Berita›Tragedi
Tular Foto Kereta Rosak Ditimpa Pokok, Dipercayai Akibat Hujan Lebat Petang Tadi Di Kajang
Susulan hujan lebat dan ribut petir petang tadi di Putrajaya dan kawasan sekitar, beberapa kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa pokok yang tumbang. Berdasarkan perkongsian gambar oleh Cyberjaya Info, kelihatan sekurang-kurangnya tiga buah kereta kemek susulan tumbangnya beberapa pohon besar dipercayai akibat ribut di Desa Pinggiran Putra, Kajang. Dalam salah satu gambar, sebuah Perodua Axia […]
Khemah Niaga Berselerakan Dibadai Angin Dipercayai Akibat Hujan Lebat Di Bangi
Cuaca hujan akhir-akhir ini agak berlarutan hingga hampir setiap hari di beberapa negeri. Dalam masa sama, hujan lebat yang melanda itu turut seiringan sekali dengan angin kuat. Terkini, berdasarkan perkongsian oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Adinda Shila Apmkl, satu kawasan tapak niaga dipercayai berhadapan dengan Hotel Tenera, Bangi dipercayai diterbangkan angin kuat. Berikut […]
Dua Maut Kereta Bertembung Dengan Lori Tangki Di Jalan Teluk Intan – Sitiawan
LUMUT, 22 Sept – Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit di Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini, pagi tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 7.32 pagi itu dikenali sebagai Zaibidi Muhi, 40, dan Mohd Raimi Rustam […]

Tular Video Rompakan Dipercayai Berlaku Di Tengah Lebuh Raya, Polis Sedang Buru Semua Suspek Yang Terlibat
KUALA LUMPUR, 22 Sept – Seorang jurujual emas dan rakannya berdepan detik cemas apabila dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang, di lebuh raya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya) di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, dalam kejadian pada 3.35 petang itu, kenderaan yang dinaiki mangsa turut dilarikan bersama sejumlah wang tunai dan barangan kemas. Beliau berkata kedua-dua […]

Ini Keadaan Terkini Kucing Yang Didakwa Dihempas Seorang Lelaki Dalam Rakaman CCTV Yang Tular Semalam
Tular rakaman video litar tertutup tentang perbuatan yang tidak berperikemanusiaan seorang lelaki menghempas seekor kucing dari keretanya mendapat tentangan daripada ramai pihak. Susulan daripada kejadian tersebut, menerusi Facebook rasmi Persatuan Haiwan Malaysia mendedahkan keadaan terkini kucing tersebut selepas didakwa dihempas oleh seorang lelaki. Menurut kenyataan yang ditulis, inilah keadaan kucing selepas dihempas secara zalim oleh […]
Permulaan Fasa Peralihan Monsun Dijangka Berlaku Bermula Khamis Ini – MetMalaysia
Malaysia dijangka memasuki fasa peralihan monsun mulai 24 September 2020 (Khamis) ini. Pada fasa ini, lazimnya akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh masa yang singkat. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh. “Fasa […]

Bayi Dipercayai Baru Lahir Ditemui Di Dalam Beg, Ditinggalkan Di Tepi Jalan
MERSING, 22 Sept — Seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan, ditemukan dalam sebuah beg yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Balai Raya Kampung Tenglu Laut di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata bayi itu yang masih bertali pusat, diletakkan dalam sebuah beg dengan hanya beralaskan kain batik, kira-kira 2 petang. […]
Dakwaan Insiden Lahad Datu Sebagai Sandiwara Menyinggung Perasaan Veteran
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sandiwara, mengguris dan menyinggung perasaan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pernah berkhidmat semasa insiden itu berlaku. Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dalam kenyataan berkata semasa mempertahankan kedaulatan bumi Lahad Datu dalam insiden itu, seorang daripada 10 anggota keselamatan yang terkorban adalah […]
Pemuda Hilang Di Bukit Apek, Cheras Dijumpai Mati
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Seorang pemuda yang hilang sejak pagi tadi ketika beriadah di kawasan Bukit Apek, Cheras ditemukan mati pada 7.15 malam ini. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa yang dikenali sebagai Anup Philip Philipose, 21, ditemukan kira-kira 300 meter dari tempat permulaan kawasan riadah itu dalam keadaan tertiarap […]
Cuba Selamatkan Bapa Jatuh Laut, Mayat Pemuda Lemas Ketika Cari Kepah Ditemukan
JOHOR BAHRU, 21 Sept (Bernama) — Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang bersama bapanya ketika mencari kepah di kawasan persisiran pantai Tanjung Emas dekat Muar dua hari lepas (19 Sept), ditemukan pagi tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Muar Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Jefri Jamal berkata mayat Muhamad Azman Zainal, 25, yang […]
(Video) Suspek Langgar Lari Tak Sangka Mangsa Dilanggar Rupanya Ayah Mertua Sendiri, Dipenjara 18 Bulan
LEICESTER: Seorang perempuan yang berusia 29 tahun terlibat dengan kejadian kemalangan langgar lari hingga menyebabkan mangsa kemalangan yang berusia 61 tahun itu mengalami kecederaan yang teruk tidak menyangka bahawa mangsa kejadian adalah ayah mertua suspek. Kejadian berlaku setelah mangsa ingin melintas jalan di lintasan zebra. Kemalangan itu berlaku adalah disebabkan oleh ‘menggunakan telefon bimbit ketika […]
Pemandu Maut, Lori Rempuh Perhentian Bas & Gerai Makanan
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Seorang lelaki berusia 58 tahun maut selepas lori yang dipandunya merempuh sebuah perhentian bas dan gerai makanan pada 12 tengah hari dalam kemalangan di Jalan Hulu Langat hari ini. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor Superintenden Azman Shariat berkata insiden itu berlaku semasa pemandu dipercayai dalam perjalanan dari […]

Operasi SAR Pesawat Terhempas Dihentikan Hingga Dapat Maklumat Baharu – Polis
GEORGE TOWN, 21 Sept (Bernama) — Polis menghentikan dahulu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat ringan yang dikatakan terhempas di kawasan perairan berhampiran Tanjung Bungah sehingga mendapat maklumat baharu. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata SAR yang dijalankan hingga 6.30 petang semalam tidak menemukan sebarang petunjuk berhubung insiden yang dikatakan berlaku kira-kira 2 petang semalam itu. “Hingga 11 […]

Kenang Kembali Jasa 8 Pegawai Polis & Tentera Terkorban Dalam Peristiwa Pencerobohan Pengganas Sulu Pada 2013
Majlis Keselamatan Negara dalam ciapan terbaharu di laman twitter rasmi mereka mengenang kembali jasa pegawai polis dan tentera yang terkorban dalam peristiwa pencerobohan pengganas Sulu pada 11 Februari 2013. 8 pegawai yang terkorban adalah: Allahyarham Zulkifli B. Mamat Allahyarham Sabaruddin B. Daud Allahyarham Ibrahim Bin Lebar Mendiang Michael A/K Padel Allahyarham Baharin Bin Hamit Allahyarham […]

Sekurang-kurangnya 8 Maut Bangunan Runtuh Di India
NEW DELHI, 21 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Maharashtra pada Isnin, menurut Agensi Anadolu memetik pegawai Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF). “Lima pasukan NDRF sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak 5 pagi IST (11:30 PM GMT) pada Isnin. Dipercayai antara 20 hingga 25 lagi dikhuatiri […]

Penyelam Ini Temui Bangkai Ikan Yu ‘Masih Segar’ Di Dasar Laut Pulau Tioman
Tidak dinafikan kebanyakan orang sekarang lebih gemar untuk mencipta satu pengalaman baru yang lain dari yang lain yang lebih menyeronokkan. Ye lah, waktu ‘darah muda’ ni lah masa yang sesuai untuk kita kumpul pengalaman kan? Salah satu benda yang ada dalam ‘bucket list’ korang adalah selam skuba (scuba diving). Ya, dalam selam skuba inilah masa korang […]
Rakan Temui Jasad Wanita Tergantung Pada Kipas Siling Di Rumahnya Di Port Dickson
Seorang wanita ditemui mati tergantung pada kipas siling di sebuah rumah di Port Dickson dalam kejadian petang semalam. Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, rakan mangsa yang datang ke rumah pada jam 4.15 petang menemui mayat wanita berusia 24 itu. “Rakan mangsa mengesyaki berlaku perkara tidak diingini apabila […]

“Saya Masih Budok Kuba,” 56 Ekor Kerbau Mati, “Mowgli” Malaysia Akan Bangkit Dari Kesedihan
KUALA TERENGGANU, 21 Sept- “Saya masih Budok Kuba (budak kerbau). ‘Tsunami’ ini lebih menguatkan semangat dan beri kekuatan untuk terus berusaha, kerana saya yakin rezeki berganda akan tiba kemudian nanti.” Demikian kata Muhammad Syukur Khamis, 15, atau Mowgli Malaysia setelah kehilangan 56 daripada 110 ekor kerbau milik keluarganya, akibat wabak hawar berdarah. Melihat wajah sugul […]
SAR Digerakkan Selepas Saksi Dakwa Nampak Pesawat Terhempas Di Tanjung Bungah
GEORGE TOWN, 21 Sept – Polis bersama beberapa agensi lain menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan laut petang semalam selepas menerima laporan daripada saksi memaklumkan dia bersama rakannya ternampak sebuah pesawat ringan dipercayai telah terhempas sebelum terjunam ke dalam laut berhampiran Tanjung Bungah, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP […]

Lelaki Dipercayai Warga Asing Dibunuh
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan di sini, hari ini. Mayat lelaki dipercayai warga asing itu, dijumpai berlumuran darah di tingkat bawah berhampiran tangga pangsapuri itu, kira-kira pukul 10 malam tadi. Menurut polis, lelaki itu dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan, bagaimanapun bilangan mereka yang terlibat masih disiasat. Mayat […]