Berita›Politik
Penyandang Kerusi DUN Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan Meninggal Dunia
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Melaka, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan meninggal dunia pada jam 1.04 tengah hari tadi, lapor Bernama. Allahyarham Abdul Ghafar pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka bagi kerusi Asahan semenjak 13 Mac 2020 dan merupakan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Melaka. Allahyarham juga pernah dianugerahkan pingat Kesatria […]

Kedah Tidak Lagi Luluskan Lesen Perjudian – Menteri Besar
ALOR SETAR, 14 Nov (Bernama) — Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk tidak lagi meluluskan lesen perjudian kepada mana-mana premis perjudian di negeri ini, bagi memastikan Kedah bebas daripada aktiviti tersebut pada masa akan datang. Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata menerusi Mesyuarat Khas Exco Kerajaan Negeri minggu lepas, semua 12 pihak berkuasa tempatan […]

28 Calon PN PRN Melaka Akan Tandatangani Aku Janji Perangi Rasuah
SHAH ALAM, 11 Nov (Bernama) — Kesemua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu menandatangani aku janji sebagai komitmen memerangi rasuah. Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia selari dengan pendirian yang didukung gabungan itu untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah serta akan memberi layanan yang […]

PRN Melaka: BN Bukan Nak Jadi ‘Abang Besar’, Tapi UMNO Perlu Jadi Parti Teras – Khaled Nordin
MELAKA, 10 Nov (Bernama) — Parti teras masih lagi relevan untuk politik Malaysia bagi memastikan kestabilan politik negara ini, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Mohamed Khaled berkata ketiadaan parti teras akan menyebabkan ketidaksetiaan kepada parti dan berlaku lompat melompat sehingga sukar mengawal kestabilan politik negara atau negeri. “Kedua kalau tiada parti teras […]
Malaysia, Indonesia Setuju Laksana Koridor Perjalanan Secara Berperingkat – PM Ismail Sabri
JAKARTA, 10 Nov (Bernama) — Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk melaksanakan koridor perjalanan antara kedua-dua negara melalui aturan Travel Corridor Arrangement atau Vaccinated Travel Lane, memandangkan kedua-dua negara semakin pulih daripada pandemik COVID-19. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata menteri-menteri berkaitan akan memperhalusi inisiatif itu supaya sempadan kedua-dua negara dapat dibuka membabitkan laluan Kuala Lumpur-Jakarta-Kuala […]

Bung Moktar Dapat Pelepasan Sementara Pasport Untuk Urusan Rasmi Di Arab Saudi
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang berdepan pertuduhan rasuah, bagi mendapatkan pelepasan sementara pasportnya untuk ke Arab Saudi bagi urusan rasmi. Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Teh See Khoon, ketika dihubungi pemberita hari ini. “Semalam, mahkamah (Hakim Rozina Ayob) membenarkan pelepasan pasport Bung […]

Usia Muda Bukan Penghalang Berkhidmat Kepada Rakyat
MELAKA, 8 Nov (Bernama) — Calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Farzana Hayani Mohd Nasir berkata usianya yang muda tidak menjadi halangan untuk berkhidmat kepada rakyat jika beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai nanti. Farzana, 21, yang mesra disapa Nana berkata dia sudah bersedia dan ikhlas untuk mencurah khidmat kepada warga Melaka terutama […]
PRN Melaka Paling Tenang, SOP Wajar Jadi Rujukan Pilihan Raya Akan Datang – Ketua Whip PKR
MELAKA, 8 Nov (Bernama) — Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan pilihan raya paling tenang dan tertib yang pernah disaksikannya dalam sejarah pilihan raya negara. Memuji prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Johari berkata PRN Melaka wajar dijadikan norma […]
PRN Melaka: Semua Majlis Rasmi Kerajaan, Swasta Tidak Dibenarkan Dari 4 Hingga 27 November
MELAKA, 8 Nov (Bernama) — Semua majlis rasmi kerajaan dan swasta tidak dibenarkan diadakan di negeri ini sejak dari 4 November hingga 27 November depan. Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Negeri Melaka menerusi kenyataan Pelan Pemulihan Negara (PPN) prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat yang dikemas kini semalam memaklumkan selain itu, semua aktiviti perhimpunan atau majlis […]

Muktamar PAS: Perlu Beri Peluang Lebih Ramai Muslimat Jadi Calon PRU
KUALA TERENGGANU, 7 Nov (Bernama) — PAS perlu memberi peluang dan menampilkan lebih ramai calon wanita dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Dr Rosni Adam. Beliau berkata cadangan itu bukan sahaja untuk meraih perhatian dan sokongan pengundi wanita yang hampir 50 peratus, tetapi juga membolehkan golongan itu berjuang dengan cara tersendiri. […]

PRN Melaka: Tindakan PAS Guna Logo PN Tidak Jejas Hubungan Dengan UMNO
MELAKA, 2 Nov (Bernama) — Tindakan PAS menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini tidak menjejaskan hubungan parti itu dengan UMNO di bawah Muafakat Nasional (MN). Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata parti itu sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dengan […]

Bekas Ketua Kampung Didakwa Cabut Tiang Elektrik, Dipercayai Lepas Kalah Pilihan Raya
Mungkin kerana tidak berpuas hati setelah kalah dalam pilihan raya, individu dipercayai bekas ketua kampung didakwa tekad mencabut berpuluh-puluh tiang elektrik di kampungnya baru-baru ini, lapor Suarakaltim.id. Kejadian yang berlaku di Kampung Guwo, wilayah Pati di Jawa Tengah itu sempat dirakam dan dikongsikan di akaun Instagram @memomedsos serta tular di media sosial. “Berpuluh-puluh tiang elektrik […]
PRN Melaka: Semua Parti Bertanding Perlu Amalkan Norma Baharu Semasa Berkempen
BATU PAHAT, 31 Okt (Bernama) — Semua parti politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu mengamalkan norma baharu semasa berkempen meraih undi bagi menyekat penularan COVID-19, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata meskipun prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), semua pihak perlu bersedia mengubah corak […]

Kompaun Dikeluarkan Kepada Parti Politik Kerana Gagal Patuh SOP
MELAKA, 31 Okt (Bernama) — Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), menyebabkan parti politik dikompaun di Melaka. Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata antara pelanggaran SOP yang dilakukan adalah menggalakkan orang ramai berkumpul di sesuatu tempat, tiada penjarakan fizikal, tidak memakai […]

Ahmad Fadhli Ketua Pemuda PAS Yang Baharu
PORT DICKSON, 31 Okt (Bernama) — Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS yang baharu bagi penggal 2021-2023. Beliau menggantikan Khairil Nizam Khiruddin yang tidak mempertahan jawatan itu. Pemilihan yang diadakan sewaktu Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-62 di sebuah hotel di sini menyaksikan Ahmad Fadhli menang selepas memperoleh 508 undi menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri […]
PRN Melaka: UMNO Teruskan Kerjasama Dengan PAS – Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — UMNO hari ini memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pendirian itu selaras ketetapan Perhimpuan Agong parti itu tahun lepas, iaitu antara lain untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk antara dua […]

BN Akan Bayar Kompaun Yang Dikenakan KKM – Zambry
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Barisan Nasional (BN) akan membayar kompaun RM10,000 yang dikenakan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam kenyataan berkata BN adalah parti yang patuh kepada undang-undang dan menghormati arahan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk tidak mengadakan sebarang […]
SOP PRN Ubah Cara Berkempen, Tampil Norma Baharu Pilihan Raya
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ketat yang perlu dipatuhi parti-parti politik bertanding dilihat akan mengubah corak berkempen, dan pada masa sama menyemarakkan penggunaan media massa serta media sosial sebagai kaedah penting meraih undi. Walaupun SOP sepenuhnya belum diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun pendedahan […]
PM Ismail Sabri Terima Kunjungan Hormat Prabowo
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto di sebuah hotel di sini. Perdana Menteri dilihat meluangkan kira-kira 45 minit semasa menerima kunjungan itu. Selesai kunjungan hormat, Prabowo berserta delegasi dijadual mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya, Menteri Kanan […]

BN Dikompaun RM10,000 Langgar SOP PPN
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) — Pejabat Kesihatan Kepong telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM10,000 kepada Barisan Nasional (BN) kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN). Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian dalam platform media sosialnya memaklumkan, kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu dikeluarkan kepada BN […]