pelan Strategik Pendigitalan untuk tempoh lima tahun sebagai ‘Blueprint’ kementerian itu dengan kos RM28 juta. Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelan strategik 2021-2025 itu merangkumi visi, hala tuju dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam usaha KPLB memastikan mandat kesejahteraan masyarakat luar bandar […]
Berita
Pelan Kerajaan Sokong Keselamatan Persaraan Rakyat Antara Tumpuan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Pelan strategi kerajaan untuk menyokong keselamatan persaraan rakyat yang semakin kecil berikutan kebenaran pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, soalan itu diajukan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) kepada Menteri Kewangan ketika sesi pertanyaan lisan. Turut […]
Politik
PRN Melaka: Lim Guan Eng Ucap Tahniah Kepada BN, Akui Kelemahan PH
GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) — Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan mengakui terdapat kelemahan dari segi jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH). Beliau berkata tiada kempen secara bersemuka merupakan antara faktor yang menjejaskan kempen dan kelemahan pada jentera pilihan raya PH harus diperbetulkan terutamanya […]
Politik
Sulaiman Fokus Laksanakan Manifesto BN
MELAKA, 22 Nov (Bernama) — Meneruskan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat seperti yang dijanjikan menjadi antara fokus utama Datuk Seri Sulaiman Md Ali apabila kembali memulakan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka. “Pada saya ini bukan satu tugas yang mudah apabila diberi kepercayaan, amanahnya lebih berat bermakna tugasan yang menanti pasukan saya juga besar. […]
Politik
Sulaiman Mula Tugas Sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13
MELAKA, 22 Nov (Bernama) — Datuk Seri Sulaiman Md Ali memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 dengan memasuki pejabatnya di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, pagi ini. Sulaiman, 55, tiba dengan menaiki kenderaan rasmi Ketua Menteri pada 8.25 pagi dan disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan serta kakitangan pejabat […]
Politik
Sulaiman Md Ali Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13
MELAKA, 21 Nov (Bernama) — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di sini, awal pagi ini. Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri […]
Politik
PRN Melaka: Taruhan PN Lantik Wanita Jadi Ketua Menteri Tidak Menjadi
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Tawaran Perikatan Nasional (PN) untuk melantik wanita sebagai Ketua Menteri, ternyata belum mampu memikat pengundi Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) atau memberi mandat kepada gabungan parti itu untuk memerintah negeri. Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, 45, yang menjadi taruhan PN kecundang dalam persaingan tiga penjuru di Dewan Undangan […]
Politik
Exco Melaka Diumumkan Minggu Depan – Sulaiman
MELAKA, 21 Nov (Bernama) — Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 awal pagi ini berkata senarai Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri bagi membantu pentadbirannya akan diumumkan pada minggu depan. Katanya beliau akan meneliti perkara berkenaan terlebih dahulu sebelum membincangkannya dengan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali […]
Berita
Pengundi Positif COVID-19, Saluran Mengundi Di Alor Gajah Ditutup Sementara Kira-kira 2.30 Petang Tadi
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Satu saluran mengundi di sebuah pusat pengundian di daerah Alor Gajah di sini ditutup sementara kira-kira jam 2.30 petang tadi, ekoran kejadian seorang pengundi disahkan positif COVID-19, ketika mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Rahman berkata, pihak Jabatan Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah menerima […]
Berita
Pusat Mengundi Ditutup, Proses Kira Undi bermula
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula 8 pagi tadi tamat selepas 217 pusat pengundian ditutup pada 5.30 petang ini. Mengikut senarai daftar pemilih, pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi dan dikendalikan oleh seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua […]
Berita
Kerajaan Sarawak Rancang Perkenalkan Dana Kekayaan Berdaulat – Abang Johari
JULAU (Sarawak), 20 Nov (Bernama) — Kerajaan negeri Sarawak bercadang mewujudkan Dana Kekayaan Berdaulat bagi memperkukuhkan kedudukan kewangan negeri itu demi masa depan generasi akan datang. Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Open berkata kertas cadangan penubuhan dana tersebut sudah disiapkan oleh kumpulan pakar dan hanya akan dilaksanakan selepas dibentangkan untuk kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada […]
Berita
PRN Melaka: 57 Peratus Keseluruhan Keluar Mengundi Setakat 3 Petang – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa sehingga jam 3 petang ini, peratus keseluruhan yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai sebanyak 57 peratus. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 3.00 petang. 🕘 Peratus keseluruhan: 57% Sumber: SPR — […]
Berita
Proses Pengundian Di Pusat Mengundi Lancar, Pematuhan SOP Tinggi
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Pelaksanaan prosedur pengundian berjalan lancar setakat ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi dalam kalangan pengundi, bertepatan dengan norma baharu ketika perang melawan COVID-19 masih belum selesai. Tinjauan Bernama mendapati Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini sempat melawat dua pusat pengundian bagi meninjau kelancaran prosedur mengundi […]
Berita
PRN Melaka Catat Pelbagai Peristiwa, Situasi ‘Pertama Kali’
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan beberapa situasi ‘pertama kali’ berlaku, bermula pada hari penamaan calon 8 Nov lepas. Melaka melakar sejarahnya tersendiri dengan menyaksikan ia negeri pertama mengikuti langkah Sabah yang bertukar ketua menteri sebanyak tiga kali selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018. Selain itu, bumi Hang Tuah itu juga […]
Berita
Hujan Renyai Tak Halang Orang Melaka, Calon Keluar Awal Mengundi
MELAKA, 20 Nov (Bernama) — Hujan renyai di beberapa kawasan pagi ini tidak menghalang pengundi keluar seawal 7.30 pagi, beratur di luar pusat mengundi merangkumi antaranya sekolah dan dewan bagi menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Tinjauan Bernama di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar di Alor Gajah mendapati rata-rata yang keluar […]
Berita
Najib Tarik Balik Permohonan Diberi Kediaman Bernilai RM100 Juta
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan menarik balik permohonan untuk diberi kediaman bernilai RM100 juta daripada kerajaan. Keputusan beliau itu dibuat setelah perbincangan permohonan yang dibuat pada 2018 sebelum surat Permohonan Kemudahan Rumah Kerajaan yang dihantar pada 2019, telah dijadikan isu dan propaganda utama dalam […]
Berita
495,195 Rakyat Melaka Tentukan Kerajaan Negeri Esok
MELAKA, 19 Nov (Bernama) — Esok hari penting bagi rakyat Melaka kerana ia akan menentukan gabungan parti politik mana akan menjadi pilihan seramai 495,195 orang pengundi berdaftar, untuk menerajui pentadbiran kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang. Dengan selesainya tempoh berkempen dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada 11.59 malam ini, tumpuan akan terarah ke 217 Pusat Daerah […]
Berita
United Kingdom Akan Isytiharkan Kumpulan Hamas Serta Sayapnya Sebagai Pengganas
Kerajaan United Kingdom menerusi Setiausahanya, Priti Patel bakal mengisytiharkan bahawa kerajaan UK akan meletakkan kumpulan Hamas sebagai pengganas dan sesiapa yang dibuktikan terlibat dengan apa-apa kegiatan Hamas akan dipenjara sehingga 10 tahun. Ini bermakna, sesiapa yang meluahkan rasa sokongan untuk Hamas, mengibarkan bendera atau mengaturkan mesyuarat untuk organisasi yang berkaitan akan dianggap melanggar undang-undang. Priti […]
Berita
Bajet 2022 Lulus Di Peringkat Dasar, ‘Hadiah’ RM100 Juta Antara Tarikan Minggu Keempat Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat minggu keempat menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 diluluskan di peringkat dasar, selain isu-isu seperti penggunaan kanabis dan pelaksanaan rangkaian 5G antara yang dibangkitkan Ahli Parlimen. Sebanyak 31 Kementerian terlibat dalam sesi penggulungan selama empat hari sepanjang minggu ini, selepas RUU itu dibahas 131 Ahli Parlimen selama dua minggu […]