Berita›Tragedi

(Video) Detik Cemas, Pendaki Pakat Panjat Pokok Selepas Terserempak Dengan Babi Hutan
INDONESIA: Sekumpulan pendaki terpaksa memanjat pokok kerana takut dan demi menjaga keselamatan daripada babi hutan. Video daripada pengguna Instagram @makassar_iinfo: View this post on Instagram Ada yang punya pengalaman dibegal bagas (babi ganas) saat mendaki Gunung? . Video salah satu bagas yang nyegat para pendaki di kawasan Gunung Cikuray, Garut – Jawa Barat sampai beberapa […]

Penyelam Rusia Terjumpa Bangkai Pesawat Perang Dunia Kedua Yang Terhempas Sejak Tahun 1943
Bangkai pesawat dari Perang Dunia Kedua iaitu Bell P-39 Aircobra telah dinaikkan dari Laut Hitam, Teluk Lalamita berhampiran perkampungan Novofyodorovka, Crimea. Tujuan peswat ini dinaikkan dari dalam lautan adalah sebagai sebahagia ekspedisi bersama Persatuan Geografi Rusia dan Kementerian Pertahanan Rusia. Untuk pengetahuan anda, pesawat ini digunakan oleh Armada Laut Hitam pada tahun 1943 hilang kawalan […]
Dua Pemandu Treler Maut, Kenderaan Terbabas Dalam Gaung
KUALA LUMPUR, 26 Sept – Dua pemandu treler maut selepas kenderaan berat yang membawa muatan besi rod dan almari besi bergesel sebelum terbabas ke dalam gaung di kilometer 421.4 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Bukit Tagar dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata mangsa yang maut dalam kemalangan pada […]
Disangka Makanan, Nenek Tak Sengaja Beri Cucu Minum “Hand Sanitizer”
MANITOBA, KANADA: Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dengan tidak sengaja diberi makan pembasmi kuman ‘hand sanitizer‘. Kejadian berlaku setelah ibunya sedang berbelanja dengan suaminya di suatu pusat beli-belah dan mereka terlihat suatu bungkusan pembasmi kuman yang sangat comel dan bersesuaian untuk anaknya bawa ke sekolah. “Saya sama sekali tidak menganggap bahawa bungkusan itu adalah […]
Ahli Perniagaan, Pengawal Peribadi Cedera Ditembak, Kereta Hilang Kawalan Punca Rempuh Pelajar
SHAH ALAM, 25 Sept (Bernama) — Seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadinya cedera di dada dan beberapa bahagian badan akibat ditembak dua suspek menaiki sebuah motosikal dalam kejadian di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting, dekat sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata kejadian kira-kira 12.45 tengah hari itu turut […]
Nor Aqilah Mangsa Terakhir Yang Koma Akibat Keracunan Gas Karbon Monoksida Sudah Sedar – Polis
BUKIT MERTAJAM, 25 Sept – Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida ketika empat sahabat tertidur di dalam sebuah kereta semasa berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth, dekat sini Rabu lepas, telah sedar daripada koma. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad berkata selepas seminggu menerima rawatan di Unit […]
Jasad Rentung Bergelimpangan, Letupan Tangki Minyak Di Nigeria Dilapor Korbankan 28 Nyawa
Abuja, Nigeria – Sekurang-kurangnya 28 orang disahkan terbunuh dalam kejadian letupan tangki minyak di sini awal Rabu lalu. Menurut CNN, seramai sembilan orang kanak-kanak terlibat dalam kemalangan tersebut. Jurucakap Perbadanan Keselamatan Jalan Persekutuan (FRSC), Bisi Kazeem berkata, kejadian itu berlaku bertentangan dengan sebuah stesen minyak di lebuhraya yang menghubungkan Lokoja-Abuja. Lapor media antarabangsa, tragedi berpunca […]
Wanita Terkejut Menerima Nota Sepanjang 15 Meter Daripada Jiran, Minta Pulangkan Maianan Anaknya
Seorang ibu terkejut setelah menerima nota yang ditulis sepanjang 15meter di atas satu kertas daripada jirannya. Kertas tersebut dilihat seperti skrol. Isu utama penulisan itu dibuat adalah kerana mainan. Jirannya bengang kerana mainan anaknya telah hilang dan menganggap bahawa mainan tersebut ada dengan anak mangsa. “Anak perempuannya yang berusia 7 tahun telah meninggalkan mainannya di […]
(Video) Tular Penunggang Grab Food Dilanggar Lari, Pemandu Kereta Diburu Polis
PETALING JAYA, 24 Sept – Pemandu kereta yang melanggar lari seorang penunggang motosikal Grab Food dalam satu kejadian seperti yang tular hari ini diburu polis. Ketua polis daerah, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Ipoh itu berlaku pada 22 September, pukul 12.34 tengah malam kelmarin. Menurutnya, mangsa […]
Bekas Pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad Meninggal Dunia
Bekas pemain Terengganu City FC, Mohamad Solihin Mahamad telah kembali ke Rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini sebentar tadi. Laman Facebook Football Terengganu memaklumkan, arwah yang juga pemain Piala Presiden Terengganu Football Club meninggal dunia selepas rebah sewaktu bermain bola baru-baru ini. “Semoga ahli keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi ujian dan ditempatkan […]
Bangkai ‘Penuh’ Di Tepi Pantai, Kira-kira 380 Ekor Paus Pilot Dilapor Mati Terdampar
Sekitar 380 ekor paus pilot dilapor mati selepas tersadai di persisiran pantai barat Tasmania, sekaligus menjadikannya peristiwa paus terdampar yang terburuk di Australia. Lapor BBC, ratusan paus sirip panjang ditemui tersangkut di kawasan cetek perairan Tasmania pada Isnin. Pasukan penyelamat dilapor berjaya menyelamatkan kira-kira 50 ekor paus pada Rabu manakala mereka sedang cuba membantu lebihan […]

Pasangan Kekasih Dihukum Gantung, Bunuh Kanak-Kanak Lima Tahun
GEORGE TOWN, 24 Sept – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan kekasih selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kepada tertuduh wanita, enam tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menjatuhkan hukuman tersebut terhadap R. Saravanan Kumar, 30, and T. Gayathry, 36, selepas mendapati […]
Kanak-Kanak Lelaki Ditemukan Terbaring Di Kawasan Loji
KUALA LUMPUR, 24 Sept – Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan loji di Taman Juara Jaya, Kajang, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kanak-kanak berusia dua hingga tiga tahun itu ditemukan orang awam pada kira-kira pukul 9.40 pagi. “Ketika ditemui kanak-kanak itu lengkap berpakaian baju-T warna merah dan berseluar putih, tidak […]
Dipercayai Tertelan Ketika Sedang Gosok Gigi, Perut Lelaki Ini Terpaksa Dibedah Untuk Keluarkan Berus Gigi
INDIA: Sepasukan doktor pakar telah mengeluarkan berus gigi berukuran 19cm daripada perut seorang lelaki. Dipercayai mangsa telah tertelan berus gigi itu ketika sedang memberus gigi. Namun kejadian itu sama sekali tidak memberi rasa sakit kepada mangsa. “Tetapi lebih baik jika dikeluarkan” Pihak hospital sangat terkejut dengan kes itu kerana ianya boleh membawa maut pada bila-bila […]
Pekerja Kumbahan Jumpa ‘Tikus Gergasi’ Tersekat Dalam Sistem Perparitan, Dipercayai Penyebab Banjir
Dipercayai gara-gara seekor ‘tikus gergasi’, sebuah kawasan di Mexico dilaporkan mengalami banjir hingga meragut nyawa. Menurut laporan media, ‘tikus gergasi’ tiruan itu telah ditemui bersama kira-kira 20 tan sampah lain yang menyumbat sistem perparitan di Magdalena Contreras pada 18 September lalu. Banjir yang dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem saliran dan hujan lebat itu dilaporkan telah […]
(Video) Detik Cemas Ayah Jadi ‘Perisai Badan’ Lindungi Anak-anak Dari Tembakan
Seorang ayah sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri ketika melindungi tiga anaknya dalam satu insiden tembakan di sebuah pusat jualan kenderaan di New York, Amerika Syarikat. Dalam kejadian pada Isnin lalu (21 September), lelaki berkenaan bersama anak-anaknya dilaporkan sedang berada di ruangan menunggu sebelum secara tiba-tiba didatangi penembak di sebalik pintu kaca. Sekitar 7.30 petang waktu tempatan, […]
Lelaki Didakwa Belah Perut Isteri Sendiri Sedang Mengandung Kerana Ingin Tahu Jantina Anak
INDIA: Seorang lelaki di India Utara telah ditahan setelah didakwa menusuk perut isterinya yang sedang hamil dengan menggunakan sabit hanya kerana ingin tahu jantina bayi yang sedang dikandung itu. Kejadian tersebut menyebabkan mangsa berada dalam keadaan kritikal dan bayi yang dikandung itu telah meninggal dunia. Pihak keluarga mangsa mendakwa bahawa suspek tersebut menyerang mangsa kerana […]
Identiti Mayat Dalam Kereta Terbakar Di Melaka, Dikenal Pasti
ALOR GAJAH, 23 Sept – Identiti mayat yang ditemukan dalam sebuah beg hitam dalam kereta jenis Honda Civic Ferio yang terbakar pada Khamis lepas di Pulau Sebang di sini, dikenal pasti sebagai seorang lelaki berumur 31 tahun menerusi Sistem Identifikasi Cap Jari Biometrik (BIOFIS). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata identiti […]
Penunggang Y15 Maut, Tak Sempat Elak & Langgar Kereta Disyaki Dipandu Pemandu Mabuk Didakwa Ubah Laluan Secara Melintang
KUALA LUMPUR, 22 Sept – Satu kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta disyaki di bawah pengaruh alkohol berlaku di Jalan Raja Laut, di sini hari ini. Memetik kenyataan Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL), berdasarkan siasatan, pemandu kereta jenis Perodua Myvi terbabit yang keluar dari Jalan Sri Amar didakwa telah […]
(Video) TERKINI: Lagi Letupan Besar Dilapor Berlaku Di Lubnan, Asap Hitam Dilihat Menjulang Ke Langit
BEIRUT, 22 Sept – Satu letupan besar dilapor berlaku didakwa di depot senjata milik kumpulan Hizbullah di wilayah Ain Qana, selatan Lubnan hari ini. Sumber pihak keselamatan berkata, beberapa mangsa di sekitar lokasi kejadian mengalami kecederaan akibat impak letupan tersebut. “Letupan di depot senjata itu mengeluarkan kepulan asap hitam yang besar ke udara. “Dipercayai punca […]