Berita›Tragedi

Sudah 4 Hari Hilang, Netizen Cipta Hashtag #PrayforAcab, Bantu Cari Peserta Gopeng Ultra Trail Tak Tiba Di Garisan Penamat Sejak Sabtu
Mohd Ashraf Hassan merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang pada Sabtu lalu, 23 Mac dan sehingga kini masih tidak ditemui. Ashraf antara sekurang-kurangnya 400 lebih peserta yang menyertai larian itu di sekitar Gua Tempurung dan tidak tiba di garisan penamat pada masa yang telah ditetapkan. Hari ini, 27 March merupakan hari keempat […]

Tiada Kesan Adib Ditarik Keluar Secara Paksa – Pakar
SHAH ALAM, 26 Mac (Bernama) — Seorang pakar perubatan forensik berkata tiada kesan kecederaan menunjukkan bahawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik keluar secara paksa daripada van bomba dinaikinya dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lepas. Dr Ahmad Hafizam Hasmi, 40, dari Hospital Kuala Lumpur berkata […]

“Seminggu Minum Air Mayat,” Penduduk Resah Dapat Tahu Punca Gangguan Bekalan Disebabkan Penemuan Mayat Dalam Kolam Air
Semalam komuniti Group Facebook Media #DTTB kongsi rasa resah apabila pihak berkuasa menemui seorang mayat lelaki di empangan simpanan, Palong 14 yang menyalurkan air di kawasan mereka. Penduduk telah mengalami gangguan air dari Sabtu lalu bermula 8 malam sehingga Ahad, 8 malam. Berita gangguan air sebelum itu telah diberitahu melalui Facebook rasmi Pusat Khidmat Pelanggan […]

Kanak-Kanak OKU Usia Enam Tahun Hero Mangsa Gempa Lombok
Lombok : Sewaktu gegaran pertama berukuran 5.8 magnitud terjadi di kawasan Air Terjun Tiu Kelep di Senaru di sini, Taufik berlari ke arah rombongan pelancong Malaysia yang berada di tepi air terjun itu, manakala Tomy meluru ke arah kumpulan yang sedang leka mandi-manda. “Saya bersama rakan-rakan terus mengikuti Taufik menuju ke arah jalan keluar manakala […]

Wilayah Sulawesi Digegar Lagi Dengan Kejadian Gempa Bumi Sebentar Tadi
Gempa bumi berkekuatan 5.4 mangnitud dilaporkan melanda Kepulauan Sulawesi, Indonesia sebentar tadi, lapor Pusat Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS). Titik gempa bumi berkenaan di kesan berada pada 129 kilometer tenggara Bandar Palu dengan kedalaman 10 kilometer. Data awal USGS mendedahkan bahawa gempa berkenaan berkekuatan 5.8 magnitud dengan kedalaman gempa 36 kilometer. Hingga kini, tiada sebarang […]

Inkues Adib: Pakar Forensik Sahkan Kecederaan Adib Bukan Sebab Dipukul
Seorang saksi pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur hari ini mengesahkan corak kecederaan pada badan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim tidak bersepadanan akibat dipukul, ditendang atau ditumbuk. Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik hospital itu memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa bedah siasat terhadap mangsa mendapati kecederaan pada bahagian toraks bukanlah […]

Ledakan Loji Kimia China, Angka Korban Meningkat 64 Orang, Ratusan Cedera
Jumlah kematian akibat letupan besar di sebuah kilang kimia di timur China telah meningkat kepada sekurang-kurangnya 64 orang, dengan beratus-ratus lagi yang cedera, 90 orang daripada mereka berada dalam keadaan serius. Jumlah kematian mungkin meningkat lagi dari semasa ke semasa dengan 28 lagi yang masih tersenarai hilang, kata agensi berita Xinhua News. Hanya 26 orang […]

“Perginya Di Hari Jumaat Hendak Tunaikan Ibadah, Semoga Syahid Disisi Allah SWT” – Mufti WP
Jenazah Mohd Haziq telah selamat disemadikan semalan bersama mangsa serangan yang terkorban di Christchurch Jumaat lalu. Haziq sebelum itu didakwa hilang dan hanya ditemui beberapa hari selepas insiden tersebut. Selain Haziq, ayahnya, Mohd Tarmizi antara yang tercedera dalam tragedi berdarah itu. Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu catatannya memberitahu bahawa […]

Sekurang-Kurangnya 93 Maut Feri Karam Di Mosul
BAGHDAD, 22 Mac (Bernama) — Seramai 93 maut dalam kejadian feri karam di Sungai Tigris, utara bandar Mosul pada Khamis petang, yang turut mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk Iraq, lapor agensi berita Xinhua. Kemalangan dipercayai akibat paras air tinggi ketika feri malang itu menyeberangi sungai menuju ke sebuah pulau pelancongan kecil Um al Rabeein di utara Mosul, kira-kira 400 kilometer […]

(Video) Laungan Azan Di Christchurch, Lautan Manusia Penuhi Setiap Pelusuk Hagley Park
Sekurang-kurangnya 50,000 orang telah datang berkumpul sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa serangan pengganas Chritchurch sebentar tadi. Orang ramai telah hadir sebelum solat Jumaat hari ini tepat seminggu selepas 50 mangsa disahkan terbunuh dalam serangan dua buah masjid di New Zealand. Sesi bertafakur selama dua minit turut dijalankan di sekitar pusat Hagley di Chritchurch sebelum solat […]

Ayah Iringi Pengebumian Haziq, Bendera Malaysia Dikibarkan Depan Masjid Al Noor
Misteri kehilangan Mohd Haziq akhirnya terjawab apabila mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh. Wisma Putra semalam mengeluarkan kenyataan rasmi mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Haziq. Hari ini, jenazah Haziq telah selamat disemadikan bersama mangsa serangan Christchurch yang terkorban Jumaat lalu. Perkongsian daripada Twitter […]

Kematian Mohamad Thaqif Amin Disebabkan Komplikasi Berkait Kencing Tikus – Mahkamah
JOHOR BAHRU, 21 Mac (Bernama) — Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian pelajar madrasah tahfiz di Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, pada 26 April 2017, adalah disebabkan komplikasi berkait kencing tikus. Hakim Jailani Abd Rahman yang bersidang sebagai koroner pada keputusan inkues kematian Mohamad Thaqif Amin turut memutuskan tiada sesiapa […]

Isteri Sudah ‘Pergi’ Selamanya, Impian Lelaki Ini Mahu Bina Kehidupan Baru Di New Zealand Kini Hanya Tinggal Kenangan
Abu Nazer dan isterinya Ansi Alibava pernah memasang impian untuk untuk membina sebuah kehidupan di New Zealand. Namun impian yang mereka angankan hanyalah tinggal kenangan setelah isterinya Alibava merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi tembakan secara rambang di dua buah masjid di New Zealand yang berlaku pada minggu lepas. Nazer telah mendapatkan sejumlah […]

Tafakur 2 Minit Seluruh Negara, Solat Jumaat Berhampiran Masjid Al Noor Esok Bakal Dibanjiri Ribuan Jemaah
Ribuan jemaah dijangka akan menghadiri sembahyang Jumaat esok di Christchurch selepas kejadian serangan yang mengorbankan puluhan nyawa minggu lalu. Gamal Fouda, imam masjid Al Noor, berkata beliau menjangkakan 3,000 hingga 4,000 orang termasuk ramai yang datang dari luar negara, untuk menyertai solat, yang mungkin diadakan di Hagley Park, di seberang jalan dari masjid. Fouda berkata […]

Azan Solat Jumaat Akan Bersiaran Langsung Di Radio Dan TV New Zealand Minggu Ini
Hampir seminggu tragedi tembakkan di Christchurch, kerajaan New Zealand pimpinan Jacinda Arden mengumumkan bahawa azan Solat Jumaat akan datang akan diberi laluan untuk bersiaran langsung di stesen radio dan televisyen serta 2 minit tafakur, sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa yang terjejas. ”Terdapat keinginan yang sangat jelas dalam komuniti iaitu mahu memberi sokongan moral terutamanya apabila […]

Pekerja Kena Pecat Selepas Turunkan Komen Rai Serangan Pengganas Di Christchurch
Seorang pekerja kumpulan Transguard yang berpangkalan di UAE telah dipecat selepas dia didakwa meraikan serangan ke atas umat Islam di New Zealand minggu lalu. Dia menyiarkan komen yang tidak sensitif di Facebook dengan menyatakan sokongannya terhadap serangan pengganas. Dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka, Transguard Group berkata, “Pada minggu lalu, salah seorang pekerja […]

“Tolong Beritahu Dunia Kami Sedang Menderita, Kami Sudah Tiada Apa-Apa” Ratusan Terkorban, Mozambique ‘Hancur’ Dilanda Taufan Idai
Kota pelabuhan Mozambique di Afrika Selatan telah ‘hancur’ dilanda taufan Idai. Taufan Idai adalah bencana terburuk yang terjadi di Afrika dan keseluruhan negara Hemisfera Selatan. Ia telah telah menyebabkan kerosakan infrastruktur dan mengorbankan ratusan nyawa. Mereka yang selamat dari bencana itu masih berada dalam keadaan sedih kerana kehilangan sumber makanan, pakaian mahupun tempat tinggal. Namun […]

Warga Emas Sesak Nafas Dalam Pesawat, Meninggal Dunia
Tawau : Hasrat seorang warga emas menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Hulu Langat Selangor tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia setelah sesak nafas ketika berada dalam pesawat yang menunggu masa untuk berlepas dari Lapangan Terbang Tawau hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus ketika kejadian, Kassim Kastubi, 59, bersama 11 anggota keluarganya berada dalam pesawat Airasia untuk […]

Mohd Haziq, Remaja Hilang Selepas Serangan Di Christchurch Disahkan Meninggal Dunia
Serangan tembakan dua buah masjid di Christchurch nyata telah menggemparkan seluruh dunia. Insiden tersebut telah mengorbankan 50 orang jemaah yang sedang berada di dalam masjid dan mencederakan ramai mangsa. Tidak terkecuali empat orang rakyat malaysia yang terlibat dalam tragedi berdarah tersebut. Tiga daripadanya dilaporkan cedera dan sedang dirawat manakala satu dilaporkan hilang iaitu Mohd Haziq […]

”Kami Ada Selama Mana Mereka Memerlukan Kami”, Mongrel Mob Ikrar Lindungi Masjid Supaya Umat Islam Boleh Solat Dengan Tenang
Ahli kumpulan bermotosikal paling ganas di New Zealand, Waitkato Mongrel Mob menyatakan ikrar untuk memberi sokongan kepada komuniti Islam di sana dan akan melindungi masjid ketika mereka menunaikan Solat Jumaat susulan tragedi berdarah di Christchurch. Presiden Kelab, Sonny Fatu berkata, mereka menawarkan bantuan tersebut untuk melindungi Masjid Jamia di Hamilton, utara negara berkenaan. Katanya lagi, tawaran […]