Berita›Politik

Berita
Bekas PM Pakistan, Imran Khan Cedera Ditembak Lelaki Tidak Dikenali
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilapor cedera selepas terkena tembakan pada kakinya dalam satu kejadian semasa perhimpunan ‘kebebasannya’ di Wazirabad hari ini. Difahamkan, segalanya bermula apabila gerakan Pakistan Tehreek-e-Insaf’s (PTI) mengadakan perhimpunan untuk menuntut pilihan raya diadakan lebih awal. Bagaimanapun, seorang lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kumpulan Imran Khan dan ia […]
Berita
Perjuangan Lawan Rasuah Dibuktikan Melalui Sejarah Panjang Saya – Muhyiddin
Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa perjuangannya dalam melumpuhkan gejala rasuah selama ini sudah tercatat dalam sejarah kariernya sepanjang berkecimpung dalam arena politik. Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata, sejarah perjuangannya turut ‘diceritakan’ menerusi detik-detik terakhir karier beliau semasa menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu. “Perjuangan saya melawan rasuah ini […]
Berita
Teka-Teki Terjawab, Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Guna Tiket PN
Teka-Teki Terjawab, Shahidan Kassim Sah Bertanding Di Arau Guna Tiket PN Datuk Seri Shahidan Kassim disahkan bakal bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) bagi merebut kerusi Perlimen Arau menentang calon BN dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Sinar Harian. Majlis memperkenalkan calon PN Perlis secara rasmi dilaporkan akan diadakan di Kompleks Pas Kangar pada […]
Politik
PRU15: Uncle Kentang Bertanding Di Parlimen Puchong Sebagai Calon Bebas
PRU15: Uncle Kentang Bertanding Di Parlimen Puchong Sebagai Calon Bebas Aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mendedahkan bahawa dia bakal bertanding di kerusi parlimen Puchong sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Kenyataan itu dimuat naik sendiri olehnya menerusi satu coretan di platform media sosial, Facebook […]
Berita
Khabar Angin Sertai PRU15: ‘Muafakat Nasional Bukan Parti Politik, Ia Sebuah NGO’ – Annuar
Khabar Angin Sertai PRU15: ‘Muafakat Nasional Bukan Parti Politik, Ia Sebuah NGO’ – Annuar Desas-desus Muafakat Nasional (MN) kembali ‘dihidupkan’ akhirnya terjawab apabila bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan khabar angin gagasan itu menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Menurut Annuar dalam satu kenyataan di Facebook, hal tersebut kerana MN merupakan sebuah […]
Berita
Reezal Merican Akan Dilantik Dalam Kabinet Jika Pertahan Parlimen Kepala Batas – Ismail Sabri
Reezal Merican Akan Dilantik Dalam Kabinet Jika Pertahan Parlimen Kepala Batas – Ismail Sabri KEPALA BATAS, 2 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan dilantik semula sebagai Menteri Kabinet jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat oleh rakyat membentuk […]
Berita
PRU15: Syed Saddiq Pertahan Kerusi Muar
PRU15: Syed Saddiq Pertahan Kerusi Muar MUAR, 2 Nov (Bernama) — Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan sebagai bakal calon parti itu bagi kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Pengumuman oleh Pengarah Pilihan Raya MUDA Amira Aisya Abd Aziz di sini malam ini, sekali gus menjadikan […]
Berita
PRU 15: GTA ‘Hantar’ Lando Zawawi Di Tanjung Karang
PRU 15: GTA ‘Hantar’ Lando Zawawi Di Tanjung Karang Pelakon dan Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi sah bakal bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) di bawah tiket parti Gerakan Tanah Air (GTA). Menurut Sinar Harian, Lando Zawawi telah dicalonkan untuk merebut kerusi Parlimen di Tanjung Karang. […]
Berita
PRU15: GTA Calonkan Pelakon & Pengarah Terkenal
GTA Calonkan Pelakon & Pengarah Malaysia Pada PRU15 Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan nama Parti Pejuang Tanah Air mencalonkan pengarah filem Ahmad Idham dan pelakon Eizlan Yusof untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Difahamkan, masing-masing yang dicalonkan bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam. Memetik BERNAMA, Ketua Setiausaha GTA Marzuki […]
Berita
Perbicaraan Kes Rasuah Ahmad Zahid Ditangguh Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi (YAB) ditangguhkan ke Januari tahun depan sementara menunggu rayuan berhubung keputusan kenyataan saksi. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah melapangkan tarikh pendengaran itu hari ini dan esok serta 9 dan 10 […]
Berita
PN Perlis Sahkan Kekosongan Nama Calon Parlimen Arau Untuk Beri Laluan Shahidan Kassim Bertanding Wakili PN
Perikatan Nasional (PN) Perlis memberikan pengesahan bahawa kekosongan nama calon bagi kerusi Parlimen Arau (P003) adalah untuk memberi laluan kepada, Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding bagi mewakili pakatan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Astro Awani. Shahidam Kassim merupakan penyandang bagi kerusi tersebut setelah memenanginya dalam PRU14 di atas tiket BN. Menurut […]
Berita
“Semoga Kutukan, Cercaan, Hinaan Bertukar Jadi Pahala”, Hantaran FB Ustaz Kazim Jadi Tumpuan Netizen
“Semoga Kutukan, Cercaan, Hinaan Bertukar Jadi Pahala”, Hantaran FB Ustaz Kazim Jadi Tumpuan netizen Nama penceramah popular, Dato’ Ustaz Kazim Elias (DUKE) tiba-tiba menjadi sebutan ramai sejak semalam apabila beliau diumumkan sebagai calon mewakili Barisan Nasional bagi Parlimen Larut (P.056) dalam PRU15 nanti. Hari ini, nama berkenaan terus menjadi tumpuan selepas beliau memuat naik satu […]
Politik
Calon, Pemimpin, Petugas Parti Politik Dilarang Ambil Alih Jadi Imam, Khatib Di Perak
IPOH, 2 Nov (Bernama) — Calon, pemimpin parti politik dan petugas parti politik dilarang mengambil alih menjadi imam dan khatib daripada pegawai masjid sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Itu antara arahan berhubung peraturan dan panduan mengenai program dan aktiviti di masjid, surau, maahad tahfiz dan sekolah agama yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam […]
Berita
PRU15: Kazim Elias Tarik Diri Di Larut, Diganti Mohd Shafiq Fhadly Mahmud
IPOH, 2 Nov (Bernama) — Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN) Mohd Shafiq Fhadly Mahmud diumum sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menggantikan pendakwah bebas Datuk Mohammad Kazim Elias. Perkara itu diumumkan Pengerusi BN negeri Datuk Seri Saarani Mohamad pada majlis pengumuman calon BN Perak bagi kerusi […]
Politik
‘Jika Saya Khianat Amanah Dengan Salah Guna Kuasa & Rasuah, Maka Perbelanjaan Saya Haram’ – Ikrar Calon BN
‘Jika Saya Khianat Amanah Ini Dengan Salah Guna Kuasa & Terlibat Rasuah, Maka Perbelanjaan Saya Haram Seharam-haramnya’ – Ikrar Calon BN Calon-calon Barisan Nasional (BN) hari ini berikrar akan berlaku jujur dengan amanah dan kepimpinan yang diberi sekiranya terpilih dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Demikianlah antara petikan bacaan ikrar yang dilafazkan pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen […]
Berita
PRU 15: Ini Senarai Penuh Nama Calon BN & Kawasan Bertanding
PRU 15: Ini Senarai Penuh Nama Calon BN & Kawasan Bertanding Sebentar tadi, Majlis Pengumuman Calon parti Barisan Nasional telah diadakan di Pusat Dagangan Putra (WTCKL). Majlis yang berlangsung jam pukul 9 malam itu bertujuan untuk mengumumkan senarai nama calon kerusi Parlimen bagi PRU 15 akan datang. Dalam pengumuman nama-nama calon bagi menghadapi PRU 15 […]
Berita
“..Dan Jika Kuala Selangor Memilih Saya, InsyaAllah Saya Akan….” – Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin jika berjaya menyandang kerusi di Parlimen Kuala Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tengku Zafrul dalam satu kenyataan di Facebook pada malam ini berkata, beliau bersedia menggalas tugas sebagai Ahli Parlimen dengan sepenuh hati demi rakyat. “Saya bersyukur kerana […]
Berita
Lima Menteri Sah Digugurkan Daripada Senarai Calon UMNO Untuk PRU 15
Lima Menteri Sah Digugurkan Daripada Senarai Calon UMNO Untuk PRU 15 Lima menteri dilaporkan sah digugurkan daripada senarai calon UMNO dan tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum 15 pada 19 November ini. Menurut ciapan Bernama TV, antara menteri-menteri tersebut adalah Tan Sri Noh bin Haji Omar yang memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan Dan […]
Berita
Annuar Musa Digugur Calon BN, Diganti Marzuani Bagi Parlimen Ketereh
Gugur dalam calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sah tidak bertanding bagi Parlimen Ketereh untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), lapor Sinar Harian. Difahamkan, sebaliknya Ketua Puteri Umno Bahagian Ketereh Marzuani Ardila akan mengisi tempat Annuar dan bertanding di Parlimen Ketereh. Sebelum ini dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Annuar dilihat berjaya mempertahankan […]
Berita
KJ Sah Bakal Bertanding Di Sungai Buloh
KJ Sah Bakal Bertanding Di Sungai Buloh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sah bakal bertanding kerusi parlimen P.107 Sungai Buloh dalam Pilihan Raya Umum 15 pada 19 November ini. Perkara tersebut dikongsikannya melalui akaun Twitter rasmi miliknya sejurus selepas majlis pengumuman calon Barisan Nasional yang diadakan di WTCKL sebentar tadi. “Alhamdulillah saya baru sahaja diumumkan sebagai […]