Berita›Tragedi
(Video) Gadis Terselamat Keracunan Gas Dalam Kereta Dedah Apa Yang Sebenarnya Berlaku 2 Tahun Lalu
Mesti ramai yang masih ingat satu kejadian yang memilukan yang melibatkan tiga penuntut kolej meninggal dunia di dalam kereta di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang. Kejadian ini berlaku pada September 2020 mendapat perhatian ramai susulan pemergian tragis tiga sekawan dalam sekelip mata. Difahamkan ketika kejadian, empat sahabat ini […]
Kanak-Kanak Lelaki Maut Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat 10
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima atau enam tahun maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah kuarters Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 8.20 pagi […]

Polis Nafi Insiden Lelaki Dibaham Harimau Di Simpang Pulai
IPOH, 10 Feb (Bernama) — Polis Perak menafikan laporan berhubung dakwaan kononnya seorang lelaki telah dibaham harimau di Simpang Pulai di sini seperti yang tular di laman Facebook baru-baru ini. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata semakan dengan Ketua Polis Daerah Ipoh mendapati dakwaan itu tidak benar dan gambar yang tular juga merupakan gambar lama. “Saya ingin […]

(Video) Kecut Perut, Viral Detik Cemas Pesawat British Airways Hampir Terbalik ‘Dipukul’ Angin Kencang Ketika Mendarat
Tular baru-baru ini apabila sebuah rakaman mengejutkan yang menunjukkan pesawat hampir terbalik ketika juruterbang cuba mendarat di lapangan terbang Heathrow, lapor India Express. Menerusi video tersebut, pesawat British Airways tersebut hampir mendarat ketika tayar hampir mencecah tanah. Namun, sebuah kejadian hampir berlaku apabila angin kuat mula menghayunkan pesawat ke arah kiri. Walau bagaimanapun, pesawat tersebut […]

Lepas Penggal Kepala Isteri, Lelaki ‘Bangga’ Usung Kepala Di Jalan
Seorang lelaki yang memenggal kepala isterinya dirakam membawa kepala mangsa di jalan sambil tersenyum ‘bangga’ dalam kejadian ngeri yang berlaku di wilayah barat daya Khuzestan, Iran. Menerusi video, suspek dilihat berjalan memegang pisau dan kepala mangsa selepas mendakwa melakukan “pembunuhan penuh hormat” itu bersama abangnya. Memetik laporan The Daily Star, mangsa yang baru berusia 17 tahun merupakan […]
Tentera India Temui 7 Mayat Anggotanya Yang Maut Dalam Runtuhan Salji Di Arunachal
NEW DELHI, 9 Feb (Bernama) — Tentera India menemui mayat tujuh anggotanya yang terkorban dalam runtuhan salji di wilayah timur laut pada ketinggian 14,500 kaki. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada Ahad selepas anggota yang merupakan sebahagian daripada pasukan rondaan, hilang di Sektor Kameng di Arunachal Pradesh. “Mayat kesemua tujuh mangsa ditemui di tapak runtuhan salji. Malangnya, […]

Dipercayai Lupa Jalan Balik, Anak Rayu Netizen Tolong Cari Ayah Hilang
Baru-baru ini tular di Facebook bahawa seorang lelaki warga emas bernama Hamzah Bin Salamon telah hilang dari ‘pandangan’ keluarga. Menurut Athirah, anak kepada Hamzah memaklumkan perkara tersebut di laman Facebook miliknya. Athirah memaklumkan berita tersebut pada 7 Februari tepat jam 11.42 malam. Ayahnya yang hilang sejak hari tersebut masih belum ditemui sehingga hari ini dan […]
Kes Kemalangan Sepanjang Tahun Baharu Cina Menurun 26 Peratus – KPN
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) – Kes kemalangan jalan raya yang direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Selamat bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini menurun sebanyak 26 peratus kepada 11,325 kes berbanding 15,382 kes pada tahun lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sepanjang Op Selamat yang bermula pada 28 Jan hingga Sabtu […]

(Video) Viral Ratusan Motosikal Terpaksa Berhenti Atas Jambatan Pulau Pinang, Disyaki Sebab Angin Kencang
Hari ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan puluhan (malah mungkin ratusan) motosikal yang berhenti beramai-ramai di atas sebuah jambatan. Berdasarkan perkongsian netizen, kejadian ‘pelik’ tersebut didakwa dirakam di atas Jambatan Pulau Pinang kira-kira petang tadi. Merujuk video tular itu, ratusan motosikal tersebut terpaksa berhenti di bahu jalan di jambatan dipercayai disebabkan ribut […]

(Video) Pokok Tumbang Dan Bumbung Tercabut Di Beberapa Tempat Di Pulau Pinang Akibat Ribut
GEORGE TOWN, 8 Feb (Bernama) – Hujan lebat dan angin kuat yang melanda beberapa kawasan di bahagian pulau di Pulau Pinang menyebabkan banyak kejadian pokok tumbang dan struktur bumbung tercabut hari ini. Bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian sekitar pukul 5 petang itu. Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon […]
Wanita Alami Detik Cemas Apabila Runtuhan Tebing Hempap Belakang Kereta
SEREMBAN, 7 Feb (Bernama) – Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila sebahagian keretanya tertimbus dalam kejadian tebing runtuh di sebuah kawasan perumahan, Jalan Limbok, di sini, petang tadi. Kejadian berlaku semasa Christine Ratnam sedang dalam perjalanan pulang ke rumah, melalui jalan di tebing bukit kawasan berkenaan, apabila tanah dan batu dari tebing yang runtuh itu […]
Bas Pelancong Terbabas, 13 Individu Maut
Sebuah bas pelancong dilapor terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya di Kawasan Bukit Bego, Yogyakarta pada Ahad, lapor CNN Indonesia. Menurut pihak berkuasa tempatan menerusi CNN Indonesia, kemalangan tersebut telah meragut kira-kira 13 nyawa pelancong yang menaiki bas itu “Jumlah keseluruhan penumpang 42 orang termasuk kru dan 13 meninggal dunia, selebihnya hanya mengalami kecederaan […]
Anggota JPJ Maut Kemalangan Ketika Kejar Penunggang Motosikal
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) — Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut dalam kemalangan jalan raya ketika mengejar seorang penunggang motosikal di Kilometer 13 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Plaza Tol Gombak di sini hari ini. Sebelum kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Azizi Azizan, 30-an, dikatakan sedang meronda bersama beberapa anggota […]
Ismail Sabri, Keluarga Malaysia Ucap Takziah Kepada Keluarga Rayan
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam sebuah perigi kering di sebuah kampung di utara Maghribi. Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah […]

Adik Rayan Meninggal Dunia
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun diselamatkan selepas terperangkap pada kedalaman 32 meter di sebuah perigi sejak Selasa lalu, disahkan meninggal dunia. BBC melaporkan, kenyataan diraja mengumumkan pemergian Rayan pada Sabtu sejurus selepas dia berjaya ditemukan dan dibawa keluar dari telaga tersebut. Usaha menyelamatkan Rayan sebelum ini ibarat ‘mencengkam’ perasaan seluruh negara dengan ratusan orang berkumpul […]

34 Kesan Tikaman Di Badan Isteri Dibunuh Suami
GEORGE TOWN, 5 Feb (Bernama) — Bedah siasat ke atas wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh suaminya, sebelum lelaki itu terjun dari tingkat 12 rumah mereka di Paya Terubong, di sini semalam mendapati terdapat sebanyak 34 kesan tikaman di badan mangsa. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital […]

Wanita Temui Ajal Ketika ‘Interview’ Kerja, Kulit Kepala Tercabut Lepas Rambut Tersangkut Dalam Mesin
Seorang wanita menemui ajal selepas rambutnya tersangkut dalam mesin sebelum melilit lehernya sendiri dalam kejadian yang berlaku di sebuah kilang di Borisov, Belarus. Lebih mengerikan, kejadian tragis tersebut turut menyebabkan kulit kepala wanita berusia 21 tahun itu tercabut, lapor Mirror UK. Memetik laporan, mangsa yang turut hamil tujuh minggu disahkan meninggal dunia 20 hari kemudian […]

Lelaki Disyaki Terjun Flat Selepas Tikam Isteri
GEORGE TOWN, 4 Feb (Bernama) — Seorang wanita ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman disyaki ditikam suaminya yang dijumpai sudah tidak bernyawa di kawasan flat kediaman mereka di Paya Trubong di sini hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V Saravanan berkata polis pada mulanya menerima laporan berhubung mayat […]
Kemalangan Maut: Penternak Ikan Didakwa Bunuh Empat Beranak
BENTONG, 4 Feb (Bernama) – Seorang penternak ikan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh empat beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Lebu-Felda Mempaga, Bentong, minggu lepas. Pengakuan lelaki berusia 44 tahun itu yang berasal dari Lipis direkodkan di hadapan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara […]
TERKINI: Awas, Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Dijangka Landa 11 Negeri Hingga Jam 8 Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 8 malam, 4 Februari 2022. Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3:30 petang tadi menunjukkan terdapat 11 negeri dijangka dilanda ribut petir. Antara kawasan yang dijangka terlibat adalah di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di […]