BeritaTragedi

Luar Negara
(Video) Pesawat Persendirian Bawa Penumpang Dilapor Rempuh Bangunan, 8 Termasuk ‘Pilot’ Terkorban
Sebuah pesawat peribadi dilapor telah terhempas di Milan, Itali hingga mengakibatkan tujuh penumpang dan seorang juruterbang terkorban. Difahamkan, pesawat Pilatus PC-12 itu pada asalnya baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Linate untuk menuju ke Pulau Sardinia. Bagaimanapun menurut BBC, pesawat berkenaan dilapor terhempas dan merempuh sebuah bangunan pejabat di bandar tersebut tidak lama kemudian. Rai […]
Tragedi
Remaja Hilang Dikhuatiri Lemas Di Pantai Sungai Miri, Labuan
LABUAN, 3 Okt (Bernama) — Seorang remaja hilang dikhuatiri lemas selepas mandi-manda di sebuah pantai Sungai Miri dekat Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) di sini hari ini. Mangsa dikenali sebagai Al Saeif Manahan, 17, dipercayai berenang di pantai itu bersama abang tirinya Al Faiez Rizal Adnan, 23, kira-kira pukul 1 tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Bomba […]
Berita
Pemandu Lori Rentung Sempat Pesan Pada Ibu Jangan Menangis Jika Kehilangan Orang Tersayang
JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) — Pemandu syarikat penghantaran yang rentung selepas lori dipandu terbabas lalu terbakar di Jalan Tasik Utara, Larkin dua hari lepas, sempat berpesan pada ibunya supaya tidak menangis sekiranya orang yang tersayang pergi menghadap Ilahi. Ibu Mohamad Mustaqim Ismadi, 23, Maglita Varshay Ibrahim, 49, berkata arwah mengungkapkan perkara itu ketika ibunya […]
Berita
Pokok Tumbang Hempap Kereta, Dua Beranak Terselamat
SHAH ALAM, 30 Sept (Bernama) — Berpantang maut sebelum ajal, demikian detik cemas dilalui dua beranak yang terselamat selepas kenderaan dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Raja Nong menghala ke Taman Sentosa, Klang pagi tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata insiden tersebut melibatkan sebatang pokok getah setinggi 80 kaki tumbang melintang jalan […]
Berita
(Video) Semakin Melarat, Lava Dari Gunung Berapi Di Sepanyol Dilapor Telah Sampai Ke Lautan Atlantik, Bebaskan Gas Bertoksik
Menimbulkan kebimbangan, lava dari gunung berapi yang meletus di Pulau La Palma di Sepanyol makin melarat apabila ia dilaporkan telah sampai ke Lautan Atlantik. Menurut BBC, masyarakat dan pakar alam sekitar di sana bimbang mengenai letupan dan pelepasan gas toksik dari lava itu. Menerusi rakaman yang disiarkan oleh saluran TV tempatan, asap putih dilihat menyelubungi […]
Berita
Dua Pakar Beri Keterangan Bercanggah – Peguam
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa terdapat percanggahan keterangan antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu. Peguam Amer Hamzah berkata keterangan pendakwaan berhubung punca kematian hanya berdasarkan keterangan saksi pendakwaan keenam (SP6), ahli […]
Tragedi
(Video) Penduduk Berdepan Detik Cemas, Puting Beliung Bawa Angin Kuat Dengan Bunyi Menakutkan Membadai Kawasan Rumah
Penduduk Taman Bagan Kurnia, Kuala Lukut terpaksa melalui detik-detik cemas apabila puting beliung yang membawa angin kuat membadai kawasan perumahan mereka kira-kira 10.30 pagi tadi. Menurut laporan ringkas Bernama, angin puting beliung seperti yang dirakam dan dimuat naik ke Twitter sebentar tadi didakwa turut mengeluarkan bunyi yang menakutkan. Difahamkan, rakaman video memaparkan fenomena puting beliung […]
Berita
Letupan Kuat Gegar Pangsapuri Di Sweden, Lebih 20 Orang Dilapor Cedera & Empat Parah
Satu letupan kuat dilaporkan telah berlaku di sebuah bangunan pangsapuri di Gothenburg, Sweden pada Selasa sehingga menyebabkan 20 orang mengalami kecederaan, lapor DW. Agensi berita Sweeden melaporkan bahawa letupan berlaku pada awal pagi dan pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran yang dikatakan telah merebak ke beberapa pangsapuri lain. Sementara itu, pihak polis mengatakan bahawa mereka […]
Berita
Pemandu Syarikat Penghantaran Rentung Lori Terbakar Selepas Terbabas
JOHOR BAHRU, 28 Sept (Bernama) — Pemandu sebuah syarikat penghantaran maut selepas lori yang dipandunya terbabas, dipercayai cuba mengelak kon yang berada di tepi jalan lalu terbakar di Jalan Tasik Utara, Larkin, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Timbalan Penguasa Bomba 1 Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad […]
Berita
(Video) Detik Cemas Kepala Air Tiba-tiba ‘Menyerang’, Dua Dilapor Maut, Seorang Masih Hilang
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan terkorban dalam kejadian kepala air di sebuah air terjun Tinubdan di Cebu, Filipina. Menurut Manila Bulletin, setakat berita itu ditulis, seorang lagi wanita berusia 32 tahun masih hilang dalam kejadian pada jam 1 petang waktu tempatan, Ahad lalu. Mangsa pertama berusia 17 […]
Berita
Bayi Maut Jatuh Ke Dalam Lubang Tandas Sebaik Dilahirkan – Bomba Selangor
SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) — Seorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7, Sekinchan petang tadi. Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata ketika kejadian kira-kira 4.03 petang itu, seorang wanita yang sedang mengandung kira-kira tujuh bulan melahirkan bayinya secara tidak […]
Berita
Wanita Warga Indonesia Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 29 Di Johor Bahru
JOHOR BAHRU, 27 Sept (Bernama) — Seorang wanita warga Indonesia ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 di sebuah pangsapuri dekat Gelang Patah, awal hari ini. Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Ishak Noh berkata mangsa, 66, ditemui tersangkut di tingkat 16, setelah terjatuh dari tingkat 29. Beliau berkata mangsa yang merupakan pemastautin tetap […]
Tragedi
Mayat Lelaki Ditemukan Terapung
GEORGE TOWN, 27 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan terapung oleh nelayan yang sedang menangkap ikan di kedudukan 1.1 batu nautika selatan Pasir Blanda di Teluk Kumbar, dekat sini semalam. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat lelaki itu pada 4.10 […]
Berita
JKKP Arah Lombong Henti Operasi Selepas Pekerja Maut Jatuh Dalam Palong Pengisar
KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengarahkan pemilik premis sebuah lombong di Felda Aring 5, Gua Musang untuk menghentikan semua kerja operasi pemprosesan bijih susulan kemalangan maut ke atas seorang buruh, Khamis lepas. Pejabat Pengarah JKKP Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat jabatan itu […]
Berita
Mayat Kanak-Kanak Hilang Setelah Bot Terbalik Ditemukan Di Tenom
TENOM, 23 Sept (Bernama) — Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di Sungai Padas, Kampung Kalandos Pangi di sini semalam, ditemukan petang tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata mayat Melvin Junaidi ditemukan orang awam di Sungai […]
Berita
Insiden Kapal Karam, Enam Krew Kapal MV Ocean Serene Selamat
SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) — Enam krew kapal MV Ocean Serene warga Indonesia berjaya diselamatkan oleh sebuah bot milik orang awam setelah kapal yang dinaiki mereka karam di Pelabuhan Klang dekat sini, malam tadi. Jabatan Laut Malaysia melalui Jabatan Laut Malaysia Wilayah Tengah mengesahkan telah menerima satu laporan kecemasan berkenaan sebuah kapal layar yang […]
Tragedi
Nelayan Dikhuatiri Lemas Di Jeti Kuala Lukut
PORT DICKSON, 22 Sept (Bernama) — Seorang nelayan dikhuatiri lemas ketika keluar menangkap ikan kira-kira satu batu nautika dari Jeti Kuala Lukut di sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Mohd Hairul Izam Mazelan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.30 petang tadi dan 14 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan […]
Berita
Cemas, Bayi 1 Bulan Dilapor Dicampak Lelaki Disyaki Alami Sakit Jiwa, Mujur Sempat Disambut Polis Bergelar ‘Hero’
Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah jiwa telah mencampak seorang bayi satu bulan dari balkoni tingkat dua bangunan di New Jersey Sabtu lalu, lapor Daily Star. Dalam kejadian pagi itu, bayi berkenaan dilaporkan selamat selepas berjaya disambut oleh seorang polis yang berada di tempat kejadian. Tambah portal itu, dua pegawai polis telah menerima panggilan kecemasan mendakwa […]
Tragedi
TERKINI: Mayat Mangsa Lemas Di Sungai Balak, Batang Kali Ditemui Pada Jam 9.55 Malam Ini – Bomba Selangor
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Mayat mangsa lemas di Sungai Balak, Batang Kali di Hulu Selangor ditemukan kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dilaporkan hilang. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat Sunny Dell Ashraff Sa’ari, 23, dijumpai pasukan pencari pada kedalaman 2.4 meter (8 kaki) pada 9.55 malam ini. “Mayat mangsa kemudian dihantar ke […]
Tragedi
Hilang Dua Hari Lepas, Mayat Dua Pemancing Lemas Ditemukan Terapung Di Kota Tinggi
KOTA TINGGI, 22 Sept (Bernama) — Dua lelaki yang sebelum ini dikhuatiri lemas dan dilaporkan hilang ketika memancing di atas sebuah bot berhampiran Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini dua hari lepas, ditemukan terapung oleh nelayan tempatan, pagi ini. Komander Operasi Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor Penguasa Bomba Al Hasra […]