BeritaSukan

Berita
Lontaran Emas, Ziyad Zolkefli Pecah Rekod Dunia Pertahan Pingat Emas Di Paralimpik Tokyo 2020
Emas kedua buat Malaysia. Ziyad Zolkefli pecah rekod dunia lagi di pentas Paralimpik Tokyo 2020 dengan mencatat balingan 17.94 meter dalam acara lontar peluru dan mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Rio 2016. Ziyad bukan sahaja memecahkan rekod dunia tetapi telah memecahkan rekod kebangsaan atlet normal dan memecah rekod Sukan Sea. Ketinggalan jauh di belakang […]
Berita
Chong Wei Ingatkan “Tiada Negara Lain Lebih Mewah Tradisi & Adat” Dari Malaysia
Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke-64 pada hari ini, ramai orang telah berkongsikan apa makna merdeka pada diri mereka. Kesempatan itu juga turut tidak dilepaskan oleh lagenda badminton negara, Dato’ Lee Chong Wei menerusi satu perkongsian di akaun Facebook rasminya. Menerusi perkongsiannya itu, beliau telah berkongsikan pengalaman menjelajah jauh bertanding dalam kejohanan di luar negara […]
Berita
“Saya Harap Ronaldo Tak Tengok Match Ini,” Roy Keane Kritik Aksi Separuh Masa Pertama United Semalam
Semalam Manchester United melakar kemenangan kedua dalam 3 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim 2021/22 ke atas pasukan Wolverhampton Wanderers. Kemenangan itu dicatatkan di tempat lawan, menjadikan United satu-satunya pasukan dalam sejarah Premier League mencatat 27 kemenangan di tempat lawan berturut-turut. Walaupun mencatat kemenangan, pada aksi separuh masa pertama, United agak teruk diasak jentera serangan Wolves […]
Berita
Pingat Kedua Buat Malaysia, Yee Khie Sumbang Pingat Perak Di Paralimpik Tokyo
TOKYO, 30 Ogos (Bernama) — Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini. Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, beliau kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, dengan angkatan […]
Sukan
Anson, Zulaikha Tekad Untuk Pamer Aksi Terbaik
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Seramai 20 pemain badminton remaja sudah bersiap sedia untuk beraksi dalam playoff badminton Ranking Dalaman Remaja BAM yang akan bermula esok, selepas pertandingan Ranking Dalaman BAM berakhir minggu lepas. Seramai 12 remaja lelaki dan lapan perempuan akan berentap bagi menempah kedudukan untuk kumpulan masing-masing dalam pasukan remaja, di bawah […]
Berita
‘Diratah’ City 5-0, Ozil Titip Pesan “Trust The Process” Dipercayai Untuk Penyokong Arsenal
Mesut Ozil adalah nama yang tidak asing lagi dalam pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal. Perpindahannya daripada Real Madrid ke The Gunners telah menggembirakan ramai penyokong-penyokong tegar Arsenal. Manakan tidak, prestasinya di Real Madrid sebelum memilih untuk menyertai Arsenal tidak perlu dipertikaikan lagi. Pelbagai kejuaraan berjaya disumbangkannya kepada kelab gergasi yang bertapak di Sepanyol itu. […]
Berita
(Video) Mungkin Kebosanan, Penyokong Arsenal Dirakam ‘Girang’ Raikan Jaringan City Di Etihad Tadi
Salah sebuah kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal yang pernah merangkul pelbagai kejuaraan terus dihurungi mimpi ngeri apabila dibelasah teruk oleh penyandang juara, Manchester City di Stadium Etihad sebentar tadi. Setelah perlawanan menentang skuad Manchester City selesai, Arsenal kini secara rasminya telah tewas kesemua tiga aksi awal pada musim ini. Nama-nama besar seperti Ilkay Gundogan, […]
Berita
“Ronaldo Effect”, Pengikut IG Man. United Meningkat Lebih 2 Juta Orang Dalam Masa 24 Jam
Kepulangan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo ke kelab lamanya iaitu Manchester United telah memberikan pelbagai kesan termasuklah pada pengikut di akaun sosial media rasmi kelab itu. Terdahulu, penyerang prolifik itu dilihat sudah hampir pasti berpindah ke kelab Manchester City. Walaupun sedemikian, Manchester City dilaporkan menarik diri daripada persaingan bagi mendapatkan khidmat pemain kelahiran Portugal […]
Berita
(Video) Lontar Bola Guna Kaki, Aksi Atlet Pingpong Paralimpik Main Guna Mulut Jadi Inspirasi Dunia
Ibrahim Hamadtou baru sahaja berusia 10 tahun ketika dia kehilangan kedua-dua belah tangannya dalam satu kemalangan kereta api ketika dia dalam perjalanan untuk pergi bekerja sebagai tukang kayu di Damietta, Mesir. Kekurangan upayanya itu tidak menghalangnya untuk mewakili negaranya dalam sukan pingpong di pentas paralimpik sebanyak dua kali. Atlet yang berusia 48 tahun itu mampu […]
Berita
TERKINI: Bonnie Hadiahkan Emas Pertama Negara Di Paralimpik Tokyo
Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan kemampuannya apabila berjaya menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo, sebentar tadi. Bonnie memperagakan aksinya dalam acara akhir powerlifting bagi kategori bawah 72 kilogram (kg) yang bermula pada 11 pagi ini waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia) di Tokyo International Forum. Atlet berusia 22 tahun […]
Berita
Tak Sampai 10 Minit Ronaldo Sah Bergelar Pemain MU, Nilai Saham Kelab Dilapor Terus Naik
Tak sampai 10 minit bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo sah bergelar pemain Manchester United, nilai saham kelab tersebut dilaporkan menaik. Menurut akaun Twitter rasmi Telegraph Investing, saham kelab gergasi itu naik semasa khabar angin perpindahan tersebut menjadi bualan hangat. “Saham kelab Manchester United telah melonjak naik sebanyak 5% semasa khabar angin bahawa Cristiano Ronaldo […]
Berita
TERKINI: Rasmi, Ronaldo Kembali Ke Pangkuan Man. United, Bakal ‘Merumput’ Di EPL Semula
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo kini dilaporkan sah menjadi milik pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Manchester United. Perkara tersebut telah disahkan sendiri melalui akaun Twitter rasmi Manchester United sebentar tadi. Welcome 𝗵𝗼𝗺𝗲, @Cristiano 🔴#MUFC | #Ronaldo — Manchester United (@ManUtd) August 27, 2021 Wartawan sukan Fabrizio Romano menyatakan bahawa urus janji yang dilakukan diantara […]
Berita
Pencapaian Rekod Asia Gagal Beri Keceriaan Kepada Brenda Di Kolam Air
TOKYO, 27 Ogos (Bernama) — Pencapaian rekod Asia pada Sukan Paralimpik pada peringkat saringan gagal mengubati kekecewaan perenang negara Brenda Anellia Larry apabila gagal menempah tiket ke pusingan akhir acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu wanita S5 di sini hari ini. Malah perenang muda berusia 16 tahun itu begitu hampa sehingga perasaan kecewa dan sedihnya dizahirkan dengan […]
Berita
Man City Tak Jadi Beli, Ronaldo Dilapor Kian Hampir Sarung Jersi Man United Semula?
Sejak kebelakangan ini, nama bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sering disebut-sebut dalam arena sukan bola sepak. Ianya kerana berita berkenaan perpindahannya dari kelab Juventus yang bertapak di Itali telah hangat diperkatakan. Terdapat pelbagai khabar angin yang berlegar di media sosial berkenaan kelab yang bakal diwakili seterusnya menjadi perbualan warganet. Ada satu khabar angin menyatakan […]
Berita
Siti Nurshuhaini, Zhing Yi Kekal Aksi Tanpa Kalah, Sebelum Bertembung Esok
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) — Siti Nurshuhaini Azman dan Tan Zhing Yi berjaya mengekalkan aksi tanpa kalah dalam kejohanan badminton Ranking Dalaman Remaja BAM sehingga kini, bagi mengesahkan kedudukan dua tempat teratas mereka dalam kumpulan. Dengan hanya tinggal satu lagi perlawanan, Siti Nurshuhaini dan Zhing Yi sudah menempah tiket mereka untuk kedudukan dua teratas selepas […]
Berita
Azizulhasni Terima Tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Dari UMT
KUALA NERUS, 26 Ogos (Bernama) — Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD). Azizulhasni berkata beliau sangat berbesar hati dengan tawaran menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa, kerana […]
Sukan
(Video) Khabib Anggap ‘Ring Girl’ Tak Diperlukan Dalam Perlawanan MMA
Peninju seni pertahan diri MMA dari Russia, Khabib Normagomedov menegaskan bahawa penampilan ‘gadis pengiring oktagon’ atau ‘ring girl’ dalam sesebuah perlawanan adalah tidak perlu. Khabib yang terkenal dengan nama jolokan ‘The Eagle’ itu berkata, penampilan gadis-gadis yang mengelilingi oktagon gelanggang pada setiap kali pusingan perlawanan itu dikatakan sudah lapuk. Malah jelasnya, tradisi lama MMA ini […]
Berita
Paralimpik Tokyo: “Saya Boleh Pecah Rekod Asia Jika Tak Batal” – Nur Syaiful
TOKYO, 25 Ogos (Bernama) — Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, berpotensi memecah rekod Asia baharu sekiranya penyertaannya dalam acara 200 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal), tidak dibatalkan pada Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini. Nur Syaiful yang membuat penampilan sulung dalam temasya berprestij itu, menamatkan perlumbaan di tangga kelima daripada enam pelumba […]
Berita
Azizulhasni Terima Ganjaran RM350,000 Dari Kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) — Kejayaan jaguh trek berbasikal negara Datuk Azizulhasni Awang menyumbang pingat perak buat Malaysia pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo terus dihargai apabila menerima insentif bernilai RM350,000 daripada kerajaan Terengganu hari ini. Ganjaran itu berupa sebuah rumah teres setingkat bernilai RM300,000 di Dungun dan wang tunai RM50,000. Menteri Besar Datuk […]
Berita
Sukan Paralimpik Tokyo Buka Tirai Dengan Percikan Bunga Api
TOKYO, 24 Ogos (Bernama) — Tuan rumah Jepun sekali lagi menampilkan upacara pembukaan yang menakjubkan sempena Sukan Paralimpik ke-16 – hanya 16 hari selepas berakhirnya temasya Sukan Olimpik 2020 di sini. Walaupun diadakan dalam Stadium Olimpik yang hampir kosong ekoran pandemik COVID-19, negara mahathir terbit itu tetap berjaya mengalu-alukan kedatangan alet orang kurang upaya (OKU) dalam […]