Berita›Tragedi

Hanya Peralatan Sembahyang Terbakar Di Kuil Kek Lok Si
GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) – Hanya alat perkakasan sembahyang di luar Kuil Kek Lok Si yang berusia 131 tahun di Air Itam di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata kebakaran dipercayai berlaku pada 12.50 tengah malam itu tidak melibatkan struktur bangunan terdapat di […]
Penganggur Ditemukan Mati Dipercayai Terlibat Pergaduhan Berkaitan Dadah
MERSING, 3 Feb (Bernama) — Seorang penganggur ditemukan mati, dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan berkaitan dadah, di hadapan sebuah rumah di Jalan Dato Onn, Mersing Kanan di sini, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor SAC Shahurinain Jais berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pergaduhan itu pada pukul 7.20 pagi yang membawa kepada penemuan mayat lelaki tempatan berusia 37 tahun […]

Polis Rampas Pistol, Peluru Selepas Tahan Penjenayah Yang Diburu 19 Tahun Lepas
GUA MUSANG, 2 Feb – Polis merampas sepucuk pistol semi auto jenama Zaroki serta dua kelopak peluru berisi 10 butir peluru selepas menahan seorang lelaki dalam keadaan khayal berdekatan dengan keretanya di tepi jalan Kampung Kubang Endang, Bechah Keranji dekat Melor di Kota Bharu Isnin lepas. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata siasatan mendapati […]
Kerap Sakit Kepala, Rupanya Peluru Tertanam Dalam Kepala Dah 20 Tahun
Seorang lelaki berasa terkejut apabila mengetahui bahawa dia telah hidup ‘bersama’ peluru dalam tengkoraknya sejak 20 tahun yang lalu. Mengeksplorasi artikel Oddity Central, Xiao Chen, 28 tahun di China didakwa telah mengalami sakit kepala sejak dahulu lagi. Namun sejak kebelakangan ini, rasa sakit kepalanya semakin menjadi-jadi. Pada awalnya, dia menyangka puncanya hanyalah disebabkan tidak cukup […]

Lelaki Maut Ditembak Lebih 10 Das Di Parkir Kondominium Mewah
BUKIT MERTAJAM, 1 Feb (Bernama) – Seorang lelaki maut selepas ditembak lebih 10 das tembakan dalam kejadian di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah kondominium mewah di Jalan Baru, di sini malam tadi. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tembakan membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 31 […]
Negeri Di Pantai Semenanjung Antara Lokasi Diramal Berlaku Puting Beliung
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) — Beberapa lokasi di negeri Pantai Barat Semenanjung serta Sabah dan Sarawak adalah diramalkan untuk terjadinya fenomena puting beliung seperti yang berlaku di Perak semalam. Pengarah Kanan Pusat Instrumentasi Meteorologi dan Sains Atmosfera Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata negeri tersebut turut melibatkan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka […]
Tiga Penyu Agar Ditemukan Mati Di Tiga Lokasi Berasingan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 31 Jan – Tiga lagi bangkai penyu Agar ditemukan di tiga lokasi berasingan iaitu dua di Pantai Kijal, Kemaman dan satu di Pantai Kelulut, Marang dalam tempoh tidak sampai 25 jam. Pemajak telur penyu Roslan Muhammad, 54, berkata bangkai pertama ditemukan anaknya Muhammad Aqil, 21 pada 7.30 pagi semalam di Pantai Kijal dengan […]
Imbas Kembali, Puting Beliung ‘Gergasi’ Pernah Serang Kedah Pada 2014 Dahulu
Selepas banjir dan ribut, Malaysia diuji sekali lagi dengan ribut angin puting beliung yang melanda bumi Perak, semalam. Kejadian di Ipoh semalam tular di setiap penjuru media sosial. Disebabkan itu, terdapat banyak rumah-rumah telah musnah dan ranap disebabkan impak kejadian tersebut. Namun, laporan terperinci mengenai mangsa serta kematian belum dilapor setakat ini. Biasanya puting beliung […]
Perhilitan Tangkap Gajah Liar Masuk Kampung Di Jerteh
JERTEH, 30 Jan – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor gajah jantan liar di Kampung Padang Tapong, di sini semalam. Pengarah Perhilitan Terengganu Loo Kean Seong berkata tangkapan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung gajah liar yang dilihat berkeliaran di sekitar kampung berkenaan sebelum ini. “Kakitangan […]

Pekerja Penyelenggara Maut Terjatuh Di Ruang Lif
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) – Seorang lelaki ditemukan maut akibat terjatuh di ruangan lif di sebuah pusat membeli belah di Jalan Loke Yew, hari ini. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata lelaki berumur 33 tahun yang merupakan pekerja penyelenggara bangunan berkenaan, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. “Pasukan bomba yang tiba di […]
Pemandu Nissan Navara Rempuh Toyota Velfire Didapati Positif Dadah
Pemandu pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang terlibat satu kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan empat sekeluarga maut di simpang empang Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) didapati positif dadah jenis opiate, amphetamine dan methamphetamine. Memetik laporan Utusan, pihak polis turut menjumpai tiub straw lutsinar pada pemandu kenderaan pacuan empat roda […]
Ribut Petir, Hujan Dijangka Berlaku Di Beberapa Negeri Minggu Depan – MetMalaysia
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan. Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri […]
Empat Sekeluarga Maut Dirempuh Kenderaan Langgar Lampu Merah
KUANTAN, 28 Jan (Bernama) — Kegembiraan lima beranak untuk menghadiri kenduri kahwin berakhir tragedi selepas empat daripada mereka maut apabila kenderaan dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda yang dipercayai melanggar lampu merah di Kilometer 2 Jalan Lebu-Mempaga, Bentong hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kejadian pada 3.10 petang itu […]

Gara-Gara Nak Selfie, Pemuda Maut Terjatuh Dari Gunung Setinggi 700 Kaki
Seorang pendaki dilaporkan terjatuh dari ketinggian 700 kaki selepas tergelincir semasa ingin berswafoto atau selfie di puncak gunung. Memetik laporan DailyMail, lelaki berusia 21 tahun itu sedang berkhemah bersama rakan-rakannya di Puncak Flatiron, sebuah kawasan pergunungan di Arizona di Taman Negara Lost Dutchman. Pihak polis setempat dikatakan menerima laporan lelaki berkenaan tergelincir dari salah seorang rakan […]

(Video) 13 Rumah Terjejas Akibat Hujan Lebat, Ribut Di Shah Alam
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Tiga belas rumah penduduk di Lorong Bunga Raya 3, Jalan Kampung Bunga, Seksyen 22 di sini adalah antara yang terjejas susulan hujan lebat dan ribut di beberapa kawasan di Shah Alam petang tadi. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian ribut […]

40 Rumah Di Kampung Kebun Bunga Rosak Akibat Ribut, Hujan Batu
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) – Kira-Kira 40 rumah di Kampung Kebun Bunga, Seksyen 22 di sini rosak akibat hujan lebat dan ribut yang disertai hujan batu di kawasan itu petang tadi. Pemangku Ketua Kampung Batu 3 Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar berkata hujan lebat, yang bermula pada 5.30 petang, turut disertai pusaran angin kecil […]
Ini 10 Tragedi Hujan Batu Paling Teruk & Dahsyat, Ais Gugur Sebesar Bola Lisut
Hari ini sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan beberapa kawasan yang dilanda hujan batu. Video yang tular tersebut mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia, manakan tidak benda jarang-jarang berlaku kan? Tapi tahu tak terdapat kawasan yang dilanda hujan batu sehingga mengakibatkan kerosakan teruk dan mengalami kerugian yang amat besar lagi dahsyat! Mengeksplorasi artikel yang diterbitkan oleh Stacker, […]
Mayat Lelaki Ditemukan Dalam Keadaan Kaki, Tangan Terikat Di Sebuah Rumah Di Tampin
TAMPIN, 27 Jan (Bernama) – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Tampin Supt Anuwal Ab Wahab berkata polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki berusia 26 tahun itu, pada pukul 3.02 petang tadi yang terbaring […]

Tiga Maut, Empat Cedera Nahas Elak Motosikal Keluar Secara Tiba-Tiba
KUANTAN, 27 Jan – Tiga wanita maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van milik syarikat keselamatan di Kilometer 84 Jalan Lipis-Merapoh di Lipis hari ini. Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Azli Mohd Noor berkata nahas yang berlaku pada 2.30 petang itu menyebabkan dua mangsa meninggal dunia di tempat […]

10 Kenderaan Rosak Dalam Kejadian Hujan Lebat, Angin Kuat Di Seksyen 13
SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) — Sepuluh kenderaan dilaporkan rosak susulan hujan lebat dan angin kuat yang melanda kawasan Seksyen 13, dekat sini petang tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan laporan berkenaan sebatang pokok telah tumbang dan menghempap dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah […]