Berita

Tanah Runtuh: JKR Tutup Jalan B66 Batang Kali – Genting, Pengguna Diminta Guna Laluan Alternatif
Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu hantaran facebook sebentar tadi memaklumkan laluan Jalan Batang Kali – Genting telah ditutup, atas arahan Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor. Penutupa itu dibuat ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku berdekatan lokasi tersebut dan bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat mangsa kejadian. Sehubungan itu, JKR turut menyertakan jalan alternatif bagi para […]

Malaysia Culinary World Cup Cuba Raih Guinness World Book of Records
Kuala Lumpur, 15 Disember 2022 – Menjelang Februari tahun depan, Malaysia akan menjadi tumpuan komuniti gastronomi global sempena pertandingan Memasak Antarabangsa Terbesar di Dunia daripada Guinness World Book of Records yang julung kali diadakan bersama lebih 500 peserta dari pelbagai negara. Diadakan dengan tujuan mengharumkan masakan negara yang mashyur di persada dunia, pihak penganjur Pertubuhan […]

Tanah Runtuh Di Batang Kali: PM, TPM, Menteri Akan Turun Pantau – Fahmi
PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri akan turun memantau lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang berlaku awal pagi ini. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri […]

Tanah Runtuh: 8 Orang Dilapor Maut, 60 Lagi Berjaya Diselamatkan Setakat Ini
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Lapan maut manakala 60 orang lagi ditemukan selamat dalam kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali, setakat 9.15 pagi tadi. Menurut Jurucakap Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Selangor, daripada jumlah itu, seorang daripadanya sudah dikenal pasti sebagai wanita […]

PM Nasihat Menteri Terlibat Turun Lokasi Tanah Runtuh Jangan Ganggu Kerja Menyelamat
Susulan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta menteri-menteri terlibat yang turun ke lokas di kejadian agar tidak mengganggu misi mencari dan menyelamat sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di laman facebooknya yang dimuat naik sebentar tadi. Menurutnya lagi, beliau terkejut apabila mendapat […]

Inflasi Di UK Mula Susut, Turun Kepada 10.7 Peratus Berbanding Rekod Tertinggi Oktober
Kadar inflasi di negara UK dilaporkan bergerak perlahan pada bulan November daripada kemuncak bulan Oktober dalam data yang ditunjukkan pada hari Rabu, namun ia terus meningkat apabila krisis kos sara hidup melanda seluruh sektor ekonomi. Menurut Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) dalam satu kenyataan, Indeks Harga Pengguna telah susut kepada 10.7 peratus bulan lepas. Data itu […]

Pentingnya Sokongan Dua Pertiga Buat Anwar
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) — Isnin ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berdepan satu lagi ujian getir yang akan menentukan sama ada pelantikan beliau selaku Perdana Menteri ke-10 diterima dengan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat atau sebaliknya. Usul undi percaya kepada beliau yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 itu, […]

Tanah Runtuh: Dua Terkorban Setakat Ini, 51 Lagi Masih Tidak Ditemui
Kejadian tanah runtuh di Batang Kali yang berlaku awal pagi tadi dilapor telah meragut dua nyawa serta tiga orang mengalami kecederaan setakat pukul 7 pagi tadi, lapor Bomba. Berita berkenaan dilaporkan melalui satu hantar di laman facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor sebentar tadi. Menurut maklumat hantaran itu lagi, 23 orang berada dalam keadaan selamat, […]

Risau Nak Lepas Isteri Hamil Naik Bas Sendirian Ke KL, Suami Sanggup Iring Naik Motorsikal
Risau Mahu Lepaskan Isteri Hamil Sendirian, Suami Sanggup Iringi Perjalanan Naik Motorsikal Dalam perkahwinan suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap pasangan mereka dan rumah tangga. Begitu juga dengan suami yang melakukan pelbagai kerja untuk memastikan tanggungjawab kepada keluarga dapat dipenuhi. Bukan itu sahaja, seorang suami juga perlu memastikan isteri dan ahli keluarganya sentiasa berada […]

Tanah Runtuh Genting Highland: 37 Mangsa Berjaya Diselamatkan Setakat Ini
Tanah Runtuh Genting Highland: 37 Mangsa Berjaya Diselamatkan Setakat Ini Pasukan Bomba dan Penyelamat memaklumkan seramai 37 mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali berjaya diselamatkan setakat ini. Menurut laporan Astro Awani, tapak perkhemahan tersebut terletak berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang. Dalam laporan […]

Wanita Maut Dikelar Di Leher Dipercayai Disamun
TAWAU, 15 Dis (Bernama) — Seorang wanita maut akibat dikelar di leher dipercayai disamun dalam kejadian di Kampung Titingan di sini malam ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Champin Piuh berkata pihaknya menerima laporan kejadian terhadap warga asing berusia lingkungan 30-an berkenaan pada 7.30 malam. “Terdapat kesan cedera di leher mangsa disyaki dikelar dengan objek […]

Cemas, Pengunjung Tergantung Dalam Permainan “Slingshot”, Tali Putus Secara Tiba-Tiba
Cemas, Pengunjung Tergantung Dalam Permainan “Slingshot”, Tali Putus Secara Tiba-Tiba Pengunjung di sebuah taman tema di Hyde Park berdepan detik cemas apabila tali permainan ‘slingshot’ tiba-tiba terputus sewaktu sedang beroperasi. Menurut Daily Mail, pod tempat duduk permainan di taman tema popular sempena Krismas di London itu difahamkan telah melanggar penghadang sokongan dan menyebabkan kedua-dua mangsa yang […]

Puteri Raja Thailand Masuk Hospital Kerana Masalah Jantung, Tidak Sedarkan Diri
Puteri Thailand Bajrakitiyabha Narendira Debyavati telah dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan tidak sedarkan diri kerana masalah jantung, menurut kenyataan Biro Rumahtangga Istana Thai. Lapor CNN, puteri sulung Raja Maha Vajiralongkorn itu diterbangkan ke Bangkok dengan helikopter selepas berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani rawatan di hospital Chulalongkorn. Kejadian berlaku semasa puteri itu melatih anjingnya […]

Remaja Terselamat Dalam Rempuhan Itaewon Ditemui Mati
Seorang remaja lelaki yang terselamat dalam rempuhan di Itaewon, Korea Selatan yang mengorbankan 158 mangsa pada 29 Oktober lalu ditemui mati pada 12 Disember baru-baru ini, lapor Mothership. Menurut kenyataan polis, mayat remaja lelaki yang juga merupakan pelajar sekolah menengah itu ditemui di sebuah penginapan di barat Seoul pada 11:40 malam hari kejadian. Difahamkan, polis […]

ERL Sambung Semula Perkhidmatan KLIA Ekspress, KLIA Transit Dari 3 Jan Tahun Depan
ERL sambung semula perkhidmatan KLIA Ekspress, KLIA Transit dari 3 Jan tahun depan KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menyambung semula perkhidmatan Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Ekspres dan KLIA Transit dari 3 Jan 2023 untuk menampung peningkatan jumlah penumpang. ERL dalam satu kenyataan hari ini berkata penyambungan semula perkhidmatan itu […]

Lelaki Nekad Palsukan Kematian, Semata Nak Lari Tinggal Isteri Duduk Dengan Kekasih Baru
Lelaki Nekad Palsukan Kematian, Semata Nak Lari Tinggal Isteri Duduk Dengan Kekasih Baru Seorang lelaki Thailand nekad memalsukan kematiannya untuk melarikan diri dan memutuskan hubungan dengan isterinya, lapor Thaiger. Lelaki berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Bird itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada Selasa, 13 Disember. Bird berkata bahawa dia akan menamatkan segala-galanya […]

Lepas Tewas Piala Dunia, Ronaldo Dilihat Jalani Latihan Di Real Madrid
Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilihat menjalani latihan di Real Madrid sejurus pulang dari Qatar selepas gagal membawa Portugal pergi lebih jauh dalam Piala Dunia. Difahamkan perkara itu berlaku hanya empat hari selepas Portugal tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas menentang Maghribi pada suku akhir dengan keputusan 0-1. Menurut TalkSport, pemenang lima kali Ballon d’Or […]

Buaya Sepanjang 4 Meter Yang Disyaki Baham Remaja Berjaya Ditangkap Penduduk
Buaya Sepanjang 4 Meter Yang Disyaki Baham Remaja Berjaya Ditangkap Penduduk Penduduk di Mamuju Tengah, Sulawesi Barat berjaya menangkap seekor buaya sepanjang empat meter susulan kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun di Sungau Benggaulu, lapor Detik.com. Penduduk setempat dilaporkan berjaya menangkap buaya itu pada awal pagi sekitar jam 3.00 pagi WITA. “Ya, seekor buaya ditangkap. […]

“Ada Budak Memanggilnya…,” Ibu Dedah Anak Tak Dapat Tidur Malam Sebelum Hilang Dalam Hutan
“Ada Budak Memanggilnya…,” Ibu Dedah Anak Tak Dapat Tidur Malam Sebelum Hilang Dalam Hutan Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di hutan belakang rumahnya di Kampung Temalir, didakwa sudah lima hari tidak tidur sebelum hilang pada Selasa lalu. Menurut laporan Sinar Harian, remaja bernama Norhisham Saifudin 18 tahun hilang selepas dia bertindak berlari ke kawasan hutan […]

Rambut Tersangkut Dalam Mesin, Lelaki Parah Kulit Kepala Dan Telinga Tersiat
Rambut Tersangkut Dalam Mesin, Lelaki Parah Kulit Kepala Dan Telinga Tersiat Seorang lelaki dilaporkan tersangkut pada mesin di tempat kerjanya sehingga menyebabkan kulit kepala dan telinga tersiat dari kepalanya, lapor Mirror UK. Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu bekerja di sebuah syarikat perindustrian dan berkunjung ke salah satu tapak syarikat di bandar Scunthorpe, England. Bagaimanapun, […]