Berita›Tragedi

Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Berdekatan Kawasan Perumahan Di Kota Tinggi, Susulan Hujan Berterusan Tengah Hari Tadi
Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku berhampiran sebuah kawasan perumahan di Taman Bukit Pelali, Pengerang, Kota Tinggi, lapor Bernama, memetik kenyataan pihak polis. Menurut pihak polis, kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan berterusan sejak tengah hari tadi. Maklumat lanjut menyusul. #Johor: Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku berdekatan kawasan perumahan di Taman Bukit Pelali di Pengerang, […]
Mayat Wanita Reput Ditemukan Di Dalam Tasik
PUTRAJAYA, 2 Jan (Bernama) — Mayat wanita yang sudah reput dan busuk ditemukan di dalam sebuah tasik berhampiran Sky Ride Presint 2 di sini semalam. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang menjumpai mayat itu kira-kira 6.55 petang. “Pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati keadaan mayat telah […]
Banjir Diramal Landa Daerah Lipis Bermula 3 Januari, Jam 3 Pagi – JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dalam satu Hebahan Amaran Banjir Negeri Pahang memaklumkan daerah Lipis di negeri tersebut diramal akan dilanda banjir bermula 3 Januari ini, jam 3 pagi. Perkara berkenaan dikongsikan melalui laman facebook jabatan tersebut sebentar tadi. Antara kawasan-kawasan yang mungkin terjejas Sungai Jelai, Kampung Bukit Betong, Kampung Demik, Kampung Kuala Telang, Kampung […]

Aneh, Kambing Dilapor Lahirkan Anak Dengan Wajah Mirip Manusia
Seekor kambing di India milik seorang petani telah mengejutkan tuannya apabila melahirkan anak yang berwajah ‘manusia’. Berita tersebut tersebar dan mengejutkan penduduk tempatan di sebuah kampung di Dholau Vidhan Sabha di timur laut negeri Assam, India. Anak kambing tersebut dikatakan memiliki ciri-ciri seperti wajah manusia di mana memiliki mata, hidung, dan mulut seperti manusia. “Jiran-jiran […]
Gigit Tangan Tukang Cuci Zoo, Harimau Malaya Terpaksa Ditembak Mati
Seekor harimau Malaya ditembak mati selepas menyerang dan menggigit lengan seorang tukang cuci zoo ketika memasuki kandang tersebut, lapor The Mirror. Kejadian berlaku di Zoo Naples di Florida, Amerika Syarikat sekitar jam 6.30 petang. Berdasarkan laporan, seorang pegawai polis ‘dipaksa’ untuk membunuh harimau jantan bernama Eko apabila mendapati haiwan tersebut menggigit lengan lelaki berusia lingkungan […]
(Video) Siren Dibunyikan, Viral Dipercayai Air Sungai Tembeling Melimpah & Arus Deras
Hujan berterusan yang melanda Pahang sejak pagi tadi menyebabkan aras air di Sungai Tembeling melimpah. Menerusi perkongsian video seorang pengguna Twitter, siren di kawasan Hulu Tembeling telah dibunyikan dipercayai sebagai amaran bahawa air sudah semakin tinggi. Kawasan berdekatan juga dilihat mula ditenggelami air dalam keadaan hujan yang berterusan. Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah […]
Mayat Lelaki Ditemukan 300 Meteri Daripada Jambatan Sungai Belat
KUANTAN, 30 Dis (Bernama) — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menemukan mayat seorang lelaki di Sungai Belat di Taman Desa Bistari di sini, pada 8.10 malam tadi. Ketua Zon Satu JBPM Pahang Mohd Shahrom Laji berkata mayat yang berseluar pendek dan tidak berbaju itu ditemukan tersangkut pada pokok berhampiran sungai itu. “Bomba dimaklumkan […]
Terengganu Kembali Dilanda Banjir, Jumlah Mangsa Di Kelantan Meningkat
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) — Hujan lebat berterusan mengakibatkan Terengganu kembali dilanda banjir manakala Kelantan menunjukkan pertambahan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), petang tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka dialami 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, […]
Penduduk Tawau Dikejutkan Gegaran Akibat Gempa Bumi Di Tarakan, Indonesia
TAWAU, 30 Dis (Bernama) — Beberapa kawasan di sini dikejutkan dengan gegaran akibat gempa bumi lemah bermagnitud 4.3 pada skala Richter yang melanda Tarakan, Indonesia, pada 2.09 pagi ini. Penduduk Kampung Titingan Blok 5, Yusri Yahya, 49, berkata seluruh keluarganya seramai 10 orang terjaga dari tidur selepas rumahnya tiba-tiba bergegar beberapa saat. “Kami sekeluarga terus […]
Empat Mayat Ditemukan Terapung Di Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan
IPOH, 30 Dis (Bernama) — Tiga mayat wanita dan satu mayat lelaki ditemukan terapung pada kedudukan 14.2 batu nautika barat Pulau Buloh, Kepulauan Sembilan, Pulau Pangkor, Lumut pagi tadi. Pengarah Maritim Negeri Perak Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (PUSOP) menerima maklumat awal berhubung penemuan empat mayat itu oleh komuniti maritim […]

Gempa Berukuran 7.4 Gegar Maluku, Indonesia
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia. Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini. Menurut Xinhua, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut […]
Masyarakat Islam Selatan Thailand Derma 1 Juta Baht Bantu Mangsa Banjir Di Malaysia
HATYAI (Songkhla, Thailand), 29 Dis (Bernama) — Masyarakat Islam di selatan Thailand menyampaikan sumbangan berjumlah 1 juta baht (RM124,751) bagi meringankan beban mangsa banjir di Malaysia. Kempen kutipan derma dalam talian (online donation drive) merupakan initiatif pendakwah muda Asari Lateh bersama beberapa penceramah bebas di selatan Thailand. Asari dan penceramah-penceramah bebas menerusi “Babazu Channel” telah […]
Pembinaan Perumahan Di Pintu Air Sri Muda Bukan Punca Banjir
SHAH ALAM, 29 Dis (Bernama) — Kerajaan Selangor menafikan dakwaan bahawa pembinaan perumahan berdekatan pintu air di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini menjadi punca kawasan itu terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini. “Tiada kena mengena. Perumahan dan tanah ini ada pemiliknya dan kebenaran merancang telah diperoleh pada 2015 dan submission bangunan diluluskan 2017, […]
Lelaki Maut Dihempap Besi Kren
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) — Seorang lelaki warga asing maut akibat dihempap sebatang tiang besi sebuah kren di tapak pembinaan berhampiran Jalan Kuchai Maju, Kuchai Entrepreneurs Park di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata ketika pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa berusia 42 tahun itu […]
Kerajaan Umum Bantuan Wang Ihsan RM 1000 Untuk Ketua Isi Rumah Mangsa Banjir
Susulan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri minggu lalu, kerajaan telah mengumumkan pemberian Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk kematian kepada waris mangsa banjir sebanyak RM10,000 dan RM1,000 bagi ketua isi rumah yang terlibat dalam bencana itu. Bagi ketua isi rumah mangsa banjir, semua layak menerima bantuan RM1,000 tidak kira sama ada berpindah ke Pusat […]

(Video) Pengawal Keselamatan Disambar Petir Ketika Mencari Rezeki, Badan Seolah Keluar Percikan Api
Seorang pengawal keselamatan dipercayai di Jakarta Timur disambar petir sebelum jatuh dan tidak sedarkan diri, lapor Kompas. Menurut portal tersebut, rakaman detik kejadian yang menimpa mangsa berusia 35 tahun pada Jumaat lalu itu telah tular di media sosial. Menerusi video tular, kelihatan mangsa sedang berjalan sambil memegang payung dalam hujan sebelum tiba-tiba disambar petir, menyebabkan […]
Sayu, Dua Beradik Temui Ajal Bersama, Terseret Lapan Meter
Dua beradik dilaporkan maut akibat terseret kira-kira lapan meter setelah motosikal mereka bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Cheneh, semalam, memetik laporan Sinar Harian. Mangsa, Mohd. Faizal Shaari, 29, dan abangnya, Termizi, 37, meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa anggota badan. Menurut Ketua Polis […]
Ramai Luah Rasa Sedih, Tengok Kira-kira 2 Juta Buku ‘Musnah’ Jadi Mangsa Banjir
Banjir yang melanda di beberapa negeri minggu lalu mungkin sudah surut, namun kesan daripada bencana itu amat memilukan. Manakan tidak, kebanyakan rumah, infrastruktur dan barangan telah rosak serta ada yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Lumpur yang ‘menyelimuti’ segenap ruang di dalam rumah juga memerlukan masa yang lama dan tenaga yang kuat untuk dibersihkan sepenuhnya. […]
Penyelia Jurukimpal Maut Dalam Kebakaran Tongkang
GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) — Seorang penyelia jurukimpal meninggal dunia manakala lima jurukimpal mengalami kecederaan ringan selepas sebuah tongkang yang sedang mereka baiki meletup sebelum terbakar dalam kejadian di Gat Lebuh Macallum, Pengkalan Weld, di sini hari ini. Dalam kejadian pada 10.45 pagi itu, Yaser Abdullah, 60, yang mengalami kecederaan parah akibat melecur, dilaporkan […]

Banjir: Operasi Sedut Lumpur Dan Sampah Di Kajang Giat Dijalankan
Beberapa kawasan di sekitar Kajang dilanda banjir akibat hujan lebat pada petang Isnin. Antara kawasan yang terjejas ialah di kawasan Apartmen Glen Court, Bandar Sungai Long dan di Jalan Semenyih, Rumah Murah Taman Lembah Mewah, Kajang. Situasi sewaktu kejadian dikongsikan menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial. Terdapat kenderaan yang dilihat terkandas dalam […]