Berita›Sukan

Legenda Chelsea, Drogba Nafi Peluk Islam
Legenda Chelsea, Drogba Nafi Peluk Islam Pemain bola sepak legenda Chelsea, Didier Drogba menafikan dakwaan beliau melakukan pertukaran agama selepas berita mengenainya memeluk Islam tular sehingga mendapat perhatian ramai di media sosial. Menerusi ciapan di Twitter, Drogba menegaskan kepada orang ramai bahawa semua berita yang tular itu adalah tidak benar, sebaliknya beliau hanya melakukan lawatan […]

Liga Europa: MU Bakal Menentang Barcelona Di Pusingan “Playoff”
Liga Europa: MU Bakal Menentang Barcelona Di Pusingan “Playoff” Dalam undian yang berlangsung hari ini, kelab dari Liga Perdana Inggeris, Manchester United bakal menentang gergasi dari Sepanyol, Barcelona dalam aksi pusingan kalah mati (playoff) Liga Europa. Memetik AFP, selepas gagal menempatkan diri ke 16 pasukan terbaik di Liga Juara-Juara, Barca bakal turun menentang The Red […]

Tundukkan Jepun 4-2, Pasukan Hoki Malaysia Mara Ke Final Piala Sultan Azlan Shah
Pasukan Hoki Malaysia sah akan berentap di final Piala Sultan Azlan Shah 2022 selepas menewaskan Jepun 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung sebentar tadi. Menerusi perlawanan tersebut, dua gol telah disumbangkan oleh Razie Rahim, diikuti dengan satu gol daripada Nik Aiman dan satu gol daripada Norsyafiq Sumantri. Kelebihan pukulan sudut penalti berjaya disempurnakan oleh Razie Rahim […]

VAR Mungkin Diguna Dalam Piala FA, Piala Malaysia Musim Depan – FAM
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) — Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersedia memperkenalkan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah saingan Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan. Timbalan Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut yang […]

“Itu Tak Boleh Diterima,” Erik Kecewa Dengan Manchester United
Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menyatakan rasa marah dan kecewa setelah pasukannya gagal mempamerkan prestasi memuaskan semasa menentang Aston Villa malam tadi. Menurut Mirror, pasukan kendalian Ten Hag itu terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 menentang Aston Villa di Villa Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Imbas kembali corak perlawanan arahan Ten Hag malam […]

Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022
Pecco Bagnaia Dinobat Juara Dunia MotoGP 2022 Pelumba Ducati, Francesco “Pecco” Bagnaia, 25 dinobatkan sebagai Juara Dunia MotoGP dalam kejohanan Valencia Grand Prix yang berlangsung di Sepanyol hari ini. Pelumba Itali itu mengesahkan kejuaraan tersebut dengan bergaya walaupun melengkapkan perlumbaan terakhir pada kedudukan kesembilan di belakang pemenang perlumbaan, Alex Rins dari Jepun. Bagaimanapun ia sudah […]

Demi Tuntutan, Ketua Sami Akur Ketepikan Minat Untuk Tengok Manchester United Di Old Trafford
Demi Tuntutan, Ketua Sami Akur Ketepikan Minat Untuk Tengok Manchester United Di Old Trafford Seorang ketua sami bernama Phra Prasert Panyawaro menceritakan bahawa ketika beliau masih kecil, dia pernah bermimpi menonton perlawanan Manchester United di Old Trafford selepas melihat mereka bermain di televisyen. Menurut Phra Prasert, dia hanya menonton perlawanan itu selama 30 minit ketika […]

Malaysia Duduki Tangga Ke-7 Dalam Senarai Peminat Bola Sepak Paling Fanatik Di Asia
Malaysia Duduki Tangga Ke-7 Dalam Senarai Peminat Bola Sepak Paling Fanatik Di Asia Malaysia duduki tangga ke-7 dalam senarai negara yang mempunyai peminat paling fanatik dalam sukan bola sepak di Asia bagi tahun 2022, lapor sebuah syarikat penganalisis data terkemuka dunia iaitu Nielsen. Dalam senarai tersebut, Vietnam telah mendapat tempat pertama dan ditabalkan sebagai negara […]

Tak Sama Macam Main ”Single“, Abang Ni Ajar Teknik Betul Nak Buat “Service Double” Badminton
Bersukan merupakan amalan hidup sihat yang perlu dilakukan oleh setiap orang untuk memastikan tubuh badan sentiasa berada dalam keadaan cergas dan juga cerdas. Terdapat banyak sukan yang boleh diamalkan oleh orang ramai seperti bola sepak, bandminton dan banyak lagi. Bercakap soal sukan badminton, ia merupakan sukan yang sering dilakukan oleh ramai orang tidak kira sama […]

Malaysia Ada Wakil Di Piala Dunia, Subkhiddin Salleh & Christopher Raj Ke Qatar November Ini
Christopher Raj & Subkhiddin Mohd Salleh Wakil Malaysia Bertugas Di Piala Dunia Qatar Pada November Ini Christopher Raj bersama-sama dengan bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh akan mewakili Malaysia untuk bertugas di Piala Dunia Qatar yang berlangsung November ini. Memetik laporan dari Laman Facebook milik Harimau Malaya, Subkhiddin akan bertanggungjawab merancang persiapan pengadil dari aspek […]

SPOTV Gulung Musim MotoGP Di Valencia Dengan Kandungan Eksklusif Untuk Penonton Asia Tenggara
SINGAPORE, 1 November 2022 – Baru sahaja meraikan ulang tahun pertama, platform sukan, SPOTV akan menamatkan musim MotoGP 2022 dengan perlumbaan ke-21, Gran Premio Motul de la Comunitat Valenciana, di Valencia pada 4 – 6 November. Penonton SPOTV dan peminat sukan permotoran telah menikmati liputan 20 perlumbaan MotoGP tahun ini melalui saluran utama di televisyen […]

Manuel Neuer Dedah Hidap Kanser Kulit, Sudah 3 Kali Jalani Pembedahan Di Muka
Manuel Neuer Dedah Hidap Kanser Kulit, Sudah 3 Kali Jalani Pembedahan Di Muka Penjaga Gol Bayern Munich dan Jerman, Manuel Neuer mendedahkan bahawa dia telah menjalani tiga pembedahan di mukanya akibat kanser kulit. Memetik laporan Eurosport, perkara itu didedahkan oleh pemain tersebut susulan pelancaran pusat penjagaan kulit miliknya tidak lama lagi. Menurut Neuer, penyakit yang […]

PUMA House Of Football Kini Bermula – Menginspirasikan Rakyat Malaysia Untuk Terus Maju Ke Hadapan
KUALA LUMPUR, 1 November 2022 – Jenama sukan global PUMA telah mengorak langkah dalam usaha mengangkat keunggulan bola sepak di Malaysia! PUMA House of Football merupakan acara selama seminggu yang mempamerkan jenama terpantas di dunia ini memulakan misi menyemarakkan semangat bola sepak dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aktiviti interaktif yang menggamit memori sejarah bola […]

“Nak Semua Bagus Tapi…” Zamsaham Kecewa Tiket Perlawanan Bola Bawah RM20 Dikatakan Mahal
“Nak Semua Bagus Tapi…” Zamsaham Kecewa Tiket Perlawanan Bola Bawah RM20 Dikatakan Mahal Pemilik Kelantan Football Club (FC), Norizam Tukiman mendedahkan beliau kecewa dengan sikap segelintir penyokong bola sepak yang mahu harga tiket perlawanan dijual dengan harga yang rendah. Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata beliau tidak pernah berkira untuk mengeluarkan wang demi memberikan […]

Kontrak Adidas Ditamatkan, Kanye West Hilang Status Bilionair
Kontrak Adidas Ditamatkan, Kanye West Hilang Status Bilionair Gugur daripada senarai jutawan, penyanyi rap popular Amerika Syarikat (US) Kanye West dilapor kehilangan status ‘billionair’ selepas pihak Adidas menamatkan kontrak perjanjian mereka, lapor CNN. Difahamkan, pihak Adidas menamatkan hubungan perniagaan bersama Kanye West atau dikenali Ye kerana dia membuat kenyataan berbaur antisematik dan turut memakai baju […]

“Huruf ü Perlu Muncungkan Mulut,” Ketahui Cara Betul Sebut Nama “Player” Jerman
“Huruf ü Perlu Muncungkan Mulut,” Ketahui Cara Betul Sebut Nama “Player” Jerman Seperti yang kita sedia maklum, Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar bakal berlangsung tidak lama lagi. Ia secara tidak langsung menjadi pentas yang terbaik untuk pemain ternama dalam membantu negara masing-masing menjadi pasukan terbaik di dunia dalam Piala Dunia yang diadakan empat […]

Lelaki Pecah Rekod Dunia, Lari 42km Sehari Tanpa Henti Selama 2 Bulan
Seorang lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Dombivli, India berjaya menempatkan namanya dalam Buku Rekod Dunia Guinness buat julung kalinya baru-baru ini. Hal itu disebabkan kejayaan rekod peribadi yang dicatatkannya iaitu berlari maraton sejauh 42.16 kilometer (km) sehari tanpa henti selama 61 hari berturut-turut. Lelaki berkenaan, Vishak Krishnaswamy yang meminati larian jarak jauh membuat […]

Piala Dunia: Ukraine Dilapor Rayu FIFA Batalkan Penyertaan Iran
Ukraine dilapor merayu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) agar membatalkan penyertaan Iran dalam kejohanan Piala Dunia Qatar kali ini. Menurut Daily Mail, hal tersebut adalah kerana Ukraine mendakwa Iran membekalkan senjata kepada Rusia sehingga menyebabkan konflik pencerobohan masih terus kekal berlaku hingga kini. Malah dalam masa sama, Iran juga dituduh melanggar Artikel 3 […]

Melaka, Sarawak Tidak Layak Beraksi Liga Super 2023
Melaka, Sarawak Tidak Layak Beraksi Liga Super 2023 Rayuan kelab Melaka United dan Sarawak United dalam mendapatkan Lesen Kebangsaan ditolak, sekali gus kedua-duanya tidak dapat beraksi dalam Liga Super 2023 kelak. Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB), Mohammad Yasin Abdullah melalui satu makluman rasmi hari ini. Jelas Mohammad Yasin, pihaknya sebulat […]

NESTLÉ OMEGA PLUS Teruskan Usaha Untuk Membina Sebuah Negara Yang Sihat Jantung
Acara Walk a Million Miles telah menyatukan lebih 25,000 rakyat Malaysia untuk sama-sama berjalan 1.5 juta batu sepanjang bulan September Sempena Bulan Jantung Sedunia ini, 25,946 rakyat Malaysia telah berjaya melangkah 1,483,300 batu bersama ke arah negara yang sihat jantung secara maya. Susulan kejayaan itu, NESTLÉ OMEGA PLUS telah menunaikan ikrar untuk menyalurkan RM100,000 kepada Yayasan Jantung […]