Berita›Tragedi
(Video) Tanggal 4 Ogos, Letupan Beirut Genap Setahun, Penduduk Akui Trauma, Kaca Masih ‘Tertanam Dalam Tubuh
Hari ini, 4 Ogos 2021 genap setahun tragedi letupan di Beirut, Lubnan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 200 nyawa dan mencederakan lebih 6,000 yang lain, lapor South China Morning Post (SCMP). Sementara itu lapor The Guardian, salah seorang pekerja pelabuhan yang terselamat, Yusuf Shehadi menceritakan semula pengalaman ketika hari kejadian. Tragedi yang dipercayai berpunca daripada bahan letupan […]
Pelajar Maut Dalam Kes Langgar Lari Ketika Cari Liputan Internet
SIBU, 3 Ogos – Seorang pelajar perempuan maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti, ketika sedang mencari liputan internet di Jalan Julau-Nanga Entabai di Bahagian Sarikei dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam@Sulin Brayun berkata dalam kejadian pada kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa dikenali […]
Gempa Bumi Kuat 6.1 Skala Richter ‘Goncang’ Selatan Sumatera, Indonesia Pagi Tadi
Gempa bumi kuat dilaporkan telah melanda di Selatan Sumatera, Indonesia pada awal pagi tadi, Seperti yang dikongsikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi tersebut berlaku dengan magnitud 6.1 skala Richter pada kedalaman 48 kilometer. Gegaran yang dirasa pada jam 6:48 pagi itu bagaiamanapun tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi kuat di Selatan Sumatera, […]

Bintang Tiktok AS, Anthony Barajas Maut Dipercayai Ditembak Dalam Pawagam
Bintang Tiktok yang terkenal di laman sosial, Anthony Barajaras maut selepas beberapa hari bertarung nyawa selepas insiden tembakan rambang di sebuah panggung wayang di California. Laporan polis di Corona, Selatan California berkata Barajas yang berusia 19 tahun meninggal dunia pada Sabtu lalu, turut meragut nyawa rakannya Rylee Goodrich, 18. Difahamkan, mangsa ditembak Isnin lalu di […]

TERKINI: Gempa Bumi 5.3 Skala Richter Gegar Halmahera, Indonesia
Gempa bumi sederhana berukuran pada 5.3 skala Richter melanda Halmahera, Indonesia pada pukul 11.04 malam sebentar tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 1.9 Utara dan 127.4 Timur kira-kira 120km Utara dari Ternate, Indonesia dengan kedalaman 113km. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Gempa bumi sederhana di Halmahera, Indonesiajam […]

Jururawat Cedera Ambulans Kemalangan, Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kereta
IPOH, 1 Ogos – Seorang jururawat cedera apabila ambulans yang dinaikinya terbabas ke bahu jalan di Kilometer 285 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada 5.40 petang. “Kemalangan […]

Mayat Lelaki Dihanyutkan ‘Kepala Air’ Di Sungai Cerul Ditemukan
CHUKAI, 1 Ogos – Lelaki yang dihanyutkan arus deras atau ‘kepala air’ ketika mandi di Sungai Cerul, Bandar Baru Cheneh di sini semalam, ditemukan lemas petang tadi. Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu Azman Alias berkata Mohamad Shafiq Ab Llah, 20, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dalam keadaan terapung kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian pada […]

(Video)”Paru-paru Kami Terbakar,” Kebakaran Hutan Di Turki Dilapor Ragut Enam Nyawa, Cederakan Kira-kira 200 Yang Lain
“Paru-paru kami terbakar, masa depan kami terbakar,” kata Muhittin Bocek, Datuk Bandar Antalya ketika ditemubual mengenai kebakaran di Turki. Lapor New York Times, kebakaran itu telah meragut sekurang-kurangnya enam nyawa sejak ia bermula pada Rabu. Menurut portal itu, kejadian yang dipercayai mungkin berpunca daripada perbuatan khianat atau kecuaian manusia itu telah mencederakan kira-kira 200 yang […]
(Video) Bagaikan ‘Direbus’ Hidup-hidup, Rakaman Ikan ‘Terluka’ Dipercayai Akibat Suhu Air Tinggi Ketika Gelombang Panas
Cuaca panas yang melanda pada waktu ini bukanlah hanya terkesan kepada manusia, namun turut menjejaskan makhluk lain termasuklah hidupan laut. Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, ikan Salmon di Sungai Columbia juga terdedah kepada suhu air yang tidak dapat dinyalakan yang menyebabkan mereka ‘tercedera’ akibat luka merah melalui gelombang panas yang meletus di barat laut […]
Lelaki Ditemukan Mati Dipercayai Dibunuh
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah premis di Lorong Bukit Ceylon, Bukit Bintang, awal pagi tadi. Mangsa yang berusia 28 tahun itu, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada […]
Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Mersing
MERSING, 31 Julai – Seorang lelaki maut manakala isterinya mengalami sakit dada selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer Satu, Jalan Mersing-Endau berhampiran pekan Endau di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia, Ali K. Moideen Kutty, 59, […]
Remaja OKU Bertarung Nyawa Ditikam 60 Kali, Dipercayai Angkara Rakan Sendiri
Seorang remaja perempuan yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan kini bertarung nyawa untuk hidup setelah ditikam sebanyak 50 hingga 60 kali. Menurut Mirror, remaja yang berusia 16 tahun itu telah ditemui di sebuah padang di Sittingbourne, Kent, United Kingdom pada 22 Julai dengan kesan tikaman yang serius. Dia kini berada di hospital London dan […]
(Video) Doakan Turki, Dilanda Bencana Hutan Terbakar & Ragut 4 Nyawa Setakat Ini
Kebakaran besar dilaporkan telah melanda di beberapa buah kampung dan pusat peranginan di pantai Mediterranean dan Aegean di selatan Turki. Memetik laporan BBC News, setakat ini seramai empat orang telah terkorban dalam kebakaran itu dan puluhan telah dibawa ke hospital. Media itu turut melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 60 kebakaran dilaporkan setakat ini. Ia dipercayai bermula sejak […]
Lelaki Maut, Rakan Parah Dilanggar Ketika Tukar Tayar
JOHOR BAHRU, 30 Julai (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika kedua-duanya dipercayai sedang menukar tayar kereta di Kilometer 8, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam (Arah Skudai), semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.15 pagi dengan […]
Dua Wanita Lalui Detik Cemas Dipanah Petir Ketika Daki Gunung, Alami Pendarahan & Tak Sedarkan Diri
Dua orang pendaki wanita dilapor telah dikejarkan ke hospital setelah dipanah petir ketika berada di atas sebuah gunung di Wales. Menurut Daily Mail, nasib dua orang pendaki di gunung Snowdon itu sememangnya tidak baik kerana cuaca buruk yang melanda di wilayah itu pada petang semalam. Anggota penyelamat mengatakan bahawa ketika berada di puncak setinggi 3,560 […]
(Video) ‘Dicabar’ Bunyi Bising & Hon Kereta, Gajah Mengamuk Pijak Budak Sampai Maut
Seorang kanak-kanak lelaki dilapor maut akibat dipijak gajah yang dipercayai ‘naik minyak’ dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Letekujan dalam wilayah Assam, India baru-baru ini. Berdasarkan rakaman video, pada awalnya gajah-gajah tersebut menyeberangi sebatang jalan kampung secara berkumpulan, dipercayai ingin ke kawasan kebun di seberang. Bagaimanapun ketika itu, ramai penduduk kampung berada di jalan […]
(Video) Pesawat Peribadi Terhempas Di Amerika, Semua 3 Penumpang Maut, Tular Rakaman Api Marak Kejadian
Sebuah pesawat peribadi dilapor terhempas di Lake Tahoe, California di Amerika Syarikat, petang Isnin waktu tempatan. Kejadian berkenaan menyebabkan kesemua 3 penumpang terkorban. Menurut Daily Mail UK, satu rakaman api marak dipercayai akibat impak ketika terhempas turut tular di media sosial. Kemalangan berkenaan dikatakan berlaku di kawasan hutan kecil dan api yang terhasil turut menyebabkan […]
(Video) Asap Tebal Penuhi Langit, ‘Ancaman Melampau’ Setelah Letupan Di ‘Tapak Kimia’, Seorang Dilapor Maut
Letupan yang berlaku di sebuah taman kimia telah menggegarkan bandar Leverkusen di Jerman Barat pada Selasa dan menyebabkan udara di bandar itu tercemar serta dipenuhi ‘awan’ hitam besar. Menurut Daily Mail, tragedi itu berlaku di bahagian laman tempat pembakaran sampah iaitu kira-kira 20 kilometer (13 batu) utara Cologne di sungai Rhine. Letupan itu telah menyebabkan […]
Pilu, Ibu Dan Bayi Enam Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Dua Buah Kereta
Satu kemalangan jalan raya dilaporkan telah berlaku di Ladang CEP Simpang Renggam pada petang tadi dan menyebabkan dua kematian melibatkan seorang perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan. Lebih memilukan, mangsa yang maut merupakan seorang ibu dan bayi perempuannya yang baru berusia enam bulan, lapor Kosmo. Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor di […]
Bapa Didakwa Pukul Anak 3 Tahun Sampai Mati Sebab Merengek Nak Kencing Sampai Tidurnya Terganggu
Seorang lelaki bergelar ayah didakwa sanggup memukul anak kandungnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut di sebuah perkampungan di Pandang Panjang, Sumatera Barat pada Jumaat lalu. Berdasarkan laporan daripada Ketua Siasatan Jenayah Polis Padang Panjang, Iptu Ferlyanto Pratama berkata kejadian tersebut berlaku semasa anaknya merengek dan menangis ketika ingin membuang air kecil. Ketika waktu […]